Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Friday, June 12, 2009

Pilih Kasih : Racun Paling Berbisa bagi Guru-guru

Haikal..seorang pelajar tingkatan satu. semasa di tahun 6, Haikal sangat meminati mata pelajaran Sains. Malah Haikal mendapat A bagi subjek Sains dalam keputusan UPSR nya. Cita-cita Haikal ialah menjadi saintis satu hari nanti. Melangkah ke tingkatan satu, Haikal sangat teruja. Difikirannya hanya satu..siapakah guru matapelajaran Sains yang akan mengajar di kelasnya. sesi orientasi sudah tamat. Pelajar-pelajar tingkatan satu akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Loceng berbunyi. Masa yang dinantikan sudah tiba..sekarang merupakan waktu mata pelajaran Sains kegemarannya. Seorang guru wanita melangkah masuk ke dalam kelas. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Cikgu Suhaila. Cantik..masih muda dalam lingkungan awal 30-an.

Di dalam kelas Haikal duduk di tempat paling hadapan. Haikal mahu ilmu yang disampaikan oleh guru-gurunya terutama Cikgu Suhaila diterima sepenuhnya. Cikgu Suhaila sangat pandai mengajar. Semasa memberi penerangan, beliau menyertakan contoh-contoh yang mudah difahami. Cikgu Suhaila sering mengajukan pertanyaan bagi mengukuhkan kefahaman pelajar-pelajar tetapi..tetapi setiap kali Haikal mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang diajukan, tidak pernah sekalipun Cikgu Suhaila memintanya menjawab. Cikgu Suhaila selalu meminta Syuhadah, Huda, Amir, Pei Shen, Silvaraj, Loke Yee, Visma menjawab. Walaupun jawapan mereka berikan salah, Cikgu Suhaila tidak memberi peluang kepada Haikal membetulkan jawapan rakan-rakannya.
Peperiksaan Kurikulum pertama, Haikal mendapat A dalam mata pelajaran Sains. Haikal tidak mendapat pujian daripada Cikgu Suhaila. Haikal tertanya-tanya..mungkinkah Cikgu Suhaila tidak menyukainya?tapi kenapa? dia tidak pernah tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi Cikgu Suhaila. dia juga tidak pernah melawan kata-kata Cikgu Suhaila. Tetapi keadaan tidak pernah berubah. Haikal terasa dirinya dipulaukan oleh Cikgu Suhaila. Satu hari Haikal membuat bising semasa Cikgu Suhaila mengajar..tujuannya..dia ingin menarik perhatian Cikgu Suhaila. Dia mahu Cikgu Suhaila tahu akan kewujudannya di dalam kelas itu. Tetapi..dia dimarahi Cikgu Suhaila dan dihukum berdiri di luar kelas. Haikal kecewa tapi dia belum berputus asa. Keesokan harinya Haikal dia membuat perkara yang sama dan sekali lagi dia dimarahi dan dihukum.

Dalam diam Haikal menaruh dendam terhadap Cikgu Suhaila. Minatnya terhadap sains mula terhakis. Haikal mula ponteng kelas Sains. Bagi Haikal tiada gunanya dia masuk ke kelas Sains jika Cikgu Suhaila tidak pernah menyedari kewujudannya. Lebih baik dia ponteng bersama-sama rakan-rakan yang lain. Keputusan peperiksaan Haikal semakin merosot. Pada peperiksaan akhir tahun, Haikal gagal dalam mata pelajaran Sains yang dulunya merupakan mata pelajaran kegemaran.
Melangkah ke tingkatan dua, Haikal bertukar guru Sains iaitu Cikgu Rizal. Cikgu Rizal merupaka guru Sains kegemaran setiap pelajar yang pernah belajar dengannya. Teknik-teknik pengajaran Sains Cikgu Rizal sangat menarik perhatian pelajar-pelajar. Tetapi perhatian Haikal sering lari semasa Cikgu Rizal sedang mengajar. Haikal buntu. Haikal tidak dapat menerima apa yang disampaikan oleh Cikgu Rizal kerana minat Haikal terhadap Sains telah pun hilang. Ilmu Sains yang disampaikan oleh Cikgu Suhaila semasa di tingkatan satu sedikit pun tiada di dalam ingatan Haikal. Tajuk-tajuk tingkatan satu yang berkaitan atau berkesinambungan dengan tajuk-tajuk di tingkatan dua langsung tidak difahami Haikal. Haikal mengambil keputusan yang sama iaitu ponteng. Haikal pernah ditangkap atas kesalahan ponteng selama beberapa kali. Tetapi sedikitpun tidak menginsafkannya.

Haikal mula melupakan cita-citanya untuk menjadi saintis. Dia langsung tidak nampak masa depannya. Dia mula hilang minat untuk belajar. Baginya, ponteng kelas dan ponteng sekolah lebih seronok. dia boleh ke Cyber Cafe bermain permainan video, dia boleh merayau-rayau, dia boleh merokok, dia rasa bebas. di luar, tidak ada orang yang boleh memarahinya. tidak ada bayang Cikgu Suhaila. Memang seronok. Haikal semakin bermasalah. pelajarannya semakin merosot. Haikal semakin terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang daripada rakan-rakannya di luar. Suatu hari Haikal terlibat dalam satu pergaduhan besar semasa dia sedang ponteng sekolah. Akibatnya..Haikal digantung dan dibuang sekolah kerana rekod-rekod kesalahan disiplin di sekolah memaksa pengetua untuk membuang Haikal.

Tahniah kepada Cikgu Suhaila..hanya dengan sikap pilih kasihnya di dalam kelas, dia mampu membunuh minat seorang pelajar terhadap pelajaran. dia juga berjaya mengheret Haikal ke kancah jenayah dan dia juga berjaya menggelapkan masa depan Haikal. Jadi guru-guru..jangan sesekali ada sikap pilih kasih dalam diri guru-guru sekalian. Cubalah sebaik-baiknya untuk berlaku adil di dalam kelas.



Cerita tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah mati

-Jannah

No comments: