Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Sunday, May 15, 2011

Hok molekkk..



Gua baru pulang nonton KONGSI..sebelum nonton tu macam2 la gua dengar dr member2 gua..ramai gak la kata KONGSI ni tak best n tak gempak macam promosi filem tu sebelum kluar..ada gak yang cakap KONGSI ni indah khabar dari rupa. gua tak kesah beb..gua tak heran orang nak kata apa pun janji ada Saheizy sam gua akan tengok cite tu.. (btol ke dok ejo namo dio tu) muka dia gua xtau cmne nak describe..jadi gengster boleh, jd manja2 boleh, jadi orang lurus bendul pun boleh..dalam cite ni muka samseng dia betul2 buat gua terpikat.hahaha. tak heran la dia menang Artis Paling Popular ABPBH 2010 hari tu kan..gua memang suka tengok KONGSI ni sebab gua bleh lepas rindu gua denga ore kecek Kelate. gua paling xleh tahan beb masa dia letak pistol kat bontot samseng tu ngan ayat dia (Samseng gapo dio gini cubit sikit jerit mace ponde)..tapi yang gua tak puas hati ada lawak yang sama je..contoh bila tengah serius, tetiba tersadung n jatuh tegolek..banyak kali lak since macam tu..mula2 gelak la jugak tapi dh banyak2 kali mcm dh tak kelakar. Owh lagi satu..gengster pun sahut seruan 1Malaysia wooo..jgn memain wooo..

Ada satu lagi yang gua tak puas hati pasal cerita ni ialah tang ending dia..alaaaa apsal lak ending camtu? gua ingat ending dia gempak tapi biasa je..kecewa sket la tapi gua suka..ye la..gua faham la kan kualiti filem negara kita camne..takkan nak compare KONGSI dengan fast5 kot..agak2 laa..pape pun gua kasi KONGSI 3bintang..gua tarik bintang tu sket sebab ending dia mengecewakan gua. Lu langsi lu mati...hok molekk!tapi kan..gua terpegun sket ngan preview cite KL Gengster..Kesimpulannya, Mei dan Jun memang bulan yang akan mengopakkan gua sebab Q cite best2 wooo..cam Pirates of Carribean, Transformers, Johnny English, Karak pun cam nak tgk gak..lagi KL Gengster 9 Jun ni kuar..adeiii kopak jadi kaki wayang ni.. (T_T) 

Ni ada sket sinopsis cite KONGSI kalo korang nak tau..yang xnak tgk kat wayang xpe..nnti kuar la tu kat astro first 

TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.
Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.
TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.
Sumber : Eh! Sempoi


*pas tengok cite ni baru aku tau Fizo Omar tu org Kelantan..patutla dia speaking kelate cair.kih3*




No comments: