Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Tuesday, June 2, 2009

Kampung Parit Bengkok, Pontian, Johor

First time smpai kt kampung parit bengkok, pontian..aku rs mcm horror nye kampung tu.dgn utan belantara di kiri dan kanan..jalan masuk kampung pulak sgt lah sempit smpai xleh selisih keta..kalo slisih msti satu keta tepaksa memasukkan diri ke dalam parit. ditambah dengan jambatan mini yg telah runtuh sebelah pagar nye. tersilap langkah keta leh masuk dalm parit berisi air berarus deras. udara yg bersih langsung tidak tercemar dengan asap dari kilang titan di pasir gudang yg bau nye menyucuk lubang idung terus ke sereberum dan serebelum.huhuhu. nyiur melambai2 dan arus air dr sungai mendamaikan jiwa.baru 3 kali kesampaian aku kat kmpung yg mulanya di anggap horror tp lama kelamaan mcm best pulak.


Di kampung itu,aku telah berkenalan dengan seorang jejaka bernama mamat di mana beliau mempunyai sejarah hitam di dalam hidupnya.menjelang hari raya beberapa tahun lepas, mamat ingin menunjukkan kepakarannya sebagai seorang ahli silap mata yg diiktiraf sendiri olehnya. beliau memulakan aktiviti mencurahkan petrol ke atas kaki beliau dengan harapan kakinya akan terbakar dan dia tidak akan berasa sakit. dengan bangganya beliau menyalakan api dan meletakkan ke atas kakinya.malang tidak berbau, api terus menyambar diri beliau dan membakar bukan setakat kaki, malah seluruh badannya. penonton kaget seketika..tidak tau apa yg perlu dilakukan kerana keliru adakah itu gimik yg ingin dilakukan mamat atau mamat betul2 di landa kebakaran?melihat mamat menjerit meminta tolong dan berguling2 di atas tanah, barulah penonton sedar yg mmg mamat terbakar dan tidak lagi melakukan silap mata.penonton terus menolong mamat memadamkan kebakaran..setelah api padam,mamat melecur 70 peratus badannya dan beliau pengsan..hampir beberapa mggu mamat koma di hospital.sudah jatuh ditimpa tangga..setelah mamat sedar daripada koma, beliau mendapat berita buruk iaitu kematian ibunya akibat penyakit barah.dengan keadaan badan yg berbalut.meleleh la air mata lelaki bernama mamat. tp dengan semangat yg ada beliau meneruskan kehidupan bersama bapa dan adik2 beliau.selepas peristiwa itu, mamat kini bergelar OKU kerana tangannya tidak boleh dibengkokkan dan badannya tidak boleh terkena terik matahari. mamat kembali gembira dengan kehidupan barunya.mamat telah mendapat pekerjaan di kuala lumpur dan beliau telah mendaftarkan diri sebagai OKU dan mendapat elaun setiap bulan.bapanya pula telah berkahwin lain dan mereka sekeluarga hidup bahagia.panjang sgguh kisah mamat.


aku juga turut mengenali jejaka yg dipanggil wak.wak mempunyai hobi memancing.setiap petang beliau akan ke sungai dengan keadaan tidak berbaju dan memikul joran dengan membawa sebaldi kecil cacing sebagai umpan.gelaran wak diperoleh kerana satu ketika dulu, selepas beliau tamat persekolahan, beliau bekerja sambilan sebagai buruh binaan di bandar.wak memang sorang yang tidak suka memakai baju kerana katanya..baju membuatkan beliau merasa rimas dan tidak selesa.pekerjaan sebagai buruh membuatkan badan beliau menjadi hitam dan berminyak2.ditambah dengan rambut paras bahunya yg bergulung2 akibat kerinting membuatkan beliau kelihatan seperti pendatang dari indon.oleh kerana itu, sahabat2 beliau memberikan beliau nama wak.menyedari badan beliau semakin lama semakin hitam, beliau meletakkan jawatan sebagai buruh dan meminta jawatan baru iaitu sebagai atendan di stesen minyak shell.di situlah tempat beliau mencari rezeki beberapa ketika.beliau sekali lagi meletakkan jawatan sebagai atendan pam minyak kerana tidak tahan sering di buli rakan2 yang mengisi minyak dan menyuruh wak belanja setiap titsan minyak yang diisi.wak sekarang bahagia bekerja dengan bapanya.


anuar atau nuar seorang lelaki misteri yg ku kenali di kmpung parit bengkok.beliau selalu menghilangkan diri tanpa dapat dikesan selama beberapa bulan dan kemudian muncul kembali sesuka hati beliau.sebelum mempunyai hobi menghilangkan diri,beliau merupakan kutu rayau yg suka keluar malam.mungkin beliau keliru identiti beliau.adakah beliau seorang manusia atau seekot kelawar??menyedari keadaan hobi beliau semakin meruncing,bapa beliau mengambil keputusan drastik iaitu memberi perintah berkurung kepada beliau.nuar tidak dibenarkan keluar selepas jam 10 malam.nuar amat menggeruni bapanya yang juga seorang pemburu babi hutan di mana bapanya memiliki lesen senapang patah dan selaras senapang.memahami sikap bapanya yg panas baran,nuar akur dan patuh terhadap perintah berkurung itu.setelah itu, sukar untuk melihat nuar di luar rumah selepas jam 10 malam. hanya beberapa bulan shaja nuar akur kerana suatu hari kampung parit bengkok gempar dengan kehilngan nuar tanpa dapat dihubungi lagi.2 bulan kemudian beliau muncul kembali dengan selamtnya.bapa nuar semakin menyedari yg anaknya sudah meningkat dewasa dan tidak sesuai untuk dikurung lagi.maka bapanya pasrah.begitulah nuar yg mempunyai hobi menghilangkan diri dan muncul sesuka hati.


ade sorg lagi jejaka bernama john. sewaktu ketika dahulu john terpengaruh dengan ajaran sesat tetapi beliau terjebak sementara cuma akhirnya beliau kembali ke pangkal jalan.tetapi kesannya sangat lah dashat di mana john selalu di buru makhluk halus yg dipujanya dahulu.beliau seringkali menggelupur kerana dirasuk makhluk halus berkenaan.beliau juga selalu ternampak lembaga tinggi lampai yang rambut mengurai mengekori beliau.ada peristiwa yg mengerikan berlaku kepada john juga tidak dapat dilupakan oleh penduduk kampung.kejadian berlaku sewaktu majlis perkahwinan salah seorang penduduk kampung itu.ketika itu karaoke sedang rancak dijalankan.john yang juag mempunyai suara seperti jamal abdillah dengan yakinnya ke gelanggang karoke untuk menyumbangkan suaranya kepad tetamu majlis yang hadir.lagu gadis melayu nyanyian jamal abdillah menjadi pilihan beliau.dengan penuh penghayatan,john mula menyanyi lagu berkenaan.berjaya beliau tamatkan tetapi kelihatan john masih tidak puas hati.dimintanya DJ memainkan sebuah lagi lagu.kali ini merupakan lagi nyanyian mawi..rangkap demi rangkap john menyanyi menghiburan tetamu.apabila hampir ke penamat,tiba2 john jatuh pengsan.beberapa saat kemudian beliaumula menggelupr membuatkan seluruh majlis huru hara.john dirasuk lagi!!selepas peristiwa itu,john menjadi fobia dengan karoke.kesian john..hidupnya terus diburu.


Akhir sekali kuingin ceritakan tengtang seorang lagi jejak Kampung Parit Bengkok iaitu Burn. burn mempunyai kepakaran meng'oter' enjin motosikal mahupun kereta budak2 kampung untuk menyertai perlumbaan secara halal dan juga haram. jika ade motor2 atau kereta yg mmpunyai maslah maka rumah burn la yang pertama sekali dikunjungi. burn juga mempunya kemahiran membuat wiring dimana bengkel2 sering mengupah beliau. walaupun burn tidak mempunyai rekod jenayah tetapi sejarah beliau merupakan seorang yg sgt ligat melarikan diri daripada roadblock poils trafik mahupun jpj akibat mnyertai lumba haram di mana2 jalan yg dilihat sesuai. walaupun ayahnya sendiri merupakan pegawai jpj tetapi ayahnya sangat menggalakkan beliau meng'oter' kereta nissan 'skyline' beliau menjadi enjin berkuasa kuda yg mmpu mencabut jantungku bila duk sbelah dia masa drive. jika ditanya dari mana nama burn diperoleh maka jawapannya mmber2 meliha warna kulitnya yg xbrapa nak putih dan menganggapnya seperti terbakar a.k.a burn.

begitulah kisah jejaka2 kampung parit bengkok..walaupun mereka mempunyai kisah hidup yang sebegitu rupa, mereka mempunyai semangat setia kawan yang begitu utuh :)

2 comments:

Anonymous said...

kg saya tu dik..hahahah

Apple Melody said...

Alamak..sape ni ek?kihkihkih
Crita d atas dh diolah sikit supaya lbh menarik.haha