Teguranku bukan untuk memeningkan kepalamu..
Marahku bukan untuk membuatkan kau memencil diri daripadaku..
Hukumanku bukan untuk membuahkan dendam dihatimu..
Desakanku bukan untuk membebankanmu..
Bebelanku bukan untuk menyakitkan telingamu..
Senyumku adalah untuk melegakan hatimu..
Tawaku adalah untuk membahagiakanmu..
Anugerah dariku adalah untuk membangkitkan semangatmu..
Sesungguhnya..
Fikiranmu masih mentah..
Perjalanan hidupmu masih panjang..
Masih jauh langkahmu..
Jangan sesekali kau berputus asa..
Dan..
Memberi seribu alasan..
Jangan berikan sedikit peluang kepada kegagalan..
Untuk datang kepadamu..
Wahai anak didikku..
Ketahuilah bahawa..
Setiap ilmu yang diajar..
Adalah dengan tulus ikhlas sepenuh jiwa..
Dan..
Setiap kata yang keluar daripada mulutku..
Adalah diiringi doa agar kau berjaya..
Diiringi harapan supaya kau menjadi manusia berguna..

Khas untuk pelajar-pelajar 3KT1, 3KT2, 3P3 dan 2P2 SMK Pasir Gudang 2, Pasir Gudang, Johor.
No comments:
Post a Comment