Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Tuesday, May 31, 2011

Budaya dan tradisi yang BULLSHIT..kasihan kaum Adam


Aku sempat menjejakkan kaki di satu majlis perkahwinan member aku di Johor. cuti2 sekolah ni berderet2 kad jemputan aku terima. Honestly, aku bukan berminat sangat nak menghadiri majlis kahwin ni. Mak mertua aku selalu je ajak aku gi majlis2 kahwin ni tapi selalu jugak aku cari alasan supaya aku tak terjebak dengan majlis2 kahwin ni. Bukan apa, aku hairan, kenapa majlis yang dibuat tersangatlah grand sehinggakan berpuluh2 ribu habis dibelanjakan, at last, tetamu yang dijemput pulak yang kena bayar semasa salam kaup. aku pun xtahu betul ke tak istilah aku guna tu..Salam Kaup! semasa salam dgn tuan rumah (biasanya time nak balik) tuan rumah akan pastikan salam tu ada isi..pernah skali masa first time aku menghadiri majlis perkahwinan di Johor, aku xtahu la pulak adanya budaya salam kaup bagai..lepas dah kenyang, dengan selamba badaknya aku nak balik, salam je la dgn tuan rumah..dia siap cakap.."aii kosong je?" aku blur..pastu aku wat muka selamba badak lagi dan blah dari situ dengan satu persoalan..apa maksud tuan rumah dengan pernyataan "Aii..kosong je?" dan aku tanya la laki aku apesal dia cakap camtu. laki aku bleh plak gelak terbahak2 menambahkan lagi kebluran aku..lepas dia jelaskan semua barulah aku faham..dia kata kalau pegi suami isteri, suami salam dengan bapak pengantin..bukan salam kosong, salam kena ada isi dan si isteri salam berisi dengan mak pengantin. adeiii..mak bapak pengantin standby untuk mengaup isi semasa bersalam tu. dan sebenarnya bertambah pelik di kepala otak aku ni. biasa kat Kelantan kalau ada majlis ape2 mana ada kena kasi duit. Majlis kesyukuran pegi makan je la pastu kasi adiah sket2 kalo member2 rapat punya majlis.kalau xbrapa nak rapat bagi la susu ke gula ke kalo rasa nak bagi..kalau muka jenis selamba tu pegi semata2 untuk makan...salam2 pengantin dan balik dengan kekenyangan. 

Apa motif buat kenduri kahwin? nak jadi beggar? Bukanke tujuan kenduri kahwin tu untuk memberitahu masyarakat yang pasangan pengantin tu dah kahwin dan sekaligus untuk mengelakkan fitnah bukannya meminta2 duit orang. kalau tetamu memang ikhlas nak bagi duit, ok la..bukannya tetamu WAJIB bagi duit. tu pun kalau kasi RM5 buat pandangan serong..kasi RM2 lagi la berserong senget pandangannya. kenduri kahwin tu jugak tanda kesyukuran yang pasangan pengantin dah selamat menjadi suami isteri yang sah..tandanya kita bersyukur.kalau bersyukur, apa salahnya belanja jiran tetangga, saudara-mara, sahabat handai makan kenduri secara percuma? kenapa pulak kita tunjuk kita bersyukur tapi nak mintak2 duit orang? pelik la akuu! sape yang buat budaya pelik ni ek?? Ok..jauh betul aku menyimpang dari pendahuluan aku tadi..hahaha..masa aku sampai kat rumah member aku tu, kebetulan masa aku sampai tu, rombongan pengantin lelaki pun baru je sampai. klepak klepak klepuk klepuk bunyi kompang ngan selawat. sampai di pintu gerbang yang dihias cantik, rombongan pengantin lelaki disekat. Kena pulak jawab pantun..pantun tu tak kisah la kan..fun la jugak bila tengok pihak pengantin lelaki terkulat2 nak jawab pantun. tapi yang menambahkan lagi kepelikan, bila aku dengar mak andam jerit "Tol tol!" hahaha aku ingat kat highway je ada tol.rupanya kat kenduri kahwin pun ada tol wa cakap lu!

Seterusnya, majlis nak grand2, hantaran kalau lepasan SPM pun dah cecah 10K. taknak kalah ngan anak jiran sebelah rumah. kalau total semua sekali tak gigil lak pengantin lelaki nak keluar bajet. tambah lak gaji pengantin lelaki ibarat air paras hidung. habis motor, tanah mak dia dia gadai semata2 nak kahwin ngan gadis pujaan yang demand nak mampos. bak kata Ustaz Azhar Idrus, kalau nak mintak hantaran 10K takpe, janji Al-Quran semua juzuk ingat kat kepala, jahit semua fesyen baju dia pandai, masak semua jenis masakan dia tahu, sopan santun, taat..baru lah berbaloi hantaran 10K. lebih dari tu pun berbaloi2. ni tak..masak nasik pun xbrapa nak pandai, goreng ikan pun putus kepala..campur semua sekali hantaran dengan majlis dalam 50K..dah hangus 50K ada hati lagi nak mintak tol..tol kepala bapak kau. tak terfikir ke orang yang menyanjungi budaya dan tradisi yang mengarut ni bahawa selepas sahaja si pengantin lelaki jawab "Aku terima nikahnya..bla..bla.." maknanya semua bebanan yang bapak pengantin perempuan tu tanggung dah selepuk jatuh kat bahu dia. tak cukup ke nak menantu tu bela anak dia yang degil, kuat melawan, malas..segala macam mak nenek yang dia sendiri tak sanggup nak tanggung. ditambah pulak bebanan kewangan masa nak buat majlis. Tak terfikir ke impak selepas anak dia dah bergelar isteri menantu dia tu? kalau dah gaji semua abes nak bayar hutang kawin, camne nak tanggung anak dia lepas tu? adeiii...bukak sikit otak tu. kalau menantu tu gila baban kaya duit melimpah2 tak kesah la.Oh..ok..dah malas nak sambung lagi..sebab kepelikan melanda benak fikiran aku.babai~

Ohh beggar2 sekalian, insaflah pengantin lelaki sedang menggigil melihat duitnya mengalir selaju air mengalir
[sumber : google]

**1st time aku dengar parents bakal pengantin perempuan letak duit hantaran anak dia yang alim, sopan santun, pandai menjahit, sebanyak RM3k (tu akak ipar aku skang ni). ada lg tak parents yang macam tu skarang ni ek??


               


No comments: