Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Sunday, April 10, 2011

Aku hanya isteri..

Cerita Cerekarama Rintihan Kalbu memanggil aku untuk mengarang entry ini..Rintihan Kalbu mengisahkan seorang menantu kaya yang punya segalanya..pangkat..harta..darjat..rupa..tapi miskin dengan didikan agama sehinggakan sanggup menghalau ibu bertuanya dari rumah pemberian bapanya kononnya wanita itu mengganggu privacy dirinya dan suaminya dan kerana cemburu suaminya selalu mendahului ibunya dalam segala hal. Aku cuba meletakkan diri aku dalam situasi yang sama..

Satu ketika dulu akalku selalu diselubungi perasaan negatif..bagaimana aku sukar menerima tranformasi dalam hidup setelah bergelar seorang isteri. betapa aku selalu berasa cemburu apabila melihat suamiku memeluk ibunya dengan penuh kasih sayang sedangkan difikiranku pelukan itu hanya milik aku. tetapi bila direnung kembali, sungguh aku sedar walaupun aku punya suami namun, aku tidak layak untuk memiliki sepenuhnya. Biarpun akad disambut sempurna, biarpun cincin tersarung di jari, biarpun tertulis namaku sebagai isterinya yang sah tapi dia bukan milik aku sepenuhnya. Syurganya tidak pernah berubah..masih di bawah telapak kaki ibunya..dan aku? ya..syurga aku bukan lagi di bawah telapak kaki ibuku tetapi suamiku. Bertanya pada diri adakah aku benar-benar seorang isteri yang baik?seorang menantu yang baik?Aku sedar aku insan yang banyak kelemahan..terkadang muncul juga rasa iri hati di sudut hati tatkala tidur malam suamiku..dalam igaunya dia memanggil nama ibunya dan bukan namaku..anak manja..apabila setiap hujung minggu dia akan mengajak aku menjenguk ibunya di kampung sedangkan ibuku sendiri sudah berbulan-bulan tidak berjenguk kerana kekangan jarak kami. Kadangkala hati ingin memberontak tidak ingin pulang ke kampung menjenguk ibu tua itu kerana rindu yang menebal terhadap ibuku sendiri masih tidak dapat dilepaskan. Kenapa perlu aku tengok ibu orang lain sedangkan ibu aku sendiri dah berbulan-bulan aku tak jenguk..kata itu pernah terlafaz dalam hatiku..Astagfirullahalazim..banyak khilafku Ya Allah..Dia ibu suamiku..dia lagi berhak terhadap suamiku berbanding aku.. dan dia suamiku..dia lagi berhak ke atasku berbanding ibuku..kerana aku hanya isteri..dan dia ibunya..dan aku telah dapat menerima kenyataan itu.

** Bila Hiperbola cuba bermadah..ayat menjadi kucar kacir..Maaf..



2 comments:

lilieyz said...

tu la jan dilema isteri...tapi perlu suami yg bijak ntuk laksana tgjwb..ada stngh laki yang terlalu mnjaga hati ibu terlalu takut jd anak derhaka smpai segala ikut telunjuk ibu...kita pun bakal ibu mertua suatu hari nnti..biarlah anak2 dgn cara mereka..kita sbgai pmberi nasihat ketika mereka susah..

JANN JANN JANNAH said...

ya..ibu2 jgn jdikan anak lelaki sebagai anak yg xtau jalankan tanggungjawabnya pd isteri..