Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Saturday, July 16, 2011

Terima kasih anak-anak

Hari ini cikgu bersemangat waja,
Cikgu dah dapat terima hakikat yang tidak selalu yang cikgu inginkan akan tercapai,
Macam cikgu nak ajar Sains tapi tak dapat2,
Cikgu sabar je..Lepas kursus BM, cikgu sangat tertarik dengan mata pelajaran itu,
Kemudian cikgu ambil masa sehari cikgu tengok2 buku BM,
Cikgu rujuk internet,cikgu tanya cikgu2 lain yang berpengalaman,
Bila dah buat begitu, baru cikgu sedar BM ni menarik,
Lalu cikgu dapat idea bagaimana nak menarik perhatian anak2 dalam kelas cikgu,
Sebelum ini cikgu buntu,bagi cikgu tiada apa yang menariknya mata pelajaran BM ni,
Tapi..ternyata cikgu silap.

Cikgu sediakan pelbagai edaran dan bahan bantu mengajar,
Tak mengapalah cikgu gunakan duit cikgu,
Sebab pentadbir kata cikgu-cikgu dah tak boleh guna mesin fotostat lagi,
Dah over budget katanya,
Alaa, 34x3 helai cikgu rasa tak salah kalau cikgu belanja,
Untuk sampaikan ilmu pada anak2 cikgu.

Dalam kelas cikgu bagi anak2 dengar lagu Cinta Teragung dari Hazama sebagai set induksi,
Anak-anak semua suka, ada yang turut menyanyi, cikgu pun turut menyanyi,
kemudian cikgu tanya, siapa penyanyi lagu itu?
Semua jerit HAZAMAAAAAAAAAA!! (kecuali beberapa pelajar cina yang tak kenal Hazama tu siapa)
Cikgu tanya lagi, apakah program yang disertai Hazama yang menobatkan dirinya sebagai juara?
Semua jerit AF!!!!!!!!!!!!
Bagus anak2 cikgu,
Kemudian cikgu tanya, anak2 tahu atau tidak apakah Program Realiti TV?
.........senyap (dalam hati cikgu, AF tahu, realiti tv tak tahu plak)
Cikgu terangkan apa itu Rancangan Realiti TV dan cikgu bagi edaran..
Sepanjang pengajaran dan pembelajaran, anak2 bagi respon yang cukup bagus,
Mungkin kerana topik berkisarkan dunia hiburan,
Cikgu tahu anak2 suka,

6:30 petang, kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinggggggg!!
Baiklah semua, kamu semua boleh pulang, jangan lupa tugasan yang cikgu beri,
Terima kasihhhh cikguuuuuu!!
Dan waktu anak2 bangun dan pulang, cikgu lihat ada kertas bertaburan di lantai,
Ada yang tercap tapak kasut, ada yang tergumpal, ada yang terkoyak, ada yang terconteng
Cikgu ambil dan tengok, itu kertas edaran yang cikgu beri tadi,
Penat lelah cikgu dibayar dengan cara itu,
Terima kasih anak-anak........