She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga,
suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka
kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan
Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi
Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi ingat, bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
kesian si suami, dah lama mereka tahan.
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat banyak alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah... ganjaran Allah ke atasnya jua. .
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami, jangan mimpi dia akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
No comments:
Post a Comment