Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Saturday, March 26, 2011

Kisah mulut koyak

Hari itu aku sangat malas..
Sebenarnya hari-hari aku malas..
Aku hanya mahu tidur tidur dan tidur..
Sebab tiap-tiap malam aku main game sampai pagi..
Serigala tu taknak mampos..
Penat aku tembak dia smpai habis peluru..
Waktu Sains cikgu masuk kelas..
Cikgu ajar dengan penuh semangat tapi mata aku langsung tak boleh celik..
Akhirnya aku zzZzZzZZzz...
"Safuan..pergi toilet basuh muka," kata cikgu
"Takpe cikgu"..cikgu meneruskan pengajaran
ZzZzzzzZZzZzzz lagi
Panggggg...terlompat aku dari kerusi..
Bunyi pembaris mengetuk meja betul2 memeranjatkan..
Bulat mata cikgu memandang aku..
"Safuan..kenapa kamu tidur waktu saya mengajar?"
"Cikgu tak nampak ke saya mengantuk ni..suka hati sy la sy nk tido ke ape ke" suara aku keras
Cikgu cakap elok2 dengan aku tapi aku lawan
Cikgu terus tulis nama aku dalam buku pengawasan kelas
"Babi punya cikgu..sial la"
Cikgu hilang sabar..dia mendekati aku
"Cikgu cakap elok2 dengan kamu, kamu maki cikgu" cikgu marah
"Kamu panggil cikgu babi..babi ni jugak la bertungkus lumus ajar kamu untuk kamu berjaya"
"Pegi mampos la..aku peduli apa..cikgu tak ajar sy pun pun sy boleh brjaya la!" aku bagai dirasuk setan
"Kalau kamu tak minta maaf dengan cikgu, kamu akan tahu langit tu tinggi ke rendah"kata cikgu
"Ahhhh peduli apa aku!!"lantas aku keluar meninggalkan kelas
....................................................
Malam tiba..Eddy mengajakku keluar melepak..
Malam minggu beb..
Aku rembat motor ayah ketika semua tiada di rumah
Petang tadi ibu kata..malam ni ada rewang di rumah jiran..
Ahh..malas aku..melepak lagi bagus..
Eddy cabar aku lumba..
Aku memang pantang dicabar..aku terima cabaran Eddy..
Sampai di selekoh aku terbabas..tersembam di jalan..
.................................................
Lepas tu aku tak tahu apa jadi..
Bila aku sedar, aku di hospital, mulutku ada tiub..
macam-macam tiub..
Badan aku tidak cedera..tapi
Mulut aku koyak, rahang aku tertolak ke dalam..
Tuhan..sakitnyaaa
Aku menangis..dan menangis..
Sakitnya tidak tertahan..
Terngiang kata-kata cikgu..
"Kalau kamu tak minta maaf dengan cikgu, kamu akan tahu langit tu tinggi ke rendah"
Mungkin begini sakit hati cikgu bila aku memanggilnya babi..
Mungkin ini balasan Tuhan..
Kerana mulutku yang mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati cikgu..
Mengecewakan cikgu yang berpenat lelah mahu aku berjaya
Tuhan makbulkan doa cikgu..
Maafkan aku cikgu..
MAAFKAN AKU.....