Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Thursday, December 16, 2010

Mana bahagiaku?

Saya merupakan seorang ibu..umur saya sekitar 50 tahun. sy punya tiga orang anak..dua lelaki seorang perempuan. Sudah besar panjang mereka semua..cepat betul masa berlalu. Anak sulung saya sudah berkahwin..mereka dikurniakan seorang anak lelaki, seorang anak perempuan..cantik cucu2 saya..sempurna mereka membesar..Alhamdulillah sy betul2 bersyukur. Mereka tinggal di bandar..hampir dengan tempat kerja mereka..Oh ya, mereka berdua berkhidmat di sektor awam. Anak kedua saya juga lelaki..sudah berkahwin tapi belum lagi dikurniakan cahaya mata. Saya sentiasa berdoa agar mereka cepat2 dikurniakan cahaya mata. Saya mahu keluarga saya berkembang. Tentu lagi meriah jika cucu2 saya bertambah. Amin.. Anak perempuan saya masih lagi menuntut si sekolah menengah. anak perempuan saya sgt manja dengan saya..Apa yg dia mahu, pasti saya berikan padanya.

Dulu..saya bekerja di sebuah kilang. Saya bekerja di sana sejak saya belum kahwin. Lama kan? saya betul2 selesa bekerja di situ..saya punya banyak kawan.saya juga dapat memperoleh pendapatan tambahan. Sebenarnya saya gemar membuat kek, biskut, kerepek..semua tu saya akan buat dan membawanya ke kilang untuk dijual kpd teman2. Suami? suami saya masih ada..saya sayangkan suami saya..Ya lah..siapa yang xsayang suami? dah bertahun2 kami tinggal bersama, berkongsi suka duka..tapi, saya betul2 kecewa dengannya. Dia balas kesetiaan saya dengan memadukan saya. Dia berkahwin lagi satu..sy pun xtau apa kurangnya saya di mata suami saya. Tapi xmengapalah..saya lupakan segala kesedihan sy..sy hidup seperti selalu..tapi tolonglah jangan biarkan saya terserempak dengan madu saya. jangan biarkan luka saya kembali berdarah..biarlah saya dengan kehidupan saya. Cukuplah dia pulang ke rumah dan menganggap saya sebagai isterinya.

Baru2 ini saya nampak perubahan pada anak perempuan saya. Dia sering saja ponteng sekolah..sy pun xtau apa sebenarnya yg dia cari. saya cuba menasihatinya..tapi hanya sekejap saja berkesan. Lama kelamaan dia kembali ponteng sekolah. Saya dapat tahu yang dia berkawan dengan seorang pelajar bermasalah. Saya sering berdoa supaya dijauhkan anak perempuan saya dengan segala perkara2 yg tidak baik. Saya sedar saya tidak punya banyak waktu untuknya memandangkan saya bekerja shift..kdg2 kalau saya shift malam, saya pulang ke rumah dan waktu siang saya dihabiskan dengan tidur. Penat..begitu juga kalau shift siang..

Memandangkan perangai anak perempuan saya yang semakin menjadi2, anak lelaki kedua saya menasihatkan supaya saya berhenti kerja. Katanya dapat saya tumpukan sepenuh perhatian saya kepada anak perempuan saya tu jika saya berhenti kerja. lagipun katanya dia mampu untuk menanggung semua perbelanjaan keluarga jika saya tidak punya pendapatan. Ketika itu anak lelaki saya masih belum mendirikan rumah tangga. Memang berat hati saya berhenti kerja tapi demi masa depan anak perempuan saya, akhirnya saya berhenti kerja. selepas berhenti kerja sayalah yang menghantar dan menjemput anak perempuan saya di sekolah. sebelum ini dia hanya menumpang jiran sebelah. semasa menghantarnya, saya pastikan dia betul2 masuk ke kawasan sekolah sebelum saya pulang ke rumah.

Seminggu selepas saya berhenti kerja, anak sulung saya menghantar anaknya ke kampung untuk dijaga oleh saya. Sebagai seorang ibu dan nenek, saya cepat lembut hati mendengar pujukan anak sulung saya dan melihat senyuman cucu saya. Oleh itu saya bersetuju untuk menjaga cucu saya memandangkan anak sulung saya dan isterinya bekerja shift yg tidak tentu. Pernah juga saya bertanya, kenapa tidak dihantar saja ke Nursery, katanya dia takut sebab ada pelbagai berita yg tidak elok berlaku di Nursery. dia tidak percayakan org lain untuk menjaga anaknya kecuali saya. Tak mengapalah..ada juga teman saya di rumah nanti. Seminggu sekali mereka datang menjenguk anaknya.

Sebulan berlalu saya lihat anak perempuan saya berubah. tidak lagi membuat masalah di sekolah..hati saya lega.berkesan juga cadangan anak lelaki saya. Tapi langit tak selalunya cerah, satu hari apabila saya sedang melakukan kerja2 rumah, saya didatangi dua orang wanita. mereka memperkenalkan diri sebagai guru di sekolah anak perempuan saya. kata2 yang keluar dari mulut salah seorang wanita itu amat mengecewakan saya..katanya, sudah seminggu anak saya sudah tidak ke sekolah..sedangkan saya lihat sendiri dia masuk ke perkarangan sekolah. Hampir pitam saya dibuatnya. saya memaklumkan perkara itu kepada anak lelaki kedua saya. Teruk adiknya dibelasah. Anak lelaki saya memang baran. Saya hanya mampu merayu kepada anak lelaki saya supaya berhenti mengasari adiknya. Katanya, adiknya tidak tahu mengenang budi saya. Bagaimana saya berhenti kerja semata2 kerananya. Luluh hati saya melihat kedua2 anak saya itu.

Satu malam saya dikejutkan oleh suami saya, katanya pintu rumah bahagian belanag terbuka dan anak perempuan saya tiada di bilik. saya panik. mana perginya anak perempuan saya itu. jam menunjukkan pukul 3.40 pagi. Saya kejutkan anak lelaki saya dan memintanya mencari adiknya. Pergilah dia bersama suami saya..belum sempat motor dihidupkan, terdengar sayup2 enjin motosikal di hadapan lorong rumah. Anak lelaki saya berlari ke arah bunyi itu dan saya terdengan teriakan. Itu suara anak perempuan saya..saya menjenguk keluar saya lihat seorang lelaki terbaring di jalan dan anak lelaki saya mengheret adiknya. Ya Allah..sy mengucap panjang. Apa sudah jadi?? sekali lagi saya melihat anak lelaki saya memukul adiknya..saya tidak tahu apa yg perlu saya buat. suami saya pula cuba menarik anak lelaki saya untuk menghalangnya terus memukul adiknya itu. nsb baik suami saya berjaya meleraikan semua. Lelaki yg membawa anak perempuan saya tadi pula sudah melarikan diri dengan motornya.
Selepas peristiwa itu anak lelaki saya sering memantau keadaan adiknya. Anak perempuan saya yang sememangnya takut kepada abangnya tidak lagi melakukan perkara2 yang buruk. Pada akhir tahun, anak lelaki kedua saya mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya. Sy tau, selepas dia berkahwin, dia punya tanggungjawab pada isterinya. tidak lagi dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada adik perempuannya. Tapi dia tidak pernah lupa memberikan duit belanja kepada saya dan adiknya. Berbeza sekali dengan anak sulung saya. Bukan maksud saya untuk berkira dengan anak2. tetapi sy dapat rasakan yg dia mengambil kesempatan terhadap saya. Dia menghantar anaknya untuk saya jaga tapi dia tidak pernah memberikan saya duit belanja. hanya membekalkan susu dan lampin untuk anaknya..sy rasa dia cuba untuk mengurangkan perbelanjaannya dengan menghantar anaknya kepada saya supaya dia tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untk nursery atau pengasuh. Bahkan, apabila kedua2 nya menerima bonus, satu sen pun tak ada diberikan kpd saya..saya pasrah, tidak mungkin saya meminta duit daripada anak2 sy. Selepas mereka punya dua orang anak, kedua2 nya dihantar kepada saya untuk dijaga. Secara jujur sekali saya penat menjaga kedua2nya tapi demi menjaga hati anak saya, saya biarkan saja. Sehinggakan saya langsung tiada masa untuk diri sendiri. Tidur saya, maka saya, rehat saya entah kemana..

Hari2 berlalu, saya lihat satu perubahan drastik pada anak perempuan saya. badannya semakin berisi, seleranya semakin bertambah. saya rasa tidak sedap hati. naluri seorang ibu mengatakan ada yang tidak kena pada perubahan anak perempuan saya ini. Setelah bertanya dan menyiasat perkara sebenar, alangkah terlukanya hati saya..saya betul2 rasa saya gagal sebagai seorang ibu. Anak perempuan saya disahkan mengandung lima bulan. Jatuh air mata saya..kelu lidah saya..Ya Allah..dugaan apakah yg kau berikan padaku ini..saya buntu..betul2 buntu..apa yg perlu saya lakukan? saya tidak mungkin memaklumkan perkara ini kepada anak lelaki saya..mau mati adiknya dibelasah. nasib saya baik ada yg sudi membantu mnnyelesaikan masalah saya.

Saya hantar anak perempuan saya ke Kuala Lumpur. sementara menunggu dia bersalin. dia tinggal bersama keluarga yg tidak punya anak walaupun sudah 10 tahun berkahwin. rakan yang memperkenalkan saya dengannya. Ligat fikiran saya memikirkan apa alasan yg patut saya beri kepada anak2 lelaki saya jika mereka bertanya tentang adiknya. Akhirnya saya memberi alasan yang adiknya ke KL untuk mengikuti program jati diri anjuran sekolah. Empat bulan anak saya berada di KL..saya tau mereka mula mengesyaki sesuatu..saya tau mereka bukan bodoh. tapi apa yg boleh saya lakukan..anak perempuan saya sudah selamat melahirkan bayi..kami terus menyerahkan bayi itu kepada keluarga yg tidak mempunyai anak itu.

Dua hari selepas itu kami pulang semula ke rumah kami..sekali lagi saya terpaksa membohongi anak2 lelaki saya yg mengatakan adik mereka demam. seminggu selepas itu anak lelaki saya bertanyakan saya satu soalan yg xterduga. "Mana mak sorok cucu mak?" Hampir pitam saya dibuatnya. Bagaimana dia tahu tentang perkara ni? Katanya semua rakan2nya bercerita tentang adiknya. tak perlu disorokkan lagi perkara yg sudah terdedah..katanya kenapa saya mesti tanggung semua ini seorang..kenapa saya tidak berkongsi masalah ini dengannya.Takut? takut dia belasah adiknya lagi..katanya dia masih waras..masih boleh berfikir. Tapi dia kecewa kenapa perlu disorokkan perkara serius begini..dan dia dapat tahu dari mulut orang lain..rupa2nya berita itu tersebar daripada rakan yg menolong sy membawa anak perempuan saya ke KL. saya fikir dia ikhlas membantu..harapkan pagar, pagar makan padi. Suami saya? jarang pula dia pulang..sering menghabiskan masa dengan bini mudanya.

Sejak hari itu anak lelaki kedua saya jarang pulang ke rumah. Hujung minggu pun hanya singgah untuk beberapa minit. Anak lelaki sulung pula tidak lagi meninggalkan anak2nya untuk saya jaga. Katanya takut..takut?? takut anaknya jadi macam adiknya? huh..seolah2  semua kesalahan diletakkan di bahu saya. Kenapa tidak dari dulu dia mnjaga anak2nya sndiri..kenapa baru sekarang, setelah penat lelah saya harungi, setelah sepenuh kasih sayang saya curah, dia ingin pisahkan saya dengan cucu2 saya..apa daya saya, dia lebih berhak..dia kan bapa kepada anak2nya..saya? saya hanya orang tua yang xpunya perasaan. Anak perempuan saya? langsung tiada kekesalan di raut wajahnya. langsung tidak menghargai apa yg saya lakukan untuk menutup perbuatan terkutuknya itu. mengarah saya itu dan ini..sediakan air utk mandinya, sediakan nasi utk makannya, urut badannya..pakainya..semua keperluannya.

Hidup saya tidak lagi seperti dulu. Sering terbayang cucu2 saya bermain, sering terngiang2 suara tangisan mereka..ya lah..saya kn seorang ibu yg gagal mendidik anak perempuan saya sehinggakan dia melahirkan anak luar nikah..takkan pula anak lelaki sulung saya sanggup berikan anak perempuannya untuk saya jaga..jenguk pun jauh sekali. Dulu saya sering berangan..apabila anak2 saya besar saya akan duduk bersenang lenang di rumah, xperlu fikir apa2 masalah.tapi sebaliknya yang berlaku. Di hati terdetik..kenapa saya gagal menjadi seorang ibu yg sempurna? kenapa anak2 saya tidak seperti anak2 lain..menjaga kebajikan ibunya? Saya rindu saat mereka masih kecil..bahagia itu milik kami semua. tapi sekarang..semua kebahagiaan terbang entah ke mana..tidak lagi bibir saya mengukir senyuman. Di manakah bahagia saya yg dulu??

No comments: