Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Saturday, April 16, 2011

Ica.. (Part 1)

"Ibu..Ibu.."

Pagiku dikejutkan dengan suara kecil itu beserta ketukan di pintu bilikku..Lantas aku bangun dan membuka pintu bilik..Kelihatan anak kecil itu sedang berdiri di muka pintu.

"Ica..cayang dh bagun?"tanyaku lembut.
"Ibu..nak okong.."si kecil itu berkata lalu kedua tangannya diangkat. Lalu aku mengangkat badan kecil itu dan memeluknya erat.

Ica sememangnya anak manja..Dia melentokkan kepalanya ke bahuku. Hingus di hidungnya aku sapu. Badannya lemah sekali. Sudah seminggu Ica demam. Sudah seminggu hari juga Ica sukar untuk tidur. Seminggu juga dia asyik menyebut ibu..ibu dalam tidurnya. Dia sudahpun dibawa ke klinik. Doktor kata hanya demam biasa. Sayu hatiku melihat tangis si kecil itu setiap kali neneknya mahu menyuapkan ubat.Aku mengusap lembut belakang Ica..diam..mungkin dia tertidur. Aku letakkan anak itu di katilku..kutepuk-tepuk lembut pahanya. 

Ica..anak saudaraku yang juga anak kepada abang sulungku, Along. Sejak lahir setahun enam bulan yang lalu, Ica ditinggalkan bersama Ummi. Ummi lah yang menguruskan kesemua keperluan Ica. Along dan isterinya terlalu sibuk dengan kerja. Masa mereka begitu terhad untuk menjaga Ica. Ketika Ica berumur tiga bulan, ada jiran mereka menawarkan diri untuk menjaga Ica apabila mereka bekerja tetapi Along menolak dengan alasan dia tidak percayakan orang luar untuk menjaga anaknya. Lalu Along mengambil keputusan untuk menghantar Ica ke kampung untuk dijaga oleh Ummi. Ummi sangat bersetuju untuk menjaga Ica tambahan pula Ummi tidak bekerja. Kata Ummi, jika Ica ada, adalah temannya di rumah. Aku juga gembira dengan kehadiran anak comel itu di rumah. Pada enam bulan pertama Along dan isterinya selalu balik ke kampung untuk menjenguk Ica. Mereka belikan mainan, baju yang cantik semuanya lengkap untuk Ica. Ditatang, dicium, dipeluk Ica sepuasnya. Tapi, selepas Along dinaikkan pangkat, jarang sekali untuk melihat Along dan isterinya pulang ke kampung. Kalau balik pun, sekadar menghantar susu dan pampers Ica. Kedua mereka bekerja shif..waktu tidur tidak menentu. Jadi, apabila pulang ke kampung, waktu lapang digunakan untuk tidur. Ada beberapa kali Ica dimarahi oleh ibunya kerana mengejutkannya tidur.

"Ibu..nak ucu.."
"Ibu penatla..Ica minta susu pada nenek"
"Ibu..ibu.."

Terdengar tangisan Ica kemudiannya. Ibunya langsung tidak mempedulikan tangisan Ica. Aku menarik tangan Ica..

"Nape Ca nangis?" tanyaku lembut kepada Ica yang sedang menangis seperti kesakitan. Ica menunjukkan sesuatu di pahanya. Merah seperti dicubit..Aku peluk anak itu dan membancuhkan susu untuknya. Setelah dipujuk barulah Ica berhenti menangis. Apa salah anak ini sehingga dia dicubit semata-mata mengejutkan ibunya tidur.
"Ica jangan kacau ibu tau..ibu penat. Kalau Ica nak susu, Ica minta makngah atau nenek ye" pesan aku kepada Ica yang seolah-olah mengerti.

Genap tiga bulan Along dan isterinya tidak pulang ke kampung. Walaupun sudah dimaklumkan dengan keadaan Ica yang tidak sihat, tapi batang hidung Along dan isterinya tidak juga kelihatan. Hanya panggilan telefon sahaja yang diterima. Mungkin Ica terlalu rindukan ibu dan ayahnya. Rindu itu tidak dapat ditahan oleh si kecil itu sehingga dia jatuh sakit. Dua hari selepas itu Ica kembali sembuh seperti sedia kala. Tetapi, selepas Ica sembuh daripada demam, dia tidak lagi mempedulikan bunyi telefon. Kalau sebelum ini, dialah yang paling gembira jika Ummi membuat 'loudspeaker' dan kedengaran suara ibu bapanya di telefon. Dia jugalah yang akan berlari ke pintu jika terdengar bunyi kenderaan di halaman rumah kerana menyangka ibu bapanya pulang. Mungkin Ica sudah tidak mahu mengharapkan apa-apa lagi daripada kedua orang tuanya. Ica begitu berubah. Dia semakin manja denganku. Tiap kali aku pulang dari kerja, dialah yang akan menyambutku kepulanganku di muka pintu dengan senyuman comel. Dan aku..semakin bertambah perasaan sayang kepada Ica. Ica juga turut memanggilku dengan panggilan ibu. Memang akulah yag banyak menghabiskan masa dengan Ica. Sehinggakan apabila aku membawa Ica kemana-mana, pasti orang akan menyangka bahawa Ica merupakan anakku. Aku senang dengan keadaan itu. Hanya itulah yang mampu aku lakukan untuk menggembirakan hati kecil Ica.

Di satu hari minggu, semasa aku, Ummi dan Ica sedang bersantai di ruang televisyen, kedengaran deruman enjin kereta di halaman rumah. Along?? Ya..itu memang bunyi kereta Along.

"Assalamualaikum.."
"Waalaikummussalam..balik jugak kau ye. Ummi ingatkan kamu berdua dah tak ingat jalan balik kampung"ada nada perli dalam kata-kata Ummi. 
"Sibuk sangat Ummi..ni pun baru balik daripada outstation."jawab Along sambil tersenyum kelat.
"Ha..Along, mimpi apa balik ni?"sapa aku sambil mendokong Ica.
"Ica anak abah.."Along buat-buat tidak endah dengan sapaanku seraya menarik Ica ke pangkuannya. Ica hanya menurut. Tidak terpancar riak kegembiraan di wajahnya melihat ibu bapanya di depan mata. Tidak seperti hari-hari dahulu.

"Ummi..kami balik ni nak bagitau Ummi satu perkara,"Along memulakan bicara semasa kami sedang enak menjamu makanan tengah hari. Along dan isterinya saling berpandangan.
"Eka mengandung lagi, Ummi. Dah masuk sepuluh minggu" Ummi yang sedang menyuapkan makanan ke mulut Ica berhenti serta merta. Aku juga turut terkejut mendengar kata-kata kakak iparku.
"Baguslah tu.." jawab Ummi pendek.

Aku tahu ada nada bimbang pada suara Ummi. Bimbang tentang Ica. Turut terlintas difikiranku, jika Ica seorang pun sudah mereka abaikan, apatah lagi dua. Ica yang masih tidak mengerti apa-apa sibuk meminta makanan daripada neneknya. Sepanjang tiga hari Along dan isterinya di kampung, Ica tidak pernah meminta didokong oleh ibu bapanya. Dia lebih banyak menghabiskan masa bersamaku. Makan, mandi, tidur, bermain. Pernah satu malam kak Eka mengambil Ica untuk tidur bersamanya tetapi jam 2.45 pagi pintu bilikku diketuk Ica. Ica bangun daripada tidur semata-mata untuk tidur bersamaku. Kak Eka nyata tidak senang dengan perkara itu. Tambahan pula panggilan ibu digunakan oleh Ica kepadaku dan bukan kepadanya. Apabila didokong Kak Eka, Ica lebih banyak diam walaupun Ica memang terkenal dengan celoteh pelatnya. Kak Eka selalu memarahi Ica jika Ica enggan meluangkan masa dengannya. Kak Eka juga selalu bermasam muka denganku. Bukan salah Ica jika dia begitu..walaupun Ica baru berusia setahun lebih, dia juga punya perasaan cuma dia tidak tahu untuk meluahkannya. Bukan salahku juga Ica rapat dan manja denganku. Aku sekadar menjadi tempat untuk Ica rasa disayangi dan dihargai. Aku tahu Kak Eka dan Along sibuk, tetapi walau sesibuk mana pun mereka, masakan tiada langsung masa untuk cahaya mata sendiri.

Genap enam bulan kemudian, Kak Eka selamat melahirkan anak kedua mereka. Lelaki..comel sekali mukanya mirip Kak Eka. Muhammad Iman Izzudin. Indah sekali namanya. Ica kelihatan gembira melihat bayi kecil itu walaupun belum mengerti yang bayi itu merupakan adiknya. Kak Eka menghabiskan waktu berpantang di kampung. Ummilah yang banyak meluangkan masa melayan karenah Kak Eka memandangkan Along terpaksa bekerja. Aku menaruh harapan agar dengan lahirnya Iman dan adanya Kak Eka di kampung, Ica dapat merasakan kasih daripada ibunya.

Bersambung..xde idea.hahaha



2 comments:

seriwangi said...

Oklah tu, terus menulis kalau rajin hantar kat majalah,kalau hantar cite seram lagi bagus. Tapi...lambatlah sikit nak terbit dan dapat duit dari majalah kena tggu 2/3 bulan baru dapat.Sya memang suka menulis tak lama lagi buku kanak-kanak yg saya tulis akan keluar dari DBP.

Unknown said...

alamak..smpai nk publish dlm magazine xberbakat sgt..hehe..ni pun tulis suka2 time bosan. tu pun brsambung sbb xde idea.haha