Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Thursday, March 31, 2011

Kerana batik itu..kami teraniaya

Satu hari Khamis di masa rehat aku naik ke bilik guru daripada kelas..tetiba sesuatu kemusykilan timbul..mana perginya semua cikgu? selalunya mereka akan melepak-lepak dan bergosip dengan satu sama lain. lalu aku menjenguk ke bilik sebelah..hohhh...di sini rupanya mereka berkumpul. pasti ada gosip terhangat daripada biasa. berbekalkan tiga biji karipap aku menyelitkan diri di celah-celah kesibukan gosip..Jemput makan karipap semuaaa!! dan mata memandang aku..

"Jannah..kau dah tandatangan ke belum?" kak lin bertanya
"Aaa..tandangan ape?" aku kebluran
"Ni la topik hangat kitorang tgh bising ni" suara kak Ummi kedengaran..
"Apsal..bising knape?" aku terus blur

Setelah diterangkan satu persatu oleh pencerita yang begitu ramai sekali barulah aku faham..dan aku juga turut bising..tandatangan borang setuju membeli baju rupanya..

"Mana boleh camtu!! ini tidak adil! xnak beli xnak beli" tenaga dari karipap memberikan aku semangat (nampak sgt menipu br mkn karipap 5 minit lepas dh dpt tenaga).
"Mana bleh..akak yg pragnent pun orang tu paksa beli" kata kak ain kecewa.

umum tahu 'orang tu' ditujukan pd siapa. kena paksa? Hurmm..mentang-mentang lah kami punya tagline ialah saya yang menurut perintah, maka kami diperlakukan sedemikian rupa. kami memang teraniayaaa..lg2 aku ni..gaji xde la byk sgt..cukup2 je utk sebulan tanggung kehidupan tambahan lagi gaji husband pun bukannya cecah 5k.haish..apa daaaa..sebenarnya apa yang menjadi ketidakpuasan hati kami ialah 2 bulan lagi Hari Guru bakal menjelma. maka menjadi rutin sekolah guru-guru dikehendaki membeli baju batik seragam untuk dipakai semasa sambutan Hari Guru. Oke..itu tidak menjadi masalah tetapi nyata tahun ini 'orang tu' membuang tebiat dengan memaksa kami membeli 4meter kain yang berharga RM200+ tanpa kami lihat corak..hanya diberi contoh warna..hey hey..aku kalau nak beli baju mahal, satu bandar jb aku round tgk kedai mana jual kain plg cntik n pling murah..ni nak amek duit orang sesuka hati tanpa tunjuk produk yang bakal kami miliki tu dulu..apa kes?? ada juga beberapa orang guru tidak mahu membeli baju tersebut tetapi 'orang tu' menggunakan kuasa veto nya untuk memaksa kami membeli dengan ansuran 3 kali bayar. Sesungguhnya batik itu telah berjaya menganginkan kepala cikgu2 sekolah aku termasuklah aku..kami yang teraniaya :(


Tuesday, March 29, 2011

Jatuh dan menangis

Pawana ku hadir kini
Mendekati batas usang
Ku terasa salju cinta lalu
Dalam titis-titis hujan
Bagaimana aku harus menghalusi jiwa
Untuk terus idup dalam nafas suci
Terpaksa aku terbang jauh lagi

Terkadang aku jatuh dan menangis
Terkadang aku rebah tak daya berdiri
Ku gentas bunga di perantauan
Membalut luka hati
Melindungiku dari resah yang menghujan

Pawana ku hadir kini
Mendekati batas usang
Ku terasa salju cinta lalu
Dalam titis-titis hujan

Bagaimana aku harus menghalusi jiwa
Untuk terus idup dalam nafas suci
Terpaksa aku terbang jauh lagi

Terkadang aku jatuh dan menangis
Terkadang aku rebah tak daya berdiri
Ku gentas bunga di perantauan
Membalut calar luka hati
Melindungku dari resah yang menghujan

Di saat pilu lara itu kasih…
Aku gagahi melangkah
Selagi dirahmati
Aku mengorak harapan

Lagu ni sangat terkesan di hatiku..cewah..walaupun tak berapa nak faham semua maksud lagu ni tapi aku suka! vokal ziana zain pun aku suka! sangat mantap. Oke itu saja..tengkiu.

















Monday, March 28, 2011

Suara best?? tak perlu untuk glemer..

Bila aku dengar radio kebelakangan ni, banyak lagu-lagu yang aku dengar yang ntah pape..suara lak sedap sikit je daripada katak..hohoho..nyanyi pun malas-malas ala2 baru bangun tidur. lagu asek ulang lirik yang sama..boring gile..kalau tak salah aku kumpulan couple. erk..kalo asek ulang lirik sama, adik aku pun leh buat. pastu nyanyi suara macam kluar xnak kluar..rasa nak hempuk je tengkuk pakai lesung bg kluar suara tu betul2..pastu aku tukar stesen radio lain..lagu apekejadah ntah yang aku dengar..memang bukan Bahasa Melayu..English pun bukan..Hindustan? jauh sekali..tp nape lak lagu pelik2 ni leh glemer kat Malaysia? kalo best gile gaban kalau gaban dengar pun dia leh terjoget-joget lain la crita. ni aku dengar cam langau hurung bangkai pun ada. Super Junior kot nama kumpulan tu..bila aku search kat google bapak ramai gile ahli kumpulan tu. tp aku dengar satu lagu korea jugak..agak catchy la lagu dia..Four Minutes eh? kumpulan girls Korea..walaupun aku hanya faham dia sebut hot issue je, boleh laaa... tapi xde la sampai nk hafal sorang2 nama ahli kumpulan.

Semalam aku tengok Mentor 5..protege si Noh Hujan..errr..sorry to say suara dia memang TAK BEST! protege afdlin pun. tapi dia kata dia sakit..emm..kesian kesian. skang ni ramai penyanyi yang tak berkualiti dihasilkan..aku bukan guru vokal tp aku ada telinga and of course aku nk telinga aku dengar lagu n suara yg ada kualiti. tang pitching ke ape jadah tu mana aku tau. banyak la realiti tv yang hasilkan penyanyi tangkap muat. asal ada rupa sket bole la lepas jd penyanyi kn..wt nyemak industri muzik negara je.skang ni pun ramai pelakon pun dah ramai jadi penyanyi walaupun suara tak best langsung..contohnya seperti Liyana Jasmay dan Ainul Aisyah..naik gelegak taik telinga aku bila dengar lagu dorang. Kalau penyanyi lelaki, suara tak brape nk sedap pun takpe asalkan muka ada jambu sikit..pastu amek gambar buat muka kiut sket..cam Dafi, Alif Satar..urghh pelissss laaa..bek aku dgr lagu2 Maher Zain..ngeh3


Saturday, March 26, 2011

Kisah mulut koyak

Hari itu aku sangat malas..
Sebenarnya hari-hari aku malas..
Aku hanya mahu tidur tidur dan tidur..
Sebab tiap-tiap malam aku main game sampai pagi..
Serigala tu taknak mampos..
Penat aku tembak dia smpai habis peluru..
Waktu Sains cikgu masuk kelas..
Cikgu ajar dengan penuh semangat tapi mata aku langsung tak boleh celik..
Akhirnya aku zzZzZzZZzz...
"Safuan..pergi toilet basuh muka," kata cikgu
"Takpe cikgu"..cikgu meneruskan pengajaran
ZzZzzzzZZzZzzz lagi
Panggggg...terlompat aku dari kerusi..
Bunyi pembaris mengetuk meja betul2 memeranjatkan..
Bulat mata cikgu memandang aku..
"Safuan..kenapa kamu tidur waktu saya mengajar?"
"Cikgu tak nampak ke saya mengantuk ni..suka hati sy la sy nk tido ke ape ke" suara aku keras
Cikgu cakap elok2 dengan aku tapi aku lawan
Cikgu terus tulis nama aku dalam buku pengawasan kelas
"Babi punya cikgu..sial la"
Cikgu hilang sabar..dia mendekati aku
"Cikgu cakap elok2 dengan kamu, kamu maki cikgu" cikgu marah
"Kamu panggil cikgu babi..babi ni jugak la bertungkus lumus ajar kamu untuk kamu berjaya"
"Pegi mampos la..aku peduli apa..cikgu tak ajar sy pun pun sy boleh brjaya la!" aku bagai dirasuk setan
"Kalau kamu tak minta maaf dengan cikgu, kamu akan tahu langit tu tinggi ke rendah"kata cikgu
"Ahhhh peduli apa aku!!"lantas aku keluar meninggalkan kelas
....................................................
Malam tiba..Eddy mengajakku keluar melepak..
Malam minggu beb..
Aku rembat motor ayah ketika semua tiada di rumah
Petang tadi ibu kata..malam ni ada rewang di rumah jiran..
Ahh..malas aku..melepak lagi bagus..
Eddy cabar aku lumba..
Aku memang pantang dicabar..aku terima cabaran Eddy..
Sampai di selekoh aku terbabas..tersembam di jalan..
.................................................
Lepas tu aku tak tahu apa jadi..
Bila aku sedar, aku di hospital, mulutku ada tiub..
macam-macam tiub..
Badan aku tidak cedera..tapi
Mulut aku koyak, rahang aku tertolak ke dalam..
Tuhan..sakitnyaaa
Aku menangis..dan menangis..
Sakitnya tidak tertahan..
Terngiang kata-kata cikgu..
"Kalau kamu tak minta maaf dengan cikgu, kamu akan tahu langit tu tinggi ke rendah"
Mungkin begini sakit hati cikgu bila aku memanggilnya babi..
Mungkin ini balasan Tuhan..
Kerana mulutku yang mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati cikgu..
Mengecewakan cikgu yang berpenat lelah mahu aku berjaya
Tuhan makbulkan doa cikgu..
Maafkan aku cikgu..
MAAFKAN AKU.....








Thursday, March 24, 2011

Top 5 (Edisi : Sikap Wanita yang Aku Tak Faham Walaupun Aku Juga Wanita)

Dah berpuluh tahun aku hidup di dunia yang indah ini..dengan burung-burung berkicauan,dipenuhi manusia bergelar lelaki dan wanita..ada yang bekerja, ada yang membuta, ada yang bagus dan ada yang perasan bagus. Salah satu hobi aku di masa lapang ialah menuju ke tempat keramaian dan memilih satu tempat duduk sambil memerhati manusia lalu lalang. Macam-macam pesen manusia aku dapat lihat. Tapi ada top 5 sikap wanita yang aku perhatikan yang aku sendiri tak faham kenapa mereka bersikap begitu walaupun aku jugak seorang wanita..kenapa bah kau begitu kenapa..(post ini bukan bertujuan untuk merendah-rendahkan wanita) aku pun wanita gak laa..wtpe nak rendahkan kaum sejenis.adeii~ tapi aku cuma pelik dan tak faham..

Nombor 5
Suka makan tak habis walaupun makanan tinggal satu suap

Ramai aku perhatikan wanita-wanita yang suka makan tak habis terutama kalau keluar dating dengan pakwe. Contohnya kalau makan nasi mesti akan ditinggalkan sikit nasiknya walaupun tinggal sesuap je.kalau kenyang pun takkan sesuap xleh nak habiskan. Kalau makan KFC snack plate, mesti nak kena tinggal sikit coleslaw ke, secubit roti ke, sesudu kentang putar. Hurm..betul2 tak faham..nasib baiklah aku dididik dengan sikap kesian pada makanan sejak kecil lagi.



Nombor 4
Make up dan dress up gile gaban walau untuk ke pasar malam dan suka tergedik tak tentu pasal

Dulu ada member serumah aku yang camni. nak pegi pasar malam pun dia punya make up macam pengantin. silap-silap bulu mata palsu pun dia nak pakai. kalau pakaian macam nak gi fashion show siap pakai heels. setahu aku kat pasar malam tu ada orang berniaga, pelanggan yang terdiri daripada students, bangla dan indon kilang, mat2 rempit dan pakcik makcik. nak melawa kat sape ek?? pastu bila jalan-jalan jumpa sesuatu terus jerit..arghhhh (ala2 gedik) ada katak..padahal gumpalan kertas. bila tengok kat depan ada sekumpulan mat rempit sedang melepak..owh~ patutla tergedik, ada lelaki rupanya..Erm..tapi kenapa lelaki macam tu yang perlu ditarik perhatian?



Nombor 3
Menganggap kahwin itu sebagai menjadi kuli suami

Pendapat macam ni biasa dikeluarkan oleh wanita bekerjaya. bila dah selesa dengan tempat dorang sekarang yang mempunyai kereta, rumah, kerjaya yang memberi pendapatan lumayan dan kehidupan yang betul2 selesa membuatkan dorang berpendapat kahwin itu hanyalah menyusahkan. Mana taknya, kalau kawin dorang kena masak, basuh baju, layan suami seolah-olah dorang kena jadi kuli kepada suami sendiri. Ye la..sebelum kawin bebas je nak buat ape pun.bila dah kahwin, pergerakan seperti tersekat..haishh..kesian pada wanita yang berpendapat begini sebab dorang belum rasa kemanisan sebuah perkahwinan :)

Aku kesian pada mereka yang jadikan " Couple is trouble, single is simple" ni sebagai motto hidup

Nombor 2
Wanita nak jadi lelaki, Wanita suka wanita

Walau diikat dada itu seketat-ketatnya, tak akan menukarkan jantina kamu kepada lelaki. walau kamu berlagak dan berpakaian seperti lelaki,hakikatnya kamu memang wanita.punya tetek, punya vagina, punya uterus dan segala sistem peranakan wanita..kamu tetap xde testis, xde penis..so kenapa kamu tetap nak berlagak macam lelaki? sampai bilakah? sampai tiba keajaiban satu hari bila kamu bangun dari tidur kamu akan bertukar sepenuhnya jadi lelaki?tengok body figure pun tahu kamu ni wanita..yang wanita pulak apesal nak kat orang yang sama jenis pulak? sebab kecewa dengan lelaki? sebab dah serik kena tipu dengan lelaki jadi kamu bertukar selera?habis tu salah siapa kalau kamu kena tipu banyak kali dengan lelaki?kamu yakin yang wanita jelmaan lelaki ni tak akan tipu kamu?kamu cinta dia camne pun, kalau kamu kawin dengan jelmaan lelaki ni pun, kamu takkan dikurniakan kehidupan yang sempurna..weyyy..wanita mana ada sperm! kalau kau kawin pun, kau mana leh ada anak ngan "laki" kau tu..pastu asek nak guna dildo je ke??pelik..pelik.

Dua-dua orang kat atas ni pun jantina dalam IC ialah perempuan :)

Nombor 1
Wanita yang meletakkan maruah dirinya sehina hina hinanya

Wanita camni memang menjadikan taraf wanita dipandang sangat rendah di mata lelaki. wanita yang rela di bang oleh lebih dari 5 orang lelaki..yang membiarkan lehernya diikat dan diperlakukan seperti anjing.pulak tu langsung takde rasa bersalah..siap sengih2 lagi depan kamera. hurm..apa sebenarnya yang dorang rasa ek? bangga ke? sexy ke? best ke? ntah la ek..pelik pelik dan pelik~






Wednesday, March 23, 2011

Nikmat.

Pernah tak satu hari..
korang makan sambal belacan kaw kaw punye..
pedas dia mmg sangat2 tersangat amat lah pedasnye sampai korang rasa tlinga berasap (hiperbola gile ayat aku) muahahaha..
tapi sebab dah gila smbal belacan dimakan gak ngan nasik. 
ala-ala adventure gitu.pedas gile tapi nak jugak nak jugak. pastu bila tiba masanya..
korang nak siap-siap nak kluar..
so korang pun siap2 la..
untuk menjaga reputasi tudung korang, korang yang rabun itu taknak pakai spek..tapi nak pakai contact lens. 
tanpa berlengah lagi, korang pun sumbatlah mata korang dengan contact lens itu...


+


=

Warghhhhhhhhh..nikmat gila babun smpai nak  tercabut bijik mata!!




Tuesday, March 22, 2011

Help mengehelp amalan mulia :)

Hai semua..hari ini mood aku sangat2 baik..see I'm smiling :) :) :) sebab ape? sebab aku jumpa satu link dr blog member aku..Link ape? Link survey yang kalau jawab soalan, kita akan dapat point, bila dh kumpul point tu banyak banyak banyak kan..dapat redeem dengan duit minimum RM5. tak caye? kalau x caya korang tengok ni ek..aku x tipu la


Kadang-kadang kalau kita dah lappyholic, kita akan amek masa yang lama mengadap laptop kita walaupun takde apa-apa yang menarik pun kat screen. Pastu kan..kita tak kisah pun kita ngadap lappy ni the whole day, belek FB sendiri, belek FB kawan2, belek gambar2, main game, search Maria Ozawa (sila jangan amalkan), blogging, YM ngan kawan2..pastu nasib tak baik kita akan terklik link yang mengandungi virus. Oleh itu kawan2..marilah kita memenuhi masa lapang kita dengan menjawab survey2 yang ada dan mengumpul mata yang boleh kita tukar dengan duit..yeee $$$ duit..


sama-sama kita mencari duit untuk membiayai kehidupan seharian kita :)

Thanks to Gadis Kepastian :)


Edisi Top 5 (Episod : Ayat yang Buat Aku Rasa Nak Hempuk Kepala Orang Pakai Crank)


Ni semua sebab bahana minat kumpulan emo My Chemical Romance zaman kanak2 dulu..skang penyakit keemoan dan kemoodyan dah melekat kat aku pulak. kebelakangan ni memang aku selalu je moody sbb ada seorang orang tu kan..aku xtau apa masalah dia asek nak tanya aku soalan yang memang aku xtau jawapan dia..boleh dikatakan tiap2 bulan dia tanya..aduii memang kalo ada crank kat tangan aku, aku hempuk je sedas kat kepala dia..pastu sumbat je crank tu dalam mulut dia..aiyakk..kejam gile aku!muahahaha..Kalo agak2 tgk aku dengan mood yang sangat2 lah elok..please la jgn rosakkan mood itu dengan ayat atau soklan yang cmni...


Nombor 5
"Ape kelas pakai baju beli kat pasar malam"

- Kalau kau rasa kau banyak duit, silakan beli baju kau kat butik berjenama..tapi bila agak2 tengah bulan kau buat muka kesian kat aku nak pinjam duit..blah la babe..ape kelas tengah bulan duit dh abes.aku beli baju kat pasar malam ke, kat pasar tani ke bundle ke aku xpernah ada panau macam kau.weyy.buat malu je!haha..berkelas jugak la aku pakai baju pasar malam sebab aku tutup aurat berbanding kau yang beli baju kat butik berjenama tapi dada bukak luas gila , tetek kau macam nak tergelincir dari landasan.berkelas laaa sangat.haishh~




Nombor 4
"Kak pakai produk ape? saya tengok kulit muka akak xsekata, pori2 pun besar"

- Habis dah muka kau dah dietepek bedak 4 inci dah macam orang tersembam dalam guni tepung mana nak nampak pori2 kau. kulit kau pun dah merana sebab lemas dalam bedak 4 inci kau tu. cmni la dik..kalo nak jual produk ke ape kn..sila blajar skill utk tambat hati customer..kalo blom pape dh mula kutuk kulit customer, kau rasa customer akn lg berminat ke lagi nak lari dari kau bila nmpak booth kau dari jauh? tapi pelik la kalau jual produk kecantikan, kalau nak tunjuk keberkesanan produk tu, tunjukkan la..letak orang yang betul2 xde masalah kulit tanpa mekap.xyah mekap langsung..baru la org percaya yang produk tu betul2 berkesan.


Nombor 3
"Asek makan je..mana x gemuk"

- Ayat ni aku selalu dengar dr mulut pesakit aneroxia nervosa. yang jenis kalo makan nasik tu dua bijik je xleh lebih nnti gemuk.pastu bila tengok orang lain makan dia akan pandang serong..hey hey..jangan makan banyak-banyak nanti gemuk..tgk macam aku ni, maintain je..ahhh pegi mam la.aku bukan mintak duit kau pun nak makan.bila aku upload gambar makanan kat FB (memang ada satu folder khas untuk upload masakan aku) orang tu akan cakap..asek makan je..mana tak gemuk. Err..adakah setiap kali aku upload gambar makanan tu bermakna aku akan mentekedarah semua makanan itu? aku memang sedar diri aku gemuk, tapi takkan la aku nak makan sikit pun xleh.asal aku suap makanan je, ayat tu kuar..asal makan je, ayat sumbang tu kluar..mungkin orang tu nak rasa kot crank hinggap kt kepala dia.






Nombor 2 
"Aku nak diet la..dah gemuk gile skang ni"


- Pale otak kau gemuk gile..cuba kau banding kau dengan aku..kalo dah berat kau 40kg, berat aku 60+ sape yang gemuk gile skang ni? Udah2..aku tau kau cuba perli aku kan..kan..kan. Better kalau kau ckp "Jannah, ape kata kau diet, aku tengok kau dah makin gemuk la" mungkin aku akan sedar diri sket..




Nombor 1
"Bila nak pregnant?"

-Kalau aku tanya kau..bila nak mati kau boleh jawab tak? xleh kan..melainkan kau nak bunuh diri jadi kau tahu bila kau akan mati.so kalau kau tanya aku bila aku nak pregnant, macam la aku tau jawapannya. kalau aku jawab belum ada rezeki kau buat pandangan serong seolah-olah aku ni mandul.kalo orang tanya aku soalan macam ni, bukan stakat rasa nak ketuk pakai crank tapi ngan sebijik basikal terus aku hempuk kt kepala dia.jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki tu kan semua kerja Allah..kau tanya aku, macam la aku ni tahu takdir diri aku cmne.so..benti2 la tanya soalan yang aku sendiri pun xtahu jawapan tu.urghhh..tensi!!



Edisi Top 5 (Episod : Trend Gambar Paling Glemer di Facebook Aku)


Saturday, March 19, 2011

Aku dan Kelate (Episod : Kau gila nak makan BERUDU???)


Ya..aku sangat2 mengetahui ramai kalangan rakyat Malaysia yang anti dengan negeri kelahiranku..Kelantan. Ada aku kisah? Asal mereka tak kacau hidup aku, peduli apa aku dorang nak anti ke benci ke ape..Lantak kau! Tetapi apa yang membuatkan aku tergelak besar apabila aku mendengar perbualan mereka yang aku kira meletakkan otaknya di lutut atau lebih teruk lagi di bontot.

Shida (bukan nama sebenar) : Apsal orang Kelantan makan budu ye?
Aini (bukan nama sebenar)   : Ntah..pengotor betul la dorang..budu mana leh makan..buat dr anak katak tu..
Shida (bukan nama sebenar) : Macam xde makanan lain nk makan.. 

aku tak terkejut dengan perbualan itu sbb tu bukan kali pertama aku dengar..dh bayak kali pun. Err..apa buang tebiat ke orang-orang Kelantan untuk makan makanan yang dibuat daripada anak katak a.k.a berudu? apa sudah kebulur sangat ke kami sehinggakan sanggup memakan anak katak?

can't you read? it's not PATI ANAK KATAK, PATI TADPOLE atau PATI BERUDU..it's PATI IKAN BILIS..wakakakakka..aku sungguh kasihan dengan mereka yang bukan sahaja buta info malah buta huruf. Budu dibuat daripada ikan bilis yang diperam hingga hancur..bukan daripada tadpole yg di blend hingga hancur..heee yeaaark!! masih tidak puas hati? ada setengah berpendapat cara pembuatan budu adalah kotor dan budu yang dibotolkan sudah tercemar. Oke dalam banyak2 kedai makan di Malaysia, adakah korang betul2 pasti yang semua kedai tersebut mempunyai taraf kebersihan kelas A? Adakan satu kedai mempunyai tahap kebersihan yang sangat fail bermakna semua kedai akan fail dari segi kebersihan? back to budu..walaupun ada yang mengatakan cara memproses budu ini kotor, ada pernah anda mendengar atau membaca berita tentang kematian akibat makan budu? atau keracunan makanan selepas makan budu? Kebanyakan manusia yang mengatakan bukan2 tentang makanan kegemaran majoriti rakyat Kelantan ini ialah mereka yang tidak pernah makan budu. Rugi la weyy kau xnak rasa budu pastu kau buat cite bukan2 plak pasal budu..kau memang spesis orang yang ego tahap babun..silap2 muka kau pun dh rupa babun.

Aku ada sorang member dari Johor yang memang anti gile dengan budu. Kalau aku makan budu dia akan buat muka yang menjijikkan seolah2 aku tengah makan bangkai. sebab pemikiran cetek dia yang mengatakan budu diperbuat dari berudu. siap angkat sumpah yang dia tak akan memakan budu ini walau apa terjadi. Wallawey..lepas pekena nasi krabu.. (nasik krabu paling meletup aku pernah makan ialah Nasi Kerabu Kak Ma masa aku belajar kat UPSI..dia diap buat penghantaran door to door..cuma mesej untuk oder) xde nasik kerabu lain yg leh celen keenakan Nasi Kerabu Kak Ma..sape yang duk area Tanjung Malim mesti tau Nasi Kerabu Kak Ma yang jual kat pasar malam tu..lambat sikit mesti pulang dengan kecewa..skang aku xtau dia jual lg ke x. Oke back to citer member aku ni..selepas dia pekena Nasi kerabu Kak ma tanpa mengetahui dalam tu ada budu..tiap2 hari asek oder je..Bila aku gitau dia dalam nasik kerabu tu ada letak budu dia terus trdiam..diam2 pun abis gak nasi tu sebungkus..dulu bukan main kau angkat sumpah xnak makan budu.tu baru kena sesudu budu dalam nasik tu.Lepas tu kau mula ketagih makan budu macam orang tak betul..dalam nasi ayam pun kau letak budu ape kes beb??aku orang Kelantan yang membesar dengan budu pun xde nak makan budu dgn nasik ayam. bukan dulu kau buat muka jijik ke masa aku tengah cicah petai dgn pucuk ubi??silap2 kau leh letak ais dalam botol budu tu dan minum ibarat kau minum coke.erkk..aku bayang pun dh naik loya.hahahha..kau ibarat jilat ludah sendiri la beb..


Cuba korang search kat google pasal khasiat budu..naik juling mata nak baca khasiat yang berjela2 tu..


Budu merupakan makanan tradisional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab "diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram untuk setiap 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.



dicilok di http://ms.wikipedia.org/wiki/Budu

cuba korang taip khasiat cencaluk..ada tak keluar berjela camni? erk..bukan aku anti cencaluk..aku pun suka ape makan cencaluk..tapi cuba korang klik lak kat bahagian kelemahan budu tu..3 baris ni je yang keluar tu pun kalau makan smpai lupa diri macam letak ais dalam botol budu dan minum mcm minum coke..tp better wt cmtu la daripada ada orang melayu yang tak sedar diri yang minum carlsberg ke tiger macam minum coke.so kalu sesiapa yang ada penyakit macam yang di listkan kat bawah ni, bawak2 la insaf..kurangkan pengambilan budu..sekali setahun je oke.

Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.


Jadi..bagi kau kau kau yang otak letak kat lutut atau bontot..sila la amek balik otak tu dan letak balik kt tempat asal dia.kalau kau xpernah makan budu..cuba2 lah ek..kau xkan mati keracunan lepas kau makan budu melainkan ajal kau dah sampai. Oke..aku dah penat menaip supaya celik sikit mata kau kau kau yang masih duduk dalam tempurung tu. baik aku makan nasik+ikan singgang+kangkung belacan+petai cicah budu..kau nak cuba?






Aku dan Kelate (Episod : Kenapa???)
Aku dan Kelate (Episod : Tersasul sudah - Part 1)
Aku dan Kelate (Episod : Tersasul sudah - Part 2)


Friday, March 18, 2011

WaddeHell~

Say cheeeeseeee : merokok smbil memakai seragam sekolah membuatkan mereka bajet hebat

Berehat sebentar bersama Heineken




Tak cukup satu..saya mahu dua yg besar punye

Anak Melayu yang baru berusia 15 tahun..pelajar sebuah sekolah di Johor Bahru..salah siapakah yang membuatkan remaja ini jadi begini? bergambar tanpa segan silu..siap menjadikan gambar ini sebagai profile picture dalam salah satu laman sosial.. Bagaimana minuman ini boleh terlepas ke tangan pelajar bawah umur?Salah siapa? Salah guru? Salah ibu bapa? Salah diri sendiri? Salah penjual Heineken? Salah pengeluar Heineken atau salah setan2 yang kencing dalam tin dan botol minuman itu?

 **Mode : sangat kecewa**



Thursday, March 17, 2011

Kejelesan si Psiko


Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Pernah anda mendengar lagu ini? Lagu kekanda adinda nyanyian Atilia dan Monoloque. Ye..lagu itu memang sedap di dengar..point di sini bukan lagu tersebut tetapi bahagian yang tertera di atas..kisah isteri yang menjelesi suaminya yang bekerja lebih masa..Kalau anda di tempat isteri..adakah anda akan terfikir perkara yang sama? suami bekerja lebih masa kerana ada 'sesuatu' atau 'tarikan' di tempat kerja yang membuatkan dia tersangatlah suka untuk bekerja..sehinggakan anda pergi ke tempat kerja suami anda untuk meninjau keadaan di sana..atau anda akan lebih menyukai suami anda yang rajin bekerja terlebih masa untuk mencari wang menyara keluarga malah anda akan menyuruh suami anda bekerja sampai gaji OT nya mencecah 3k sebulan supaya anda boleh bershopping tanpa rasa was was?owhh sungguh kejam anda di sini jika pangkat suami anda hanyalah operator pengeluaran lepasan SPM.sungguh kasihan kepada suami anda.Jika anda mengalami situasi yang pertama, anda memang penjeles yang psiko..jika situasi yang kedua..anda juga seorang yang psiko.

Okey..kita undur sedikit masa..semasa anda sedang rancak bercinta dengan kekasih anda. Katakan 3 tahun..dalam setahun berapa kalikah anda bergaduh dengan kekasih anda kerana kekasih anda tidak membalas pesanan ringkas anda..atau panggilan telefon ada tidak dijawab pada pukul 2 pagi? berapa kalikah anda  mengugut kekasih anda untuk memutuskan hubungan jika dia tidak mendelete semua nombor2 rakan perempuan?sedangkan anda sendiri langsung tidak berniat untuk mendelete nombor rakan-rakan lelaki dalam telefon bimbit anda dengan alasan yang anda dan mereka hanya kawan..dan tidak lebih dari itu. dan setelah anda bergelar isteri, tabiat itu masih tidak dapat disingkirkan dalam diri anda. dalam diam anda akan mengecek telefon bimbit suami anda, phonebook..call memory..sent item..pic galery..segala2nya akan dicek ketika suami anda tidur atau mandi. dan jika ada sms daripada perempuan lain, anda akan melenting..atau jika anda mendapati sent item, inbox suami anda selalu empty pun anda akan melenting dengan menyatakan yang suami anda cuba menyorokkan mesej dengan mendeletenya serta merta.jika begitu, anda memang penjeles yang psiko.



Anda punya laman sosial Facebook? katakan satu hari suami anda meminta anda membuatkan satu akaun facebook untuknya. dan semakin hari jumlah kawan dalam akaun Facebook suami anda bertambah.adakah anda merasa untuk menyiasat siapakah yg di accept oleh suami anda sebagai friend dan membelek page rakan2 perempuan yang ada dalam akaun Facebook ? dan jika anda mendapati sesuatu yang mencurigakan seperti gambar rakan wanita yang anda rasa lebih cun dari anda atau gaya posenya yang ala2 gedix atau menggoda, adakah anda akan mendelete mereka?anda yang membuat akaun suami anda, sudah tentulah password akaunnya ada di tangan anda dan boleh diceroboh bila2 masa yang anda suka. anda pernah menyamar sebagai suami anda dengan me log in akaun facebooknya dan menunggu rakan2 perempuannya menegur di chatbox? Jika ya kepada semua jawapan itu maka anda merupakan seorang penjeles yang psiko.

Anda baru sahaja berpindah rumah. jiran-jiran anda sangat peramah. satu hari anda terlihat suami anda bersembang dengan seorang makcik yang mempunyai anak dara yang cun.adakah (situasi 1)anda akan membiarkan sahaja mereka meneruskan persembangan itu atau (situasi 2)anda akan memanggil suami anda masuk ke dalam rumah dengan alasan supaya suami anda menolong anda mencuci kipas?ataupun jiran sebelah anda merupakan seorang balu cun yang masih muda beranak 1 yang baru kehilangan suaminya.adakah anda (situasi 1)akan berbuat baik kepada beliau dengan mengajaknya makan tengah hari di rumah atau (situasi 2)anda langsung tidak menegurnya malah jika ternampaknya anda akan memberikan jelingan 360 darjah malah anda siap memberi warning kepada suami anda jika suami anda menegurnya, tiada makanan tengah hari untuk suami anda atau bersiap sedia untuk tidur di atas sofa di ruang tamu..Jika ya untuk situasi kedua..anda sememangnya penjeles yang psiko.


Tapi walau sepsiko manapun wanita xkan trgamak dia nak menganiaya suaminya sendiri..paling teruk pun pegi bomoh (syirik itu brdosa besar) atau potong anu suaminya dengan harapan kalau aku tak dapat, takkan ada sape2 dapat..tu pun leh smbung balik kt spital (kalo nsb baik la) - ni pun berdosa besar gak. tapi kalau kita tgk kejelesan lelaki akan lagi berganda ganda teruknya dan psikonya si pelaku kejelesan ini..


CEDERA...Siti menunjukkan kesan luka kecil di leher dan lebam bahagian kepalanya akibat dipukul suaminya kerana cemburu

Suami cemburu bunuh isteri

KUANTAN – Gara-gara cemburu mengesyaki isteri mempunyai kekasih, seorang lelaki bertindak liar dengan memijak dan menghentak kepala isterinya ke lantai sehingga mangsa menemui ajal.
Kejadian tragis pada pukul 5 petang di rumah bernombor 247, Blok G, Ladang Selborne, Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis dekat sini kelmarin disaksikan oleh anak pasangan itu yang berusia 12 tahun.
Mangsa Rosmawati Abd. Rahman, 39, didakwa mula dibelasah oleh suaminya selepas anak pasangan itu mengadu kepada suspek bahawa ibunya berbual dengan lelaki lain di telefon.

Bunuh isteri, gantung diri


MASJID TANAH: Akibat tekanan perasaan dan cemburu buta, seorang lelaki dipercayai menikam isterinya dengan pisau beberapa kali sebelum menamatkan riwayatnya sendiri dengan menggantung diri menggunakan seutas tali di rumah sewa mereka di Taman Seri Redan dekat sini, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku antara jam 10 malam kelmarin hingga 6.30 pagi semalam apabila bekas pemandu lori, A Ilangathil, 41, dipercayai menikam isterinya, N Jayaletchumy, 38, yang juga suri rumah selepas dipercayai berlaku perselisihan faham antara mereka.

Suami toreh kemaluan isteri



MELAKA Bisikan suara jin yang memberitahu konon isterinya berzina dengan orang lain menyebabkan seorang suami menoreh kemaluan wanita malang itu dengan pisau pemotong sayur di rumah mereka di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong di sini kelmarin.
Semasa kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Hashimah Nong, 40, sedang bersiap-siap untuk memasak di dapur sebelum diserang oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera dan berusia dalam lingkungan 40-an.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa tidak menyangka sama sekali suaminya yang tiba-tiba menerpa dari arah belakang itu bertindak menoreh kemaluannya dengan pisau.


Terajang isteri : wanita mengandung ditendang suami akibat bersembang dengan jiran lelaki
** Kredit to www.kosmo.com.my
.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (HR Al-Tirmidzi).


Wednesday, March 16, 2011

Bukan satu tapi dua..mungkin tiga empat lima spuloh..

Tadi masa aku nak wt brekfest yg diberi nama Murtabak Maggi aku pecahkan sejibik telo..pastu cam heran sbb nmpak telo kuning dia ada dua..adakah aku sudah membantutkan generasi ayam dgn menggoreng sebijik telo yg mengandungi 2 ekor ayam kembar?ohh tidak! wt selamba badak je la..tetiba tringat pulak kata2 seseorang itu..kalau nk anak kembar, elok la kita makan apa2 makanan yang kembar..maka akan terkena la badi kembar makanan itu kepada kita..huahahuahauahauahahaauahaua..oke aku trgelak sorg2 pulak bila tringat kata2 itu. ape pulak kaitan makanan kembar dengan kemungkinan kita akan mendapat anak kembar dengan makan makanan tersebut?


Adakah makanan kembar ini menggalakkan pembelahan lengkap zigot untuk membentuk anak kembar?atau mungkinkan makanan kembar ini menggalakkan penghasilan ovum dari kedua2 ovary? huahauahaahauahuaha...agak tidak logik point di sini..

Teka teki pagi ini..berapa jeniskah kembar yg ada di atas muka bumi ini?? trettttttttttttt..terlalu slow anda berfikir..ada tiga yaa..ingat tu kalo org tanya jawab TIGA

yang ke satu ialah kembar yang biasa kita tengok..iaitu kembar seiras..Pembentukan anak kembar seiras terjadi bila satu embrio membahagi kepada 2 embrio yg berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua2 embrio ni akan berkembang dan membentuk 2 fetus berasingan dalam uterus ibu. Setiap fetus yang bertumbuh di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta. Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina

sangat comel kanak2 ini..Mooooo..

Aummm...grrrrrr

yang kedua pulak ialah kembar tak seiras..kalao kembar cmni muka kembar tu xsama smpai susah nk percaya yang mereka ini kembar..Anak kembar x seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. maka, dua zigot terbentuk. kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendirl. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan.kiedua-dua anak ini x sama dari segi kandungan genetik coz berasal daripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras. kembar tak seiras ni terjadi bila si ibu nya dlm keadaan super subur.


dan yang terlast lak ialah kembar siam..sesungguhnya kalo bercantum di bontot ke bahu ke xpe lg..kalo dh di kepala dua body share satu otak..atau share satu jantung..errr~ sgt kasihan..mintak dijauhkan la ye.. kalo td pembahagian embrio lengkap, maka jadila kembar seiras tapi kalo embrio xlengkap maka jadilah kembar siam ni sbb embrio masih melekat antara satu sama lain bahagian tertentu.dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahaglan kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak kembar ini dikenal sebagai kembar siam.

wowoowww..silap2..ni kembar dr siam bukan kembar siam..tapi sy sangat kagum dengan lelaki ini sebab berjaya mengahwini pasangan kembar ini kedua2 sekaligus..caya lah lu mat!


Aku sangat kagum kerana terdapat spek dan rokok yang direka khas utk mereka yang kembar 
siam..wakaakakakaka..

**foto dirembat dalam google