Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Wednesday, April 27, 2011

Kisah Obesiti di 2 Gigih


Seorang guru melangkah masuk ke dalam kelas 2 Gigih (kelas paling digeruni oleh guru2 di sekolah itu). Guru berkenaan mengajar subjek Bahasa Melayu. Hari itu, guru berkenaan akan mengajar seperti yang tertulis dalam buku rekod pengajarannya iaitu Karangan Ceramah yang bertajuk Obesiti. sangat umum kan tajuk itu. Pada pemikiran guru itu, pasti banyak idea yang akan keluar dari akal fikiran anak2 didiknya itu. Setelah diberikan induction set yang kaw2 punya yang 100% menarik perhatian pelajar-pelajar. ternganga pelajar2 nya melihat beberapa gambar orang yang gemuk terlampau. gelak ketawa meledak apabila melihat gambar2 berkenaan. Mula terdengar suara2 sumbang yang mengaitkan rakan2 mereka yang berbadan sedikit besar dengan gambar berkenaan tapi belum masuk kategori Obesiti. Guru itu memerhatikan pelajar2 seorang demi seorang, tiada seorang pun yang mempunyai masalah obesiti. Maka, pada pemikiran guru tersebut tiada masalah tajuk Obesiti dibincangkan. Sebelum masuk dengan lebih lanjut, guru menerangkan secara ringkas tentang tajuk karangan, Pelajar2 mengangguk2 tanda faham. Kemudian guru tersebut meminta pelajar2 nya mengira BMI masing2 untuk menentukan sama ada mereka obesiti atau tidak.

Afiq       : Cikgu, camne nak tukar 165 cm ke meter? (sedangkan skolah rendah lg dh blajar)
Cikgu    : Bahagi dengan seratus..kan 1 meter sama dengan 100 cm, jadi kalau unit kecil nak tukar ke unit besar kena bahagikan.
Ain        : Kau ape bodoh sangat tukar tu pun tak tau
Afiq       : Ada aku tanya kau ke yang kau nak sibuk sangat tu?
Ain        : Dah bengap2 camtu ada hati kau nak tekel Rahah..rahah pun tak ingin pakwe bengap cam kau
Afiq       : Mulut ngan puki kau sama busuk je. perogol pun xsanggup nak rogol kau, baru bukak kain kau dia dh pengsan.
**Guru terkedu..sangat advance dan berani ayat2 mereka. apa pulak kaitan tak tahu tukar cm ke meter dengan kena rijek dengan Rahah??**

Amir      : Cikguuuu, berat saya berapa ek?
Cikgu    : Takkan berat sendiri pun tak tahu, kan masa ujian SEGAK hari tu dah timbang.
Aidil      : Masa nak timbang Amir hari tu timbang rosak cikgu, jarum dia pusing tiga kali sebab Amir berat sangat. Amir, aku rasa berat kau 100kg.
Amir      : Sial kau Aidil!! babi kau!! (Amir bangun ke tempat Aidil dan meluku kepala Aidil. Aidil bangun dan cuba menumbuk Amir tetapi jeritan guru membuatkan Aidil membatalkan niatnya. Guru menenangkan keadaan..kelas kembali tenang)

Guru menerangkan kaitan BMI dengan Obesiti. Jika BMI melebihi 30 maka seseorang itu mengalami masalah obesiti.

Hidayah : Cikgu, Shafika nangis!!
Guru      : Kenapa Shafika? Kamu sakit ke?
**Shafika terus menangis, makin ditanya makin kuat tangisannya..**
Shima    : Cikgu, dia sedih sebab Faris kata dia obesiti
Guru      : Kan cikgu dah terangkan Obesiti tu camne, kamu bukan obesiti pun, tadi kan ckgu dah minta kira BMI **sambil menjeling d buku Shafika tercatat BMI nya 24
Shima    : Faris kata Shafika gemuk sebab tu pakwe dia minta putus dengan dia semalam
**Guru menarik nafas panjang..sabar..patutla nangis sungguh2, pakwe baru minta putus semalam..adei~ guru menenangkan Shafika dengan menyuruh Faris meminta maaf dengannya**

Guru    : Baiklah, Hui Qing..apa yang kamu rasa boleh menyebabkan obesiti?
Hui Qing  : Siti? apa cikgu?
Guru   : Bukan siti, obesiti..kamu rasa apa yang menyebabkan masalah obesiti ni?
Hui Qing : Tak tau (dari awal tahun, bila ditanya, itulah jawapan yang selalu keluar dari mulut Hui Qing..TAK TAHU! mungkin itu sahaja perkataan bahasa melayu yang dia tahu. Guru menunjukkan gambar orang gemuk yang digunakan sebagai set induksi sebentar tadi kepada Hui Qing..
Cikgu     : Ini gambar aaa, gemuk..kenapa gemuk?
Chii Zeng  : Aaaaa..itu aa cikgu, banyak makan laaa..(menyampuk)
Cikgu     : Ye betul..sebab makan makanan yang tidak seimbang
Izzudin   : Dia makan babi cikgu, sebab tu badan dia gemuk, dalam perut banyak ulat (menyampuk)
Chii Zeng : Cibaii!! dan beberapa perkataan cina yang tidak difahami
Izzudin   : Kau kalau berani maki aku dalam bahasa melayu la, maki bahasa cina kau je yang faham..pengecut..kalau berani lawan aaaa (tiba2 izzudin naik angin)
Chii Zeng  : **bahasa cina lagi..**
Izzudin     : Kau apehal????? **bangun untuk ke tempat Chii Zeng tetapi berjaya dihalang guru. dia kembali duduk di tempatnya**

Kringggggggggggggggggggggg....loceng berbunyi menandakan waktu Bm sudah tamat dan sudah pasti objektif guru berkenaan tidak tercapai. Guru meminta pelajar2 membuat rangka karangan tentang Obesiti di mana mereka dikehendaki membuat rangka tentang punca, kesan dan cara mengelakkan obesiti dan melangkah keluar dengan kekecewaan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..diharapkan guru berkenaan tidak akan putus asa melayan karenah pelajar2 2Gigih demi melahirkan generasi masa hadapan yang berkualiti..erkk~




1 comment:

intandayani said...

entry ni buat sy sedar yg btul kata mak sya mengajar zaman skrg da xsame mcm dlu.kesiannya la cikgu2 skrg...