" Ambo dari KL la ni..dr pagi takdi lagi. baru loni sapa sini"
" Hoh..doh bakpo lamo tumo baru sapa sini?"
" Di Bukit Tujuh tu ado eksiden lori kontena letey jale."
......sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiriku.......
Kami sekeluarga menyambung perjalanan ke KL untuk melawat cucu kesayangan abah dan ummi..laju..laju..laju..laju..sederhana..sederhana..perlahan..perlahan..hurmm..trafik yg mulanya lancar semakin perlahan dan perlahan. dari jauh kelihatan deretan kenderaan.masing2 diam..penuh tanda tanya.jam menunjukkan 12.30 tengah hari. perasaan sabar masih menebal. abah mengikut saja deretan kenderaan penuh berhemah
..masa berlalu pantas..jam menunjukkan pukul 1.30 p.m..lapisan kesabaran semakin terhakis. kenderaan2 lain mula memotong deretan kenderaan..lorong kenderaan bertentangan semakin dibanjiri kenderaan searah dengan kami menyebabkan jalan semakin sesak teruk. masing2 sudah hilang pertimbangan. di fikiran hanya mahu mengejar destinasi.
Gosh it's almost 2.40 p.m.. still stuck in the massive traffic jam. we have to stop our car sbb traffic langsung xleh gerak. kelihatan lori kontena betul2 melintang jalan menutup ruang jalan kedua2 arah. Tak penah seumur idup aku terperangkap dlm jem yg sememangnye teruk yg menguji kesabaran makhluk bergelar manusia..huu....pemandu BMW, Perodua, Toyota, Honda, Proton, Nissan, Hyundai..semua xleh brbuat apa2 walaupun kereta berharga berpuluh malah beratus ribu..bermacam riak wajah yg boleh dilihat. masing2 hanya menanti saat jalan raya kembali lancar supaya smpai ke destinasi. dengan anak2 kecil menangis..ade pengantin dh berpeluh2 dalam keta, ade pemandu yg belum makan apa2 sejak pagi, pakcik makcik yg sangat uzur..kesian..ada yg bukak baju xtahan panas, ada yg bentang kotak tepi jalan baring2, ada yg buka bekal, ade yg terjerit2 "Laparnyaaa"..tapi.. apa boleh buat?? tunggu..sampai bila??
..............entah.................
4.00 p.m..4.25 p.m..4.45 p.pm...5.10 p.m...5.30 p.m...6.00 p.m..
huh..lamanya masa berlalu. masing2 mengambil kesempatan mengambil gambar panorama hutan tempat kami terperangkap.
6.45 p.m barulah kontena tersebut dialihkan sedikit membuka satu lorong jalan sahaja.
Alhamdulilah penantian berakhir. penat, lapar, risau, teruja..semua bercmpur baur. pengalaman menyedarkan aku betapa kecilnya manusia..hanya sebiji lori kontena mampu memusnahkan segala perancangan yg dibuat. mampu menguji sejauh mana manusia boleh bersabar dan bersyukur kerana bukan kami yg terlibat dalam kemalangan itu. Al-fatihah kepada pemandu Proton Saga yg terkorban dalam kemalangan dengan lori kontena tersebut.
No comments:
Post a Comment