Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Tuesday, June 30, 2009

Saya Juga Mau..

1. Bekas kekasih saya adalah
truttt tututt tuttttttttttt

2. Saya sedang mendengar
Avenged Sevenfold - And All Things Will End

3. Mungkin saya patut
Basuh mangkuk Kuey teow tomyam yg sy mkn kejap td

4. Saya suka
Membebel

5. Sahabat-sahabat baik saya
Semua berjauhan dari saya :(

6. Saya tak paham
pada Maxis yg selalu No Coverage

7. Saya kehilangan
Zaman remaja yg penuh keseronokan bersama teman2

8. Ramai yang bertanya
Bile nak tunang..bila nak kawin..jawapan sy "ESOK"

9. Makna nama saya
Cahaya syurga

10.Cinta itu adalah
entah..saya pun xtau maksud cinta

11. Di suatu tempat, seseorang sedang
Demam kerana ditimpa hujan..kesian die

12. Saya akan cuba
mengubah diri saya menjadi seorang hamba Allah yang terbaik

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
Last forever n kekal abadi

14.Telefon bimbit saya
Sony ericsson dan Nokia

15. Bila saya terjaga dari tidur
Tengok jam dan tengok muka br bangun tido dalam cermin

16. Saya paling meluat apabila
berhadapan dengan orang yang tidak matang dan lembik 'ketuet'

17. Pesta/Parti adalah
tempat untuk bergembira dan melupakan sekejap masalah yg ada.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
Kucing ekor kembang dalam sangkar di Pet Shop

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
Early 20s

20. Hari ini
Saya bosan..

21. Malam ini saya akan
Tido awal sikit..

22. Esok pula saya akan
Bangun untuk menari poco2 selama sejam (Thanks to Zura sbb bg idea untuk kurus!)

23. Saya betul-betul inginkan
Allah panjangkan umur ibu bapa dan ahli keluarga saya

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
Rambut saya kembang ibarat mop lantai.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan
JJ Tebrau ngan UO Pasir Gudang..ngee~

26. Makanan Barat atau Jepun..
xsuka..lebih suka masakan kampung

27. Bilik yang terang atau gelap...
Terang untuk buat keja..samar2 untuk mengelamun..gelap untuk tidur

28. Makanan segera adalah
Menggemukkan

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Bye..Assalamualaikum (Kepada Ummi)

30. Siapa yang anda mahu Tag?
Jaja, Nadiah..jawab ini!!

Bila Jejari Menari..

Teguranku bukan untuk memeningkan kepalamu..
Marahku bukan untuk membuatkan kau memencil diri daripadaku..
Hukumanku bukan untuk membuahkan dendam dihatimu..
Desakanku bukan untuk membebankanmu..
Bebelanku bukan untuk menyakitkan telingamu..
Senyumku adalah untuk melegakan hatimu..
Tawaku adalah untuk membahagiakanmu..
Anugerah dariku adalah untuk membangkitkan semangatmu..

Sesungguhnya..
Fikiranmu masih mentah..
Perjalanan hidupmu masih panjang..
Masih jauh langkahmu..
Jangan sesekali kau berputus asa..
Dan..
Memberi seribu alasan..
Jangan berikan sedikit peluang kepada kegagalan..
Untuk datang kepadamu..

Wahai anak didikku..
Ketahuilah bahawa..
Setiap ilmu yang diajar..
Adalah dengan tulus ikhlas sepenuh jiwa..
Dan..
Setiap kata yang keluar daripada mulutku..
Adalah diiringi doa agar kau berjaya..
Diiringi harapan supaya kau menjadi manusia berguna..

Khas untuk pelajar-pelajar 3KT1, 3KT2, 3P3 dan 2P2 SMK Pasir Gudang 2, Pasir Gudang, Johor.

Sunday, June 28, 2009

RM100 melayang begitu sahaja

Minyak dari Pasir Gudang - Segamat = RM25.00
Tol Highway Skudai - Yong Peng = RM11.80
Minyak dari Segamat - Pasir Gudang = RM25.00
Tol Highway Yong Peng - Skudai = RM11.80
Makan Pagi+Tengah hari+Petang = RM 23.50

Total = RM97.10

It deserves more than 5 STARS

Thursday, June 25, 2009

I'm with the band!!



Pasir Gudang School Band


STF (Johan)


Preparation Room PG School Band

7 Band yang menyertai pertandingan

Pada hari Selasa 23 Jun 2009 telah diadakan pertandingan pancaragam peringkat Negeri Johor bertempat di Stadium Perbadanan Pasir Gudang. Sebanyak 7 sekolah seluruh negeri Johor telah menyertai pertandingan tersebut. Majlis pembukaan pertandingan telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Pancaragam Malaysia iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dato Muhammad Ali haji Hashim. Turut hadir dalam acara tersebut ialah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Yang dipertua Majlis Perbadanan Pasir Gudang, Encik Lukman bin Haji Abu Bakar dan Pengarah Pejabat Pelajaran Pasir Gudang, Cin Zaiton binti Idris. Sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan ini ialah Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Sekolah Menengah (P) Sultan Ibrahim (SIGS), Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Andak, Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan, Sekolah Tun Fatimah dan Sekolah Menengah Pasir Gudang.


Majlis dimulakan pada jam 2.30 petang selepas pemeriksaan perbarisan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato Muhammad Ali haji Hashim dengan lagu Negaraku yang diiringi oleh pasukan Pancaragam Sekolah Tun Fatimah. Persembahan demi persembahan hebat dipersembahkan oleh pasukan-pasukan yang bertanding. SMS Kota Tinggi telah mempersembahkan lagu-lagu seperti Tanah Pusaka, Glory, Hero dan Dancing Queen. SIGS telah memainkan lagu-lagu seperti Lagu Untukmu, Bunyi Gitar, Love Story of Music Box dan Ikan Kekek. Lagu-lagu seperti Pearl Habour Part1, Pearl Habour Part2, Stanium dan Tanah Pusaka dipersembahkan oleh SMK Skudai. Rasa Sayang, Dreamer, Sky n Ocean, Spirit of Malaysia (SMK Dato' Abdul Rahman Andak), Bukan Cinta Biasa, Dikir Puteri, Bunga Tanjung, Tanah Pusaka (SMK Paduka Tuan), Medley, Jingling Nona, Seni Johor, Enjit Semut, Lenggang Kangkung (STF), Malaguena, Kuda Hitam, Thinking of You, Khayalan (SM Pasir Gudang). Persembahan oleh ketujuk-tujuh pasukan tamat pada jam 4.30 petang. sementara menunggu keputusan juri, penonton dihiburkan dengan persembahan tarian One Malaysia daripada 115 orang wakil pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah di Pasir Gudang.

Keputusan :

Tempat Pertama : STF
Hadiah berupa wang tunai RM3000 dan piala
Tempat Kedua : SIGS
Hadiah berupa wang tunai RM2000 dan piala
Tempat Ketiga : SM Pasir Gudang
Hadiah berupa wang tunai RM1000 dan piala
Hadia Saguhati : SMK Skudai, SMK Dato' Abdul Rahman Andak, SMS Kota Tinggi, SMK Paduka Tuan
Hadiah berupa wang tunai RM500 dan piala
Colour Guard terbaik : SM Pasir Gudang
Percussion Tebaik : SMS Kota Tinggi
Drum Major Terbaik : Cristina Choo Mei Yen (SIGS)

Pasir Gudang School Band..I really PROUD of you Girlssssssssss!!

Monday, June 15, 2009

No tissue just 1 Litre 100 plus..huru hara boring story



Post ni patut dh lama tp baru tebukak ati nak buat..masa untuk balik pasir gudang lepas 2 mggu cuti n 2 mggu kursus. kire sebulan xgi skolah. rindu la jugak kat kanak2 ribena kat skolah tu. dorg rndu aku x?hahaks..Teacher's Day hr tu kat mersing..kursus from 14-28 mei. so terpaksa celebrate Teacher's Day kat Mersing je. tak best. 28 mei hari khamis last day kursus..jumaat amik cuti rehat. khamis pagi ade exam abes exam ade sesi salam2 sket pastu terus balik Pasir Gudang. dalam kul 4.30 ptg smpai Pasir Gudang. dengan muka beminyak dan selekehnya singgah skolah jap amek ketas peksa. pastu tgk atas meja ada bertimbun2 bungkusan tertulis "Selamat Hari Guru" ngan "Happy Teacher's Day"..Ya Allah..betapa terharu perasaan aku. dalam banyak2 bungkusan ada satu yg paling besar. ada kad. bila bukak kad tu ada tertulis "Guru Paling Ceria Hari Guru 2009"..wawawawaaaaaaaaaa..kali keduanya terharu perasaan aku. xsangka nya aku leh dpt anugerah tu dalam byk2 ckgu yang ada ada kat skolah tu. Thanks to all the students yg dh vote aku. ceriakah aku ni?ngee~ Jumaat malam 29 Mei balik kampung.

now dh 15 jun. skolah dh bukak dh pun. 1st day skolah lepas cuti. ade la teguran "Jannah nape makin bulat" hahaks!! macam xtau..makan free ape kat kampung. dengan masakan ummi tersayang lg.pehhh..makan sikit mana nak berbaloi.hehehe. 13 june abang dtg klantan. miss him so much. tp xlama coz pagi 13 sampai, malam 13 kitorg dh kena balik johor. dlm bas paling best..sejuk..aku tetido awl dengan sweater xpakai. tetiba rasa cm org selimutkan aku. wahhhhhhhhh..abg u r sooo sweet. dia tgk aku terjaga dia bg aku stokin..'syg..pakai stokin ni nnti sejuk'. huuuu~ rs nak peluk je dia tp sabar2 lom kawin lg. pastu dalam kul 2 bas benti sbb drebar kelaparan kat terengganu area mana xtau la plak. punyalah tido mati xtersedar pun bas benti. yang aku tau abg kejut aku bangun n suh turun. dengan muka mamai nya aku turun ade sepinggan nasik goreng kampung ngan semangkuk mi sup ngan 2 cawan milo panas. heran gak sape punya. abg suh aku basuh muke pastu makan mi sup n minum milo. dia dh oder siap2 untuk aku masa aku tgh lena tido tadi..wahhhhhhhh..lagi skali rs terharunyeeeee..SAYANG ABG!

kul 10, 14 Jun smpai pontian. ayah abg dh standby amik kitorg. dh smpai umah abg, mandi2 makan2 pastu abg ajak g jb. tgk wayang. yeay! tgh keta yg kena langgar dr blakang hr tu dh elok..dh jd mcm normal no cacat cela. bestnyeee keta dh jd baru balik. tp xsmpai sehari keta kat tangan aku aku dah telanggar divider parking kat JJ Tebrau. Oh No Jannah!! ko mmg careless tahap babun tua. nasib bek xnmpak sgt sbb kemek kat bawah je. mmg pompuan bawak keta cmtu ek?apsal ye? aku pun xpaham. hr tu ktorg tgk "Jangan Pandang Belakang Congkak" mmg lawak asek gelakkk je keja. tp aku paling suka SAM si Hantu Raya sbb dia comel.hihi. petang kul 5 kitorg balik umah masing2 sbb masing2 dh penat. balik umah, mandi terus zzZZZzzzZZzzz..nite world...

Friday, June 12, 2009

Pilih Kasih : Racun Paling Berbisa bagi Guru-guru

Haikal..seorang pelajar tingkatan satu. semasa di tahun 6, Haikal sangat meminati mata pelajaran Sains. Malah Haikal mendapat A bagi subjek Sains dalam keputusan UPSR nya. Cita-cita Haikal ialah menjadi saintis satu hari nanti. Melangkah ke tingkatan satu, Haikal sangat teruja. Difikirannya hanya satu..siapakah guru matapelajaran Sains yang akan mengajar di kelasnya. sesi orientasi sudah tamat. Pelajar-pelajar tingkatan satu akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Loceng berbunyi. Masa yang dinantikan sudah tiba..sekarang merupakan waktu mata pelajaran Sains kegemarannya. Seorang guru wanita melangkah masuk ke dalam kelas. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Cikgu Suhaila. Cantik..masih muda dalam lingkungan awal 30-an.

Di dalam kelas Haikal duduk di tempat paling hadapan. Haikal mahu ilmu yang disampaikan oleh guru-gurunya terutama Cikgu Suhaila diterima sepenuhnya. Cikgu Suhaila sangat pandai mengajar. Semasa memberi penerangan, beliau menyertakan contoh-contoh yang mudah difahami. Cikgu Suhaila sering mengajukan pertanyaan bagi mengukuhkan kefahaman pelajar-pelajar tetapi..tetapi setiap kali Haikal mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang diajukan, tidak pernah sekalipun Cikgu Suhaila memintanya menjawab. Cikgu Suhaila selalu meminta Syuhadah, Huda, Amir, Pei Shen, Silvaraj, Loke Yee, Visma menjawab. Walaupun jawapan mereka berikan salah, Cikgu Suhaila tidak memberi peluang kepada Haikal membetulkan jawapan rakan-rakannya.
Peperiksaan Kurikulum pertama, Haikal mendapat A dalam mata pelajaran Sains. Haikal tidak mendapat pujian daripada Cikgu Suhaila. Haikal tertanya-tanya..mungkinkah Cikgu Suhaila tidak menyukainya?tapi kenapa? dia tidak pernah tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi Cikgu Suhaila. dia juga tidak pernah melawan kata-kata Cikgu Suhaila. Tetapi keadaan tidak pernah berubah. Haikal terasa dirinya dipulaukan oleh Cikgu Suhaila. Satu hari Haikal membuat bising semasa Cikgu Suhaila mengajar..tujuannya..dia ingin menarik perhatian Cikgu Suhaila. Dia mahu Cikgu Suhaila tahu akan kewujudannya di dalam kelas itu. Tetapi..dia dimarahi Cikgu Suhaila dan dihukum berdiri di luar kelas. Haikal kecewa tapi dia belum berputus asa. Keesokan harinya Haikal dia membuat perkara yang sama dan sekali lagi dia dimarahi dan dihukum.

Dalam diam Haikal menaruh dendam terhadap Cikgu Suhaila. Minatnya terhadap sains mula terhakis. Haikal mula ponteng kelas Sains. Bagi Haikal tiada gunanya dia masuk ke kelas Sains jika Cikgu Suhaila tidak pernah menyedari kewujudannya. Lebih baik dia ponteng bersama-sama rakan-rakan yang lain. Keputusan peperiksaan Haikal semakin merosot. Pada peperiksaan akhir tahun, Haikal gagal dalam mata pelajaran Sains yang dulunya merupakan mata pelajaran kegemaran.
Melangkah ke tingkatan dua, Haikal bertukar guru Sains iaitu Cikgu Rizal. Cikgu Rizal merupaka guru Sains kegemaran setiap pelajar yang pernah belajar dengannya. Teknik-teknik pengajaran Sains Cikgu Rizal sangat menarik perhatian pelajar-pelajar. Tetapi perhatian Haikal sering lari semasa Cikgu Rizal sedang mengajar. Haikal buntu. Haikal tidak dapat menerima apa yang disampaikan oleh Cikgu Rizal kerana minat Haikal terhadap Sains telah pun hilang. Ilmu Sains yang disampaikan oleh Cikgu Suhaila semasa di tingkatan satu sedikit pun tiada di dalam ingatan Haikal. Tajuk-tajuk tingkatan satu yang berkaitan atau berkesinambungan dengan tajuk-tajuk di tingkatan dua langsung tidak difahami Haikal. Haikal mengambil keputusan yang sama iaitu ponteng. Haikal pernah ditangkap atas kesalahan ponteng selama beberapa kali. Tetapi sedikitpun tidak menginsafkannya.

Haikal mula melupakan cita-citanya untuk menjadi saintis. Dia langsung tidak nampak masa depannya. Dia mula hilang minat untuk belajar. Baginya, ponteng kelas dan ponteng sekolah lebih seronok. dia boleh ke Cyber Cafe bermain permainan video, dia boleh merayau-rayau, dia boleh merokok, dia rasa bebas. di luar, tidak ada orang yang boleh memarahinya. tidak ada bayang Cikgu Suhaila. Memang seronok. Haikal semakin bermasalah. pelajarannya semakin merosot. Haikal semakin terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang daripada rakan-rakannya di luar. Suatu hari Haikal terlibat dalam satu pergaduhan besar semasa dia sedang ponteng sekolah. Akibatnya..Haikal digantung dan dibuang sekolah kerana rekod-rekod kesalahan disiplin di sekolah memaksa pengetua untuk membuang Haikal.

Tahniah kepada Cikgu Suhaila..hanya dengan sikap pilih kasihnya di dalam kelas, dia mampu membunuh minat seorang pelajar terhadap pelajaran. dia juga berjaya mengheret Haikal ke kancah jenayah dan dia juga berjaya menggelapkan masa depan Haikal. Jadi guru-guru..jangan sesekali ada sikap pilih kasih dalam diri guru-guru sekalian. Cubalah sebaik-baiknya untuk berlaku adil di dalam kelas.



Cerita tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah mati

-Jannah

World Weird Buildings

The Crooked House (Sopot, Poland)

Pembinaan bangunan ini bermula pada Januari 2003 dan siap pada Disember 2003. Reka bentuk bangunan ini diilhamkan oleh Jan Marcin Szancer (pelukis terkenal Poland dan pakar ilustrasi buku kanak-kanak) and Per Dahlberg (pelukis dari Sweden)

Kansas City Public Library (Missouri, United States)

Bangunan ini terletak di Bandar Kansas. Penduduk Bandar Kansas diminta memilih buku-buku yang banyak mempengaruhi Bandar Kansas untuk dijadikan bangunan ini. Replika buku-buku yang dipilih dijadikan deretan untuk reka bentuk tempat letak kereta di tingkat atas.


The Basket Building (Ohio, United States)

Bangunan The Longaberger Basket Company terletak di Newark, Ohio merupakan bangunan pejabat yang terpelik di dunia. Bangunan 180,000 kaki persegi ini merupakan replika bakul pasar raya yang terkenal di pejabat ini yang menelan belanja sebanyak $30 million dan memakan masa selama dua tahun untuk siap.

Mushroom House

Arkitek James H. Johnson mendapat ilham untuk membina rumah ini daripada tumbuhan liar di Queen Anne's Lace. Rumah ini terletak di Ronchester, New York. Rumah yang berbentuk kantung spora yang terletak di atas batang yang halus merupakan reka bentuk ariktek organik yang paling unik.

Wacky restaurant in Aruba

Aruba merupakan tempat percutian yang paling popular di Carribean. Restoran yang unik ini sememangnya mampu menarik perhatian pengunjung. Terdapat, dinasaurs, sebiji kereta dan di atas bumbung bangunan ini. Dindingnya dicat putih bertompok hitam memberi gambaran seperti badan lembu. Ini adalah kerana pengunjung yang datang ke restoran ini akan dapat menikmati produk tenusu yang segar.


Wonderworks Upsidedown Building in Orlando, Florida

Wonderworks di Orlando, Florida kelihatan seperti bangunan yang terbalik. Bangunan tiga tingkat, 82 kaki persegi ini berdiri di atas bumbung manakala dindingnya berada di atas bumbung. Pokok kelapa dan lampu kelihatan tergantung.


Wednesday, June 10, 2009

Mungkinkah Satu Hari Nanti Strawberi dan Teh di Cameron Highland akan Mati??

On the way to Cameron Highland melalui jalan macam ular kena palu..
Pening..mual..so..i decided to sleep takut nnti ter..
Tambahan perut penuh makanan..mkn di R&R Tapah..
Makan sbelah navy..menyampah dengan muka poyo mereka..
Aircond Toyota Rush ummi makin sejuk..gigil..

Aku terjaga..wat a spectacular view..

Hutan..gaung..pokok-pokok..hijau..

Bunyi air terjun menggamit telinga..uggas pun sama..

cantik...tenang...damai...













Jalan sesak..kiri kanan kenderaan..

Mereka mandi manda..merasa kedinginan air terjun..
Perjalanan diteruskan..
Di Bharat Plantation Tea Valley..
Menikmati pemandangan indah..
Dan kehangatan teh Bharat madu..
Background yang indah..sejuk..tapi tidak sesejuk dulu..







































Perjalanan diteruskan lagi..
Parking..FULL..luckily satu kereta keluar..
Kami Chup!..berjaya masuk parking..
It's around 2.45 p.m.
Misi seterusnya..mencari tempat penginapan..
Hotel Kowloon..PENUH..
Hotel Jasmin..PENUH..
Hotel Rossa Passadena..MAHAL.ngee~
Hotel Brinchang..ADA KOSONG!!fuhh...
Terus book 2 bilik..n..angkut barang..
Masuk bilik..Berehat......................
















4.00 petang..keluar jalan2..
Panasnya Cameron Highlands..
Beli keychains..cactus..sayur2..
Makanan..paling penting :)
Balik bilik..makan..mandi..
8.15 jalan2 lagi..
Beli baju kenangan..2 pasang RM20..
jalan2 lagi..
Balik..pastu tidoooo..
Esok..kul8.30 a.m. bangun sarapan..
Pack barang..balik rumah..
Tapi brenti tea farm, bee farm..beli pokok2..



























Dah penuh boot keta..
Balik umah..
Dah dekat sampai umah..
Benti minum air kelapa..nyam3..


























Dunia Zaman Ini..

Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh

ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda.

Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar.

Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million.

Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.

Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku.

Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua.

Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara.

Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia.

Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu.

Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.

Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja.

Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.''

Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu.

Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku.

Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya.

Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari.

Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan.

Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak.

Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku.

Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali.

MOHD. ALI MUHAMAD DON

Pensyarah Pusat Pemikiran

dan Kefahaman Islam

UiTM Kampus Bandaraya,

Johor Bahru

Tuesday, June 9, 2009

7 KM Bukit Tujuh - Kuala Lipis queue : From morning to night terrible traffic Jam

di R&R Gua Musang. Dari Kota Bharu kami singgah untuk melepaskan hajat..sewaktu menunggu adik2, aku terdengar sayup2 suara abah berbual2 dengan rakan lamanya.

" Ambo dari KL la ni..dr pagi takdi lagi. baru loni sapa sini"
" Hoh..doh bakpo lamo tumo baru sapa sini?"
" Di Bukit Tujuh tu ado eksiden lori kontena letey jale."

......sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiriku.......

Kami sekeluarga menyambung perjalanan ke KL untuk melawat cucu kesayangan abah dan ummi..laju..laju..laju..laju..sederhana..sederhana..perlahan..perlahan..hurmm..trafik yg mulanya lancar semakin perlahan dan perlahan. dari jauh kelihatan deretan kenderaan.masing2 diam..penuh tanda tanya.jam menunjukkan 12.30 tengah hari. perasaan sabar masih menebal. abah mengikut saja deretan kenderaan penuh berhemah


..masa berlalu pantas..jam menunjukkan pukul 1.30 p.m..lapisan kesabaran semakin terhakis. kenderaan2 lain mula memotong deretan kenderaan..lorong kenderaan bertentangan semakin dibanjiri kenderaan searah dengan kami menyebabkan jalan semakin sesak teruk. masing2 sudah hilang pertimbangan. di fikiran hanya mahu mengejar destinasi.



Gosh it's almost 2.40 p.m.. still stuck in the massive traffic jam. we have to stop our car sbb traffic langsung xleh gerak. kelihatan lori kontena betul2 melintang jalan menutup ruang jalan kedua2 arah. Tak penah seumur idup aku terperangkap dlm jem yg sememangnye teruk yg menguji kesabaran makhluk bergelar manusia..huu....pemandu BMW, Perodua, Toyota, Honda, Proton, Nissan, Hyundai..semua xleh brbuat apa2 walaupun kereta berharga berpuluh malah beratus ribu..bermacam riak wajah yg boleh dilihat. masing2 hanya menanti saat jalan raya kembali lancar supaya smpai ke destinasi. dengan anak2 kecil menangis..ade pengantin dh berpeluh2 dalam keta, ade pemandu yg belum makan apa2 sejak pagi, pakcik makcik yg sangat uzur..kesian..ada yg bukak baju xtahan panas, ada yg bentang kotak tepi jalan baring2, ada yg buka bekal, ade yg terjerit2 "Laparnyaaa"..tapi.. apa boleh buat?? tunggu..sampai bila??

..............entah.................

4.00 p.m..4.25 p.m..4.45 p.pm...5.10 p.m...5.30 p.m...6.00 p.m..

huh..lamanya masa berlalu. masing2 mengambil kesempatan mengambil gambar panorama hutan tempat kami terperangkap.



6.45 p.m barulah kontena tersebut dialihkan sedikit membuka satu lorong jalan sahaja.


Alhamdulilah penantian berakhir. penat, lapar, risau, teruja..semua bercmpur baur. pengalaman menyedarkan aku betapa kecilnya manusia..hanya sebiji lori kontena mampu memusnahkan segala perancangan yg dibuat. mampu menguji sejauh mana manusia boleh bersabar dan bersyukur kerana bukan kami yg terlibat dalam kemalangan itu. Al-fatihah kepada pemandu Proton Saga yg terkorban dalam kemalangan dengan lori kontena tersebut.


Thursday, June 4, 2009

3 only..

THREE NAMES THAT PEOPLE CALL ME
1. Jannah
2. Jann
3. Siti
THREE MOST IMPORTANT DATES IN MY LIFE
1. 24 November
2. 23 July
3. 22 January
THREE THINGS I’VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES
1. Watch Anak Wayang
2. Makan
3. Sending sms to abg
THREE WAYS TO BE HAPPY
1. Be positive
2. Love myself
3. Be nice to everybody
THREE BIRTHDAY GIFTS I WOULD LIKE TO RECEIVE
1. Guess bag
2. Ralph Lauren Romance
3. A kiss from abg
THREE OF MY FAVORITE HOBBIES
1. Surfing net
2. Window shopping
3. Listening to music
THREE PLACES I WANT TO GO FOR VACATION LOCALLY
1. Pulau Tioman
2. Genting Highland
3. Pulau Pangkor
THREE FAVORITE DRINKS
1. Watermelon + lychee
2. Milo ais
3. Sprite
THREE THINGS FOUND IN MY BAG
1. Purse
2. Handphone
3. Lip balm
THREE THINGS NOT TO BE FOUND IN MY BAG
1. Bomb
2. Buah durian
3. Nasi lemak
THREE FAVORITE COLORS
1. Baby blue
2. Pink
3. Black
THREE LEAST FAVORITE COLORS
1. Brown
2. White
3. Orange
TOP THREE HANGOUTS
1. Danga Bay
2. KB Mall
3. JJ Tebrau
TOP THREE “THINGS” SPECIAL TO ME
1. My baby Gen 2
2. Celcom broadband
3. NBC stuffs
THREE SONG THAT U LOVED
1. Seize the day - Avenged sevenfold
2. Kotak Hati - Hujan
3. Shitty Day - Soko

Wednesday, June 3, 2009

15 random things, facts, habits or goals

1. I've won an award voted by students 'Guru Paling Ceria' on Teacher's Day 2009 :)
2. I love songs from Soko..sweet but naughty
3. I have 5 ex-bfs

4. I like talking to myself in the mirror
5. I have an irritating roommate

6. I wanna be a "Guru Cemerlang" 7 years later

7. I'll bite my nails when i'm bored, stress, nervous.

8. M
y favourite website is www.blogspot.com
9. I wanna lose weight
10.
I hate reading
11.When i was 14, i was the biggest fan of The Moffatts
. now..not anymore
12.
I want to buy my own house..very soon
13.I dye my hair purple when I was 20

14.
I love blind dating
15.I don't like Jawa food (tempe,sambal goreng)

Tuesday, June 2, 2009

Kampung Parit Bengkok, Pontian, Johor

First time smpai kt kampung parit bengkok, pontian..aku rs mcm horror nye kampung tu.dgn utan belantara di kiri dan kanan..jalan masuk kampung pulak sgt lah sempit smpai xleh selisih keta..kalo slisih msti satu keta tepaksa memasukkan diri ke dalam parit. ditambah dengan jambatan mini yg telah runtuh sebelah pagar nye. tersilap langkah keta leh masuk dalm parit berisi air berarus deras. udara yg bersih langsung tidak tercemar dengan asap dari kilang titan di pasir gudang yg bau nye menyucuk lubang idung terus ke sereberum dan serebelum.huhuhu. nyiur melambai2 dan arus air dr sungai mendamaikan jiwa.baru 3 kali kesampaian aku kat kmpung yg mulanya di anggap horror tp lama kelamaan mcm best pulak.


Di kampung itu,aku telah berkenalan dengan seorang jejaka bernama mamat di mana beliau mempunyai sejarah hitam di dalam hidupnya.menjelang hari raya beberapa tahun lepas, mamat ingin menunjukkan kepakarannya sebagai seorang ahli silap mata yg diiktiraf sendiri olehnya. beliau memulakan aktiviti mencurahkan petrol ke atas kaki beliau dengan harapan kakinya akan terbakar dan dia tidak akan berasa sakit. dengan bangganya beliau menyalakan api dan meletakkan ke atas kakinya.malang tidak berbau, api terus menyambar diri beliau dan membakar bukan setakat kaki, malah seluruh badannya. penonton kaget seketika..tidak tau apa yg perlu dilakukan kerana keliru adakah itu gimik yg ingin dilakukan mamat atau mamat betul2 di landa kebakaran?melihat mamat menjerit meminta tolong dan berguling2 di atas tanah, barulah penonton sedar yg mmg mamat terbakar dan tidak lagi melakukan silap mata.penonton terus menolong mamat memadamkan kebakaran..setelah api padam,mamat melecur 70 peratus badannya dan beliau pengsan..hampir beberapa mggu mamat koma di hospital.sudah jatuh ditimpa tangga..setelah mamat sedar daripada koma, beliau mendapat berita buruk iaitu kematian ibunya akibat penyakit barah.dengan keadaan badan yg berbalut.meleleh la air mata lelaki bernama mamat. tp dengan semangat yg ada beliau meneruskan kehidupan bersama bapa dan adik2 beliau.selepas peristiwa itu, mamat kini bergelar OKU kerana tangannya tidak boleh dibengkokkan dan badannya tidak boleh terkena terik matahari. mamat kembali gembira dengan kehidupan barunya.mamat telah mendapat pekerjaan di kuala lumpur dan beliau telah mendaftarkan diri sebagai OKU dan mendapat elaun setiap bulan.bapanya pula telah berkahwin lain dan mereka sekeluarga hidup bahagia.panjang sgguh kisah mamat.


aku juga turut mengenali jejaka yg dipanggil wak.wak mempunyai hobi memancing.setiap petang beliau akan ke sungai dengan keadaan tidak berbaju dan memikul joran dengan membawa sebaldi kecil cacing sebagai umpan.gelaran wak diperoleh kerana satu ketika dulu, selepas beliau tamat persekolahan, beliau bekerja sambilan sebagai buruh binaan di bandar.wak memang sorang yang tidak suka memakai baju kerana katanya..baju membuatkan beliau merasa rimas dan tidak selesa.pekerjaan sebagai buruh membuatkan badan beliau menjadi hitam dan berminyak2.ditambah dengan rambut paras bahunya yg bergulung2 akibat kerinting membuatkan beliau kelihatan seperti pendatang dari indon.oleh kerana itu, sahabat2 beliau memberikan beliau nama wak.menyedari badan beliau semakin lama semakin hitam, beliau meletakkan jawatan sebagai buruh dan meminta jawatan baru iaitu sebagai atendan di stesen minyak shell.di situlah tempat beliau mencari rezeki beberapa ketika.beliau sekali lagi meletakkan jawatan sebagai atendan pam minyak kerana tidak tahan sering di buli rakan2 yang mengisi minyak dan menyuruh wak belanja setiap titsan minyak yang diisi.wak sekarang bahagia bekerja dengan bapanya.


anuar atau nuar seorang lelaki misteri yg ku kenali di kmpung parit bengkok.beliau selalu menghilangkan diri tanpa dapat dikesan selama beberapa bulan dan kemudian muncul kembali sesuka hati beliau.sebelum mempunyai hobi menghilangkan diri,beliau merupakan kutu rayau yg suka keluar malam.mungkin beliau keliru identiti beliau.adakah beliau seorang manusia atau seekot kelawar??menyedari keadaan hobi beliau semakin meruncing,bapa beliau mengambil keputusan drastik iaitu memberi perintah berkurung kepada beliau.nuar tidak dibenarkan keluar selepas jam 10 malam.nuar amat menggeruni bapanya yang juga seorang pemburu babi hutan di mana bapanya memiliki lesen senapang patah dan selaras senapang.memahami sikap bapanya yg panas baran,nuar akur dan patuh terhadap perintah berkurung itu.setelah itu, sukar untuk melihat nuar di luar rumah selepas jam 10 malam. hanya beberapa bulan shaja nuar akur kerana suatu hari kampung parit bengkok gempar dengan kehilngan nuar tanpa dapat dihubungi lagi.2 bulan kemudian beliau muncul kembali dengan selamtnya.bapa nuar semakin menyedari yg anaknya sudah meningkat dewasa dan tidak sesuai untuk dikurung lagi.maka bapanya pasrah.begitulah nuar yg mempunyai hobi menghilangkan diri dan muncul sesuka hati.


ade sorg lagi jejaka bernama john. sewaktu ketika dahulu john terpengaruh dengan ajaran sesat tetapi beliau terjebak sementara cuma akhirnya beliau kembali ke pangkal jalan.tetapi kesannya sangat lah dashat di mana john selalu di buru makhluk halus yg dipujanya dahulu.beliau seringkali menggelupur kerana dirasuk makhluk halus berkenaan.beliau juga selalu ternampak lembaga tinggi lampai yang rambut mengurai mengekori beliau.ada peristiwa yg mengerikan berlaku kepada john juga tidak dapat dilupakan oleh penduduk kampung.kejadian berlaku sewaktu majlis perkahwinan salah seorang penduduk kampung itu.ketika itu karaoke sedang rancak dijalankan.john yang juag mempunyai suara seperti jamal abdillah dengan yakinnya ke gelanggang karoke untuk menyumbangkan suaranya kepad tetamu majlis yang hadir.lagu gadis melayu nyanyian jamal abdillah menjadi pilihan beliau.dengan penuh penghayatan,john mula menyanyi lagu berkenaan.berjaya beliau tamatkan tetapi kelihatan john masih tidak puas hati.dimintanya DJ memainkan sebuah lagi lagu.kali ini merupakan lagi nyanyian mawi..rangkap demi rangkap john menyanyi menghiburan tetamu.apabila hampir ke penamat,tiba2 john jatuh pengsan.beberapa saat kemudian beliaumula menggelupr membuatkan seluruh majlis huru hara.john dirasuk lagi!!selepas peristiwa itu,john menjadi fobia dengan karoke.kesian john..hidupnya terus diburu.


Akhir sekali kuingin ceritakan tengtang seorang lagi jejak Kampung Parit Bengkok iaitu Burn. burn mempunyai kepakaran meng'oter' enjin motosikal mahupun kereta budak2 kampung untuk menyertai perlumbaan secara halal dan juga haram. jika ade motor2 atau kereta yg mmpunyai maslah maka rumah burn la yang pertama sekali dikunjungi. burn juga mempunya kemahiran membuat wiring dimana bengkel2 sering mengupah beliau. walaupun burn tidak mempunyai rekod jenayah tetapi sejarah beliau merupakan seorang yg sgt ligat melarikan diri daripada roadblock poils trafik mahupun jpj akibat mnyertai lumba haram di mana2 jalan yg dilihat sesuai. walaupun ayahnya sendiri merupakan pegawai jpj tetapi ayahnya sangat menggalakkan beliau meng'oter' kereta nissan 'skyline' beliau menjadi enjin berkuasa kuda yg mmpu mencabut jantungku bila duk sbelah dia masa drive. jika ditanya dari mana nama burn diperoleh maka jawapannya mmber2 meliha warna kulitnya yg xbrapa nak putih dan menganggapnya seperti terbakar a.k.a burn.

begitulah kisah jejaka2 kampung parit bengkok..walaupun mereka mempunyai kisah hidup yang sebegitu rupa, mereka mempunyai semangat setia kawan yang begitu utuh :)