Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Thursday, March 31, 2011

Kerana batik itu..kami teraniaya

Satu hari Khamis di masa rehat aku naik ke bilik guru daripada kelas..tetiba sesuatu kemusykilan timbul..mana perginya semua cikgu? selalunya mereka akan melepak-lepak dan bergosip dengan satu sama lain. lalu aku menjenguk ke bilik sebelah..hohhh...di sini rupanya mereka berkumpul. pasti ada gosip terhangat daripada biasa. berbekalkan tiga biji karipap aku menyelitkan diri di celah-celah kesibukan gosip..Jemput makan karipap semuaaa!! dan mata memandang aku..

"Jannah..kau dah tandatangan ke belum?" kak lin bertanya
"Aaa..tandangan ape?" aku kebluran
"Ni la topik hangat kitorang tgh bising ni" suara kak Ummi kedengaran..
"Apsal..bising knape?" aku terus blur

Setelah diterangkan satu persatu oleh pencerita yang begitu ramai sekali barulah aku faham..dan aku juga turut bising..tandatangan borang setuju membeli baju rupanya..

"Mana boleh camtu!! ini tidak adil! xnak beli xnak beli" tenaga dari karipap memberikan aku semangat (nampak sgt menipu br mkn karipap 5 minit lepas dh dpt tenaga).
"Mana bleh..akak yg pragnent pun orang tu paksa beli" kata kak ain kecewa.

umum tahu 'orang tu' ditujukan pd siapa. kena paksa? Hurmm..mentang-mentang lah kami punya tagline ialah saya yang menurut perintah, maka kami diperlakukan sedemikian rupa. kami memang teraniayaaa..lg2 aku ni..gaji xde la byk sgt..cukup2 je utk sebulan tanggung kehidupan tambahan lagi gaji husband pun bukannya cecah 5k.haish..apa daaaa..sebenarnya apa yang menjadi ketidakpuasan hati kami ialah 2 bulan lagi Hari Guru bakal menjelma. maka menjadi rutin sekolah guru-guru dikehendaki membeli baju batik seragam untuk dipakai semasa sambutan Hari Guru. Oke..itu tidak menjadi masalah tetapi nyata tahun ini 'orang tu' membuang tebiat dengan memaksa kami membeli 4meter kain yang berharga RM200+ tanpa kami lihat corak..hanya diberi contoh warna..hey hey..aku kalau nak beli baju mahal, satu bandar jb aku round tgk kedai mana jual kain plg cntik n pling murah..ni nak amek duit orang sesuka hati tanpa tunjuk produk yang bakal kami miliki tu dulu..apa kes?? ada juga beberapa orang guru tidak mahu membeli baju tersebut tetapi 'orang tu' menggunakan kuasa veto nya untuk memaksa kami membeli dengan ansuran 3 kali bayar. Sesungguhnya batik itu telah berjaya menganginkan kepala cikgu2 sekolah aku termasuklah aku..kami yang teraniaya :(


No comments: