Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Tuesday, April 19, 2011

dua kali lima sama dengan sepuluh

Ramai lelaki yang mengutuk perempuan yang pakai seksi2, tak pakai tudung kalau pakai pun nampak jambul..mungkin la jugak kalau mereka tengok perempuan yang seksi2 ni nafsu shahwat dorang membuak2..maka dengan itu terjadinya kes cabul, rogol dan sebagainya..patut lelaki camni pakai cawat besi berkunci, kunci tu campak ke laut. tapi memang tak patut la kan tak tutup aurat, dah la tak tutup aurat, seksi lak tu lagi2 kalau yang beragama Islam..dah ikut trend barat yang pada mereka aurat tu hanyalah tetek dan bontot dan celah kangkang..isk isk isk kalau benda tak elok cepat aje nak ikut kan..sampai ada artis tu kata dia bukak aurat sebab dia model, sebab nak cari rezeki, sebab Alhamdulillah keluarga dia mengizinkan dia bukak aurat dan menyeksi..hoiii..kau dengan family kau dua kali lima je bangang!

tapi kan tapi..sepanjang pemerhatian aku sejak akhir2 ini, lelaki pun ramai gak yang tak tutup aurat..contohnya yang pakai seluar pendek..dengan selamba nya mereka berjalan2 tanpa rasa ragu di tempat awam dengan berpakaian seluar pendek..ada satu hari aku meronda2 tanpa motif di Jusco Tebrau aku nampak ada satu geng 5 orang..aku agak geng ni sakit mental sebab dorang pakai seluar ala2 boxer gitu..erkk~ fesyen ke tu? fesyen kejadahnya kalau pakai boxer d khalayak ramai..tu bukan fesyen namanya tapi tu bengong. kalau nak diikutkan, aurat lelaki hanyalah dari pusat ke lutut bukannya pusat ke bontot..kalau ukur pakai pembaris meter tak sampai pun satu meter kawasan aurat lelaki ( tu pun kalau kau kontot la ) tapi susah kan nak tutup aurat. kalau perempuan semua kena tutup kecuali muka dan tapak tangan..korang yang sikit cmtu pun liat nak tutup..suka sgt tayang paha berbulu ibarat bangla tu..kalo licin xpe ni penuh parut kudis..eiii selekeh!pastu kan..kenapa pakaian sukan kat Malaysia ni mesti seluarnya pendek? xleh ke buat seluar panjang? kalau lawan bola ke pape je lah pakai seluar panjang jadi kalah ek??isk isk isk..

Zaman skang lak terkenal dengan satu fesyen seluar yang koyak rabak kononnya season..season kepala hotak kau kalau dah koyaknya betul2 kat bahagian lutut. kalau nak ikut fesyen sangat (aku pun xfaham fesyen pebende cmni) pilih la koyak2 kat bawah lutut..tapi sepanjang pemerhatian aku xde lak yang koyaknya bawah lutut..mesti dari lutut ke atas. yang heran tu lagi banyak koyaknya, lagi mahal..udah macam buruh binaan aku tengok. kalau dah pakainya sluar pendek or sluar koyak2 dan melepak di shopping kompleks dari pagi sampai ke pagi esok, bila masanya nak solat..oh..kucuba berfikiran positif..mungkin ada kain pelikat gajah duduk dalam beg dorang..muahahaha~

Kesimpulannya hari ini..marilah kita sama2 menutup aurat..jangan pulak kau kutuk perempuan yang tak tutup aurat sedangkan kau tengah pakai boxer di khalayak ramai..kau dengan orang yang kau kutuk tu pun dua kali lima je..masih ada ruang untuk berubah, better late than never..so, belajar la slow2 tutup aurat..niat yg ikhlas tu penting dik..dan yang tutup aurat pulak..alhamdulillah bagus tapi tutuplah aurat dengan sempurna..jangan kau fikir kau tutup aurat, bila kau mati kau konfom masuk syurga..mari cermin diri masing2..tepuk dada tanya iman :)

Gambar dr Google




2 comments:

Nashays said...

hye..sy pon kengkadang ske gak pakai sua koyak2 ni..p koyak bayang2 p xde smp nkpak kulit..ehehehe

JANN JANN JANNAH said...

xnmpak kulit xpe la..koyak nmpak benang je ek?yg sy ckp ni yg nmpak kulit terus.hehe