Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Tuesday, May 10, 2011

Kisah Anak Makcik Saodah

Ni pastinya bukan anak2 Makcik Saodah
(Sumber : Google)

Saadun dan Sameon merupakan anak kembar kepada Makcik Saodah. Walaupun wajah Saadun dan Sameon seakan-akan sama tapi sikap mereka jauh berbeza. Saadun seorang yang rajin, bijak tetapi tidak mempunyai berpendirian tetap. Dia seorang anak yang sangat patuh dengan ibunya..ibunya kata itu, dibuat itu..ibunya kata ini, dibuat ini. Malah, spender pun dia minta ibunya yang pilihkan. Bongok punya Saadun..Ohh maaf~ aku sedikit emo sebab aku tak suka lelaki yang lembik dalam membuat keputusan! Berbeza dengan Sameon. Walaupun Sameon agak bengap dalam pelajaran, tetapi dia mempunyai pendiriannya. Dia sangat tidak suka orang lain menentukan kehidupannya. Dia juga selalu membantah kata2 ibunya jika dirasakan tidak sesuai untuk dirinya..ohh sangat tidak sopan anak ini.

Walaupun sejak anak2nya masih kecil, Makcik Saodah sudah mempunyai agendanya yang tersendiri untuk kedua-dua anaknya. Makcik Saodah sangat menginginkan kedua-dua anaknya itu menjadi kakitangan kerajaan kelak. Maknanya, Makcik Saodah mahu Saadun dan Sameon bekerja dengan kerajaan. Bagi Makcik Saodah, hanya bekerja dengan kerajaan sajalah yang dapat memberi masa depan yang cerah untuk kedua-dua anak terunanya itu. Cetek sungguh pemikiran Makcik Saodah yang hanya mempunyai sijil SRP dan sangat taksub dengan kerajaan.

Masa berganti masa, kedua2 anak Makcik Saodah tamat Tingkatan 5. Seperti yang dijangkakan, Saadun mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tetapi Sameon mendapat keputusan yang sederhana. Makcik Saodah dengan segera meminta Saadun dan Sameon mengisi borang SPA dan memohon pekerjaan yang bersesuaian dengan akademik mereka. Saadun dengan sukacitanya meminta Makcik Saodah mengisi borang SPA untuknya. Pada mulanya Sameon enggan akan tetapi dia gagal mengatasi kekerasan hati ibunya. Dia diberi kata putus, mengisi borang SPA atau keluar daripada rumah. Maka terpaksalah Sameon mengisi borang itu dengan berat hati. Beberapa lama selepas itu mereka dipanggil untuk temuduga SPA.

Beberapa bulan selepas keputusan SPM, mungkin nasib menyebelahi Saadun dan Sameon, kedua-dua mereka mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran. Saadun mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma perakaunan di sebuah IPTA manakala Sameon mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang sijil kejuruteraan Automotif di ILP. Saadun sebenarnya tidak begitu berminat dalam bidang perakaunan kerana dia lebih meminati bidang Sains tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibunya yang menginginkannya terjebak dalam bidang perakaunan. Sameon pula sangat gembira kerana sejak di bangku sekolah, minatnya terhadap enjin2 kenderaan sangat mendalam sehinggakan dia sangat terkenal dengan skill melajukan motor2 mat rempit kampungnya. Setibanya waktu yang dinantikan, maka pergilah kedua-dua mereka menuntut ilmu.

Semester pertama, kedua2 anak Makcik Saodah mendapat keputusan yang sangat memberansangkan. Saadun sudah dapat menerima hakikat yang jodohnya ialah dengan bidang perakaunan dan dia telah jatuh cinta dengan perakaunan. Sameon? kalau sudah minat memang akan dilakukan bersungguh2..tetapi Makcik Saodah tidak pernah berbangga dengan Sameon. baginya, apa yang dapat dilakukan Sameon selepas tamat belajar..sudah semestinyalah Sameon akan bergelumang dengan minyak hitam dan berada di bawah kereta beralaskan kotak untuk mengrepair kenderaan2 tersebut. Makcik Saodah mahu anak2nya bekerja dalam bilik yang mempunyai pendingin hawa, memakai kemeja bertali leher, bukannya memakai baju penuh dengan minyak. akan tetapi Sameon tidak pernah mempedulikan kehendak ibunya.

Pada suatu hari yang indah, ketika Makcik Saodah sedang bersantai di anjung rumahnya, seorang posmen datang membawa dua keping surat. Surat untuk Saadun dan Sameon. Tanpa was2 Makcik Saodah membaca kedua2 surat tersebut. Ibarat mahu menjerit dan berlari keliling kampung, Makcik Saodah sangat gembira dengan surat itu. Itulah surat yang dinanti-nantikan olehnya. Surat tawaran kerja SPA untuk kedua2 anaknya..Lantas Makcik Saodah menelefon Saadun dan Sameon memberitahu akan hal itu. Saadun bingung..ibunya mahu dia berhenti belajar dan menerima tawaran kerja itu ketika sudah terbuka minatnya dalam perakaunan. Sameon pula seperti biasa tidak mempedulikan kata2 ibunya..baginya, berhenti belajar dan menerima tawaran kerja itu ialah nonsence semata2. Seperti kerbau dicucuk hidung, Saadun berhenti belajar dan menerima jawatan itu..Sameon pula menolak tawaran itu dan memfokuskan dirinya dengan misi untuk mendapatkan diploma dalam bidang automotif kegemarannya itu.

Tamat pelajaran di ILP, Sameon menyambung lagi ke peringkat diploma dalam bidang yang sama. Masa berganti masa lagi..Sameon berjaya menerima segulung diploma. Diberinya diploma itu kepada Makcik Saodah akan tetapi Makcik Saodah buat dekk je. Makcik Saodah sangat menyayangi Saadun yang tidak pernah membantah kata2nya dan dia juga berbangga dengan Saadun yang bekerja dalam bilik berhawa dingin dan memakai kemeja bertali leher. Sangat segak. Tamat diploma, Sameon bekerja di bengkel kawannya, katanya dia ingin menimba ilmu daripada kawannya itu. Selepas beberapa tahun, berkat daripada ilmu yang ditimba semasa bekerja di bengkel kawannya, Sameon berhajat untuk membuka bengkel membaiki kereta. Seperti biasa Makcik Saodah langsung tidak berminat dengan kehendak Sameon. Makcik Saodah sedikitpun tidak ambil peduli sebaliknya dia memuji2 Saadun padahal sikitpun Saadun tak bagi duit kat dia. Mana nak cukup kalo keje gov ngan lulusan SPM je..gaji ciput beb. Hanya Saadun yang menghulurkan duit poket kepada Makcik Saodah..tu pun Makcik Saodah masih belum sedar.

Semua urusan membuka bengkel diuruskan sendiri oleh Sameon. Akhirnya Sameon berjaya membuka sebuah bengkel kenderaan hasil daripada titik peluhnya sendiri. Hari demi hari perniagaan Sameon semakin berkembang. Bengkelnya mendapat kunjungan yang amat memberansangkan. Semua jenis kereta datang ke bengkel untuk direpair termasuklah kereta2 mewah. Pekerja Sameon semakin bertambah, bengkelnya semakin besar. Kejayaan demi kejayaan yang Sameon peroleh namun dia tidak pernah melupakan ibunya Makcik Saodah. Setiap bulan Sameon akan pastikan Makcik Saodah mendapat duit poket yang hampir mencecah RM1k. tidak cukup dengan itu, Sameon turut membelikan sebidang tanah untuk ibunya dan membina sebuah rumah yang tersergam indah. Melihat poket Sameon yang semakin lama semakin menebal, Makcik Saodah mula membuka matanya. Barulah dia sedar yang anaknya yang selalu dipandang rendah olehnya itulah yang selalu membantunya dan anaknya yang dipuji puja dulu lah yang banyak menghabiskan duitnya..bukan stakat duit, beras, lauk pauk semua pun Saadun yang habiskan..duit? harap satu sen pun daripada gajinya tidak pernah Saadun beri pada Makcik Saodah.

Kini baru Makcik Saodah dapat menerima kehadiran Sameon sebagai anak bertuahnya. Tanpa Sameon, dia tidak mungkin mengecap kemewahan hidup. Barulah Makcik Saodah faham, tidak semestinya hanya bekerja dengan kerajaan dapat menjamin masa depan yang senang. Semuanya datang dari usaha, minat dan kesungguhan anaknya bukannya daripada paksaan dan kehendaknya  hatinya sendiri. Dia juga menyesal kerana telah menyekat minat Saadun. Jikalau dulu dia membiarkan Saadun meneruskan pelajaran dalam bidang perakaunan, pasti Saadun dapat melangkah dengan lebih jauh.

Moral of the story : Ntah..aku pun xtau ade moral ke x cerita ni..korang decide la sndiri ye :)





2 comments:

lilieyz said...

ahaha..mcm kisah makcik kiah Jonet ...tapi tukar part dia sanjung mekanik and hina org kerja gomen..baginya mekanik lagi hebat..hehehe..

JANN JANN JANNAH said...

tp makcik saodah ni obses gomen..sangat2..bg dia xpe gaji rm800 pun asal gomen.haha