Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

Sherlock Holmes 2 vs Mission Impossible 4



Aku bukan peminat Tom Cruise
Sebab tu aku tak tengok MI1 ngn MI2..MI3 aku tgk DVD sape punya ntah..lepas tu aku mula suka dengan Mission Impossible ni sebab aksinya.
MI4 aku tengok sebab time tu boring dan cerita kat panggung yang agak2 best hanyalah MI4 ni..
Nak tengok Songlap memang tak la kan sebab aku betul2 serik nak tengok cerita melayu kat panggung lagi.
So..tengok je lah MI4 ni kan..walaupun genre nya PG13 tapi aksinya boleh tahan..walaupun kureng sikit dari MI3. Secara jujurnya aku peminat filem berklasifikasi 18.barulah keganasan dan aksinya terasa.
Jadi untuk Mission Impossible 4 aku bagi 3.5 bintang dari 5 bijik bintang walaupun bau ketiak orang yang duk sebelah kiri aku sangat menusuk hidung..urghhh~


Aku peminat Robert Downey Jr. walaupun bukan die hard fan.
Aku suka cite Iron Man..tapi Sherlock Holmes aku bantai tido separuh cerita.
Mungkin genre filem ni xsesuai dgn jiwa aku..berlatar belakangkan zaman dulu2, banyak drama dan kena berfikir..
tengah2 cerita barulah best sket. ending pun kelakar..
Btw aku suka gandingan Robert Downey ngn Jude Law
aku bagi 2.5 bintang sbb mungkin aku terlepas aksi menarik masa aku tido.Nanti kalo ada masa aku tgk lagi tanpa tido, mungkin aku bleh tambah bintangnya.

Sebelum aku tgk cerita SH ni aku ada tanya member aku best ke x sebab dia ada tengok SH1..aku xtengok.
Dia kata 'bestttttttttttttt!!' (tu la msg yg dia reply kt aku) sebab dia peminat genre filem cmtu..
So jangan salah paham..xsemestinya aku xsuka bermakna bg korang pun xbest.


SEKIAN


               

Monday, May 23, 2011

I'm in love with Captain Jack Sparrow


Dengan begitu bersemangat skali aku melangkah ke kaunter TGV..mak abah oiiii panjang gile barisan!!skang ni TGV demand sangat nak book kena bayar online pakai kad kredit.aku mana ada kad kredit..nak tak nak terpaksa la beratur.dah la tiket mahal! kat depan ada pulak minah indon duk kalut2 ngan geng2 dia..camne nak beli tiket la..nak tgk cite ape la..nak pukul brape la..rasa nak lempang lak bila2 jenuh duk nunggu bila la nak dekat ngn kaunter.bila tengok skrin tetiba hati terasa hampa sebab Pirates of the Caribbean dah full sampai kul 9.15 malam..adeiii...skang baru kul 12 tengahari..gilo apo nak tunggu sampai malam..aku ingatkan orang beratur bagai nak rak sebab nak tengok cite Nur Kasih the Movie yang aku dengar gempak sangat tu dan gila2 punya promosi..aiyakk~ rupanya adik2 kecik pun kalut nak tengok POTC ni..so, terpaksa la beli yang 3D punye kul 4. 

Memula cite POTC tu aku hampir2 tertido..tak selesa beb pakai spek 3D tu..rasa pening2 pun ada..maklumla jakun tak biasa tengok versi 3D..first filem aku tengok yang 3D ialah Resident Evil..bila dia baling pisau tu aku ngelak2 sebab takut pisau terkena..wakakakaka..bongok! tengah2 POTC aku dah terasa sangat2 jatuh hati pada Captain Jack Sparrow yang sangat sempoi. POTC On Stranger Tides ni cite dia pasal pengembaraan Blackbeard dan Captain Barbossa ke Telaga Awet Muda di mana Jack menjadi penunjuk arah secara terpaksa untuk Blackbeard yang jahat. Captain Barbossa plak ada misi lain selain amek air telaga tu..dia nak bunuh Blackbeard sebab nak balas dendam apa yang blackbeard dah buat pada kapal Black Pearl. dorang berebut untuk ke telaga tu sebab sesapa yang minum air dari telaga tu campur ngan air mata duyung  leh la hidup selamanya. so, masa pengembaraan tu baru mula kebestan POTC On Stranger Tides ni. tapi kan tapi..duyung2 itu sangatlaaaaaaaaaaaaaa cantik terpegun aku tengok. tapi cantik pun ganas..bila musim mengawan duyung2 itu akan culik kelasi kapal dan bawak ke dasar laut untuk dimakan..aiyakk! so untuk dapatkan air mata duyung dorang terpaksa bertarung ngan beratus2 ekor duyung ganas semata2 nak tangkap sekor. lawan punya lawan dapat tangkap sekor duyung lawa nak mampos sampai Philip (salah sorang dari pengembara) tu jatuh cinta pada duyung itu..jadi..aku bagilah cite ni 7.5 per 10 bintang.hehe..kalo bundar jadi 8 bintang. pegi tengok kalau tak tengok lagi..next : Transformers 3 :)


               

Sunday, May 15, 2011

Hok molekkk..



Gua baru pulang nonton KONGSI..sebelum nonton tu macam2 la gua dengar dr member2 gua..ramai gak la kata KONGSI ni tak best n tak gempak macam promosi filem tu sebelum kluar..ada gak yang cakap KONGSI ni indah khabar dari rupa. gua tak kesah beb..gua tak heran orang nak kata apa pun janji ada Saheizy sam gua akan tengok cite tu.. (btol ke dok ejo namo dio tu) muka dia gua xtau cmne nak describe..jadi gengster boleh, jd manja2 boleh, jadi orang lurus bendul pun boleh..dalam cite ni muka samseng dia betul2 buat gua terpikat.hahaha. tak heran la dia menang Artis Paling Popular ABPBH 2010 hari tu kan..gua memang suka tengok KONGSI ni sebab gua bleh lepas rindu gua denga ore kecek Kelate. gua paling xleh tahan beb masa dia letak pistol kat bontot samseng tu ngan ayat dia (Samseng gapo dio gini cubit sikit jerit mace ponde)..tapi yang gua tak puas hati ada lawak yang sama je..contoh bila tengah serius, tetiba tersadung n jatuh tegolek..banyak kali lak since macam tu..mula2 gelak la jugak tapi dh banyak2 kali mcm dh tak kelakar. Owh lagi satu..gengster pun sahut seruan 1Malaysia wooo..jgn memain wooo..

Ada satu lagi yang gua tak puas hati pasal cerita ni ialah tang ending dia..alaaaa apsal lak ending camtu? gua ingat ending dia gempak tapi biasa je..kecewa sket la tapi gua suka..ye la..gua faham la kan kualiti filem negara kita camne..takkan nak compare KONGSI dengan fast5 kot..agak2 laa..pape pun gua kasi KONGSI 3bintang..gua tarik bintang tu sket sebab ending dia mengecewakan gua. Lu langsi lu mati...hok molekk!tapi kan..gua terpegun sket ngan preview cite KL Gengster..Kesimpulannya, Mei dan Jun memang bulan yang akan mengopakkan gua sebab Q cite best2 wooo..cam Pirates of Carribean, Transformers, Johnny English, Karak pun cam nak tgk gak..lagi KL Gengster 9 Jun ni kuar..adeiii kopak jadi kaki wayang ni.. (T_T) 

Ni ada sket sinopsis cite KONGSI kalo korang nak tau..yang xnak tgk kat wayang xpe..nnti kuar la tu kat astro first 

TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.
Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.
TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.
Sumber : Eh! Sempoi


*pas tengok cite ni baru aku tau Fizo Omar tu org Kelantan..patutla dia speaking kelate cair.kih3*




Sunday, April 24, 2011

Gadis Berhood Merah VS Tiada Limit


Dua hari weekend yang boring di kala menanti hari2 terakhir bulan April dan menghabiskan sisa-sisa gaji bulan Mac mengheret aku ke panggung wayang..memandangkan aku ni memang kaki wayang dan kaki bangku jugak maka rasa tak senang duduk kalau satu minggu tak jejak kaki ke wayang sekaligus menambah keuntungan tokey TGV yang tiketnya BAPAK mahal RM14 satu movie. Namun, siapa aku untuk menghalang keinginan yang menggelupur ini. Wallaweyyyy bulan2 akn dtg lagi kopak beb!! banyak review citer2 best bakal kuar cam Kongsi, Super8, Fast & Furious, Pirates of the Carribean, Transformers 3 pun bakal kuar jugak!..citer RIO pun tak tengok2 lagi ni..terpaksa carik DVD cetak rompak kat Econsave berdekatan (jgn salahkan aku kalau kedai anda di ambush!)

This weekend 2 movie aku tengok..yang pertama The Red Riding Hood arahan Catherine Hardwicke dan pelakon2 yang aku tak berapa nak kenal seperti Amanda Seyfried, Gary Oldman, Shiloh Fernandez dan Max Irons. best ke tak best korang tengok n decide sendiri sebab bagi aku citer ni nak kata best..tak jugak, nak kata tak best langsung pun..tak jugak. tapi yang aku tak puas hati cerita ni memfokuskan percintaan tiga segi antara Valerie, Henry dan Peter yang membuatkan citer ni sedikit boring. nasib baik kehenseman Henry dan Peter menyelamatkan keadaan..hihihi (gelak gatal). Yang best ialah siapa warewolf itu memang tak disangka-sangka. Memula ingat nenek (dah tua2 pun jd warewolf lagik) tapi tekaan nyata meleset. pastu berubah lak ke Priest Solomon enden ke Peter..semua tekaan meleset..ceittt~ last2 warewolf sebenar ialah...jeng jeng jengggg seseorang yang mempunyai mata berwarna coklat.hehe..nak tau sila tgk sendiri. so, dengan ini aku memberikan 2 bintang daripada 5..kalo dah 2/5 tu korang sndiri la decide sebenarnya citer ni best ke tak. :)



Second movie aku tengok Limitless arahan Neil Burger (tengok nama pengarah pun aku dh terbayang2 citer ni best cam McDeluxe..aummm) dan star2 seperti Robert De Niro, Bradley Cooper dan Abbie Cornish. Limitless ni mengisahkan seorang penulis, Eddie Morra yang hidup tak terurus dan dirijek girlfrennya sebab hidupnya yang sekana2 xde masa depan tapi akhirnya berjaya setelah hidup dia dipengaruhi pil bernama NZT yang membuatkan dia ni boleh super fokus dengan apa yg dia baca, dengar, lihat dan dia guna dalam kehidupan seharian dia. Pil tu jugak membuatkan rasa takut, rasa tak yakin dan pape2 yang negatif hilang dalam diri dia menjadikan dia seorang yang sangat yakin dan akhirnya menjadi jutawan dan terkenal. tapi kalo dia tak makan pil tu dia akn jd blur dan kembali menjadi loser. dia jadi buruan orang jahat yang nak dapatkan pil tu jugak sehinggakan dia hampir2 bunuh diri. hahaha..mungkin baca review aku yang tak seberapa membuatkan korang rasa citer ni tak best tapi best woooo kalo nak banding ngan Red Riding Hood yg tah pape tu. aku kasi Limitless 4 stars dari 5. Thanks to Rotten Tomatoes sebab tolong aku tengok movie yang buat aku puas hati..apsal laaaaa aku xrefer rotten tomatoes masa nak tengok cite The Red Riding Hood ngan Scream 4?kenapa?kenapa?


**aku x sabar nak tnggu cite Kongsi, Transformers 3, Pirates of the Carribean, Johnny English (Mr Bean is backk!!), Super8, bla bla blaa**




Sunday, March 13, 2011

Encik RANGO yg berjasa


Hujung minggu ni tringin lak nk tgk wayang..kali ni crita yg sy tgk ialah RANGO sbb ade pelakon kegemaran sy Johnny Depp..tp b4 that..tiket wayang kt TGV Tebrau City bapakk mahal gile. RM14 skeping..huhuhu..knapa knapa perlu naik sedemikian rupa??

Back to Encik Rango si cicak kesunyian yang terjatuh dr kereta sbb kreta tu nk ngelak seekor tenggiling d jalan..beliau sgt2 la berjiwa besar tp suka kelentong. Rango ni berangan2 sgt kuat..nk jd pelakon..bila dh trcampak kt jalan dia xtau mana nk pegi..cian die..pastu si tenggiling suh dia pegi ke seberang jalan..maka..dia jumpalah satu kampung yg kekeringan dan ketandusan. kt sini lawak laa coz dia kena slamatkn diri sbb ade helang nk mkn die...pastu nyamar jd pokok kaktus enden tegolek2 dalam botol..wakakakaka.time ni mmg lawak..


kt kampung tu dia kelentong yg dia dtg dr barat dan konon dia sgt2 hebat dan ditakuti..dan Encik Rango ni leh lak ngaku yg dia bunuh 7 adik bradik gengster dgn satu peluru je..wowww..pastu dia scara xsngaja membunuh helang yg ditakuti oleh pnduduk kampung tu..hebattt~ pastu kejadian tu dia dilantik sebagai sheriff.kih3.. skang ni tugas dia lg berat sbb dia kena carik air utk pnduduk kmpung tu..tambah lak bank yg smpan air kena rompak..hohohoo..dgn brgaya skali encik Rango menyiasat sape perompak bank air tu. penduduk kmpung tu mmg harap sgt kt dia utk kmbalikan air yg dicuri tu..

Bergaya kn beliau??


Bila dia balik bawak perompak tu je tp air xde sume pnduduk kecewa..pnduduk pn pelik mana la peginye air kt kmpung mereka..pastu ada satu scene yg kelentong encik Rango terbongkar..sume pnduduk kecewa dan encik Rango keluar dr kmpung tu. Ohh..nk tau ke ending die?? tgk la ek sndiri.hehehe.yg pnting Rango si cicak yg kesunyian dan kuat berangan ni telah jd hero..yaaa dgn rupa yg lawak jgn sngka xleh jd hero..cite ni not bad la..bawak anak2, adik2 g tgk mmg santai..sy kasi 2.5 bintang dr 5..

Ni rupa penjahat negara..si Mayor sndiri..hohoho




Monday, April 26, 2010

Kick Ass vs Shutter Island



Semalam Encik Hubby balik la ke rumah seperti biasa..
Saya ada tugasan di sekolah tapi ..
"It' Sunday, apsal kerja pulak? Temankan abg, abg balik pun jarang2 je", kata Encik Hubby
Adooyai..saya jadi bingung..Pilih antara Encik Hubby atau tugas?
Humm..semestinya saya pilih Encik Hubby saya. Takkan sy mau jd isteri ingkar. Huuu~
Jadi saya buat keputusan untuk temankan Encik Hubby saya.
Maaf saya kawan2..maafkan cikgu murid2..
Sebenarnya Encik Hubby telah menempah tiket wayang untuk kami.
2 cerita..Shutter Island dgn Kick Ass
Saya lebih berminat dgn Shutter Island sbb ada Leonardo..Ngee~
Kick Ass pulak saya rasa macam xberapa nak best..mcm tajuk dia.
So Kami pun pergi menuju Jusco Tebrau.
Mula-mula Kick Ass jam 2 pm-4pm
Yaaaaaaaaaaa..Kick Your Ass!! Saya suka cerita ini..
Penuh aksi dan lawak.
Kisah budak kolej yg low profile dan ingin jadi superhero tapi asyik gagal
Sehingga dia terjebak dgn satu masalah besar yang membuatkan dia betul2 jd superhero..
And he gets girl..hahaks!!
Dan budak bernama Mindy atau Hit Girl..saya paling suka.. Cool!!
Saya dan Encik Hubby bagi 4 bintang..
Lepas itu jam 4pm-6 lebih2 mengampiri 7, Shutter Island pulak..
Panjang betul cerita dia..
Dan..yaaaaaaaaaaaaaa.. buat saya sangat mengantuk..
Sebab jalan cerita dia memeningkan saya dan Encik Hubby
Cerita Marshall bernama Teddy dihantar ke pulau utk menyiasat kehilangan penjenayah ganas..
Tapi sebernanya muslihat..dan doktor mental ingin memanipulasi otak Teddy
Saya dan Encik Hubby rasa otak kami yg dimanipulasi
Plus..kategori 18SG kurang sesuai sebab Kick Ass lagi ganas
Haishh~ saya dan Encik Hubby bagi 2 bintang saja..hehehe
Dan kami dengan berkobar-kobar menunggu kemunculan Iron Man 2 pulak.. :-p~