Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Tuesday, October 16, 2012

My Fashion My Business



Satu Peluang Perniagaan Yang Luar Biasa...Anda Dijemput Untuk Menyertai Kami..Sambutan Hangat, AURA Sophie Paris tidak dapat dinafikan lagi! Jangan lepaskan PELUANG!

* Syarikat Fesyen Pertama di Asia dengan sistem MLM
* Yuran keahlian hanya RM15.00 seumur hidup
* Harga berpatutan dan berkualiti, Perancis Design
* Design terkini setiap 45 hari dengan pilihan 400-500 produk
* Diskaun 20% dengan setiap pembelian produk
* Untung 20% dengan setiap penjualan produk
* Jana Income lumayan dengan Networking Plan

Bukti Income
Klik >> http://sophieparisclub.com/statement.php?id=applemelody

Apa pun MLM yang datang Cosway dan Avon tetap teguh. Sebab perniagaannya bergantung pada pembeli dan pengguna. Sophie Paris memberi peluang yang sama. Sertai kami sekarang di waktu Sophie Paris baru berusia 6 bulan di Malaysia. Peluang perniagaan yang luas dan pendapatan yang berpanjangan. Peluang membuka outlet seperti Avon dan Cosway juga dibuka untuk ahli yang berminat. Yuran keahlian cuma RM15 seumur hidup.

TESTIMONI ARTIS
http://sophieparisclub.com/testimonials.php?id=applemelody

Saya telah mengambil Peluang Hebat ini untuk pendapatan yang Mewah. Anda bila lagi? Anda perlu bermula sekarang dengan langkah pertama

JOIN SEGERA!
Klik >> http://sophieparisclub.com/applemelody

Untuk keterangan lanjut, emelkan ke sophieparisstore@gmail.com

Terima Kasih



align="center">
href="http://sophieparisclub.com/?id=applemelody">
border="0" height="60"
width="468">



               

Thursday, September 20, 2012

Kasihan si anak

konon nak kembalikan tenaga terbuang masa unpack bebarang dalam bilik bawah, kt skolah aku bantai minum perl kacip fatimah setin. malam tu anak aku demam suhu 38.3. panik woo..xpernah plak suhu dia naik tinggi camtu. nasib baik ubat demam masa injek 3bulan hr tu ada lagi. turun sket suhu dia 37.7. hari ni aku terpaksa mengapply CRK sbb nk bawak si kecik tu pegi klinik. pastu dia xnak pegi ngan org lain..nak dokong je ngan aku. bapak dia dokong pun nangis. skali ngan bapak2 dia aku suh amek cuti. haha

nurse kepoh tu tanya aku, kat umah ada orang demam ke. xde pulak..sume sihat walafiat je. pelik jgk aku tetiba dia leh demam padahal masa aku amek dia umah mak metua aku siap sengih2, tbalik2 nak meniarap pastu cerita kat aku cerita dlm bahasa dia sorang je faham. tetiba teringat daaa kat perl kacip fatimah yg aku minum kt skolah tu. hadoiii..ni mesti sebb aku kasi dia minum susu badan. sisa2 kacip fatimah tu kot yg buat anak aku demam. kasihan anak aku dapat tempias perbuatan mak dia yg konon nak bertenaga.huhu maaf ye nakk..lain kali mama xminum jamu2 lagi okeyyy~

lembik je lepas makan ubat..


               

Friday, September 14, 2012

Bagaimana caranya?

Awak..
Setiap hari saya lihat awak hisap benda tu. 
Pagi sebelum pergi kerja awak hisap, balik kerja pun sama. 
Dulu awak janji dengan saya, awak akan berhenti. 
Hati saya berbunga sangat, saya bagi awak sepenuh sokongan. 
Saya belikan awak supplement untuk mengurangkan ketagih awak pada benda tu. 
Saya jaga awak bila awak sakit kesan daripada berhenti hisap benda tu. 
Tapi hati saya remuk bila saya lihat awak kembali hisap benda tu. 

Awak..
Saya tahu kerja awak membuat awak tertekan
Tapi boleh tak awak cari cara lain untuk menghilangkan tekanan kerja awak 
Selain daripada hisap benda tu? cara yang lebih selamat? 
Bila saya marah, awak kata saya tak memahami awak. 
Bila saya tegur dan beritahu kesan hisap benda tu awak kata, orang tak hisap pun akan mati. orang tak hisap pun akan dapat barah paru2..
Saya tahu ajal maut di tangan Tuhan.
Tapi saya tak sanggup lihat awak terus dera paru-paru awak. 
Saya tak tahu bagaimana cara yang saya perlu lakukan lagi
Saya tertanya-tanya adakah gambar pada kotak benda tu langsung tak beri apa-apa rasa pada awak?

Awak..
Saya sayang awak
Setiap nafas awak ialah nafas saya.
Setiap denyut nadi awak ialah denyut nadi saya.
Awak adalah hidup saya. 
Awaklah yang buat saya bangun ketika saya jatuh satu ketika dulu. 
Saya perlukan awak selagi saya bernyawa. 
Saya tak sanggup tengok awak terus terusan menyeksa diri awak. 
Walaupun awak rasa hisap benda tu satu nikmat, 
Tapi sebenarnya awak sedang membunuh diri awak sendiri. 
Jika saya bukan yang terpenting dalam hidup awak, awak renunglah wajah kecil itu.
Dia darah daging awak, dia lebih perlukan awak berbanding saya. 
Saya tak dapat bayangkan bagaimana hidup kami tanpa awak. 
Dia masih kecil, belum mengerti apa-apa..
Jadi, saya betul-betul merayu pada awak..
Tolonglah berhenti merokok. 
Tolonglah.. :'(


               





Sunday, August 5, 2012

I am SHAKLEE independent distributor

ID : 881734
FB : Jannah Hamdi (add utk keterangan lanjut mengenai produk shaklee.xmo malu2 :))


















Wednesday, June 20, 2012

Kesakitan terindah

Orang kata bersalin tu sakit..ye memang aku tak nafikan..bagaikan nyawa di hujung tanduk tak ada apa yang difikirkan melainkan semuanya selamat..nyawa sendiri dan nyawa anak yang bakal dilahirkan..Detik itu aku rasakan tanggal 28 May 2012. tarikh yang memang tak akan pernah aku lupakan. 27 May 2012 aku rasakan serba tak kena..serba tak kena pun bantai durian jugak dalam 3 ulas. malam tu pulak aku kemas bebuku2 masuk kotak.standby untuk pindah rumah. Malam tu jugak mak mertua tetiba memurahkan hati nak belanja makan ikan bakar tepi laut..tapi aku tak ikut..aku pun musykil sebab memang jarang sesangat aku menolak ajakan untuk makan lagi2 kalau ada orang belanja tapi malam tu memang aku rasakan aura malas melanda diri so aku ambil keputusan untuk duk rumah je, xmau makan. Malam tu tidoku memang tak lena..kiri salah, kanan salah.

6 pagi 28 May 2012 (isnin) aku terjaga dari tido kerana terasa tak selesa sesangat.bila aku ke toilet aku dapati ada darah+lendir keluar. dengan tenangnya aku mandi, siapkan beg lepas tu baru aku kejut suami aku yang lena tido. terkejut badak dia bila aku gitau yang ada keluar lendir+darah.kelam kabut dia siap2, capai beg n drive pegi spital.benda yang paling aku tak gemar ialah cek bukaan jalan. pukul 730 pagi nurse cek bukaan jalan, time tu nurse kata dah buka 3 cm tp dia musykil apsal aku xrasa sakit langsung. aku pun musykil. so, aku kena tahan dalam wad..actually hari tu suami memang amek cuti sebab kitorang plan nak scan baby.tp tak sangka plak plan nak scan baby membawa aku ke spital dengan bukaan 3cm..aiyakk~ suami setia menunggu di luar sebab time tu bukan waktu melawat.dia pun resah dan blur..dan nak bersalin ke bini aku ni?

1230 tengah hari : kesakitan datang sekejap sekejap, suami masuk ke bilik teman aku.aku nampak mulut dia terkumat kamit..baca apa ntah di kala aku sedang menahan sakit..nurse? ntah xnampak batang idung pun..sekitar 130 kesakitn mula kerap..suami aku ke depan panggil nurse sebab dia risau aku dah selalu sakit2..nurse cek lagi jalan..wooooo masa tu dah terbuka 8cm, terus nurse suruh suami amek baju baby n aku ditolak ke labour room. dalam keadaan blur..dah nak bersalin ke aku ni? awal gile sebab due date 17 jun.

3petang nurse datang cek jalan lagi, pastu aku rasa macam ada air keluar laju, air ketuban kot dia pecahkan..lepas dipecahkan air ketuban, sakitnya ya ampunnnn memang ak terkata.time tu aku dah tak peduli sape datang tengok, nak buat ape, berapa orang..lantak la.yang aku tau aku tengah sakit gile baban.dalam kul 415 gitu aku nmpak suami masuk.terus dia pegang kepala aku sambil bisikkan ayat "laa ilaahailla anta subhanakainni kuntuminazzolimin" masa tu nurse dh suh aku teran..aku rasa ada jgk dlm 5 orang bagi kata2 semangat. 430 petang tangisan seorang bayi disambut dengan laugan azan asar. Alhamdulillah syukur Ya Allah Engkau permudahkan semuanya. Engkau memberi peluang kepada aku untuk merasai nikmat mengandung dan melahirkan..sesungguhnya kesakitan itu adalah kesakitan yang terindah :)



               

Sunday, May 6, 2012

Tak tau nak letak tajuk ape..tp semestinya ini post yg melalut.hehe

bz nye mak oiiiii smpai dh lama gile tak update benda alah blog ni. Gilak rumah banjir pulak..ntah ape benda tersumbat dalam lubang air..kuarters puaka ni macam nak halau kami keluar dari sini..yeeeeeee memanggg aku dah tak sabar2 sangat sangat sangatt nak blah dari rumah puaka ni.

Smalam orang wiring tipon..lampu kipas dh siap tunggu seketul aircond je blom pasang lg..syabasss..memang cekap kerja korang.yeayyyyyy~ kabinet dapur in progress..tinggal yg atas je lom pasang..yeayyyyy~ lawa kabinet dapur rumah aku.haha..skang nak ukur2 langsir pulakk pasang benda alah besi tu. 15 may ni dh boleh la angkut2 barang sket2..harap si kecik dlm perut ni leh tunggu jap..meletuplah lepas dh siap pindah ekk..nnti dah keluar mama xmo baby kluar kt umah puaka ni..mama nk baby kluar tgk umah baru yg canteq..sabo ye sayangku..nnti orang angkat2 barang kita duduk tengok dan arahkan je macam queen giteww..haha..ok babai~

skang mood dipenuhi perasaan nak pindah dan nak beranak..yg lain2 xmo pikir.ok babai~~



Friday, January 27, 2012

Support dia tanpa putus asa

Dulu aku risau satu perkara..puas fikir cara untuk buat dia berhenti tabiat buruk tu. semua tak berkesan. orang kata tabiat ni hanya akan berkesan jika tuan punya diri yang tanam azam yang kuat untuk berhenti. berbuih mulut  bebel pn xde kesan jika diri sendiri tak nak. dulu ye..aku boleh kata aku tak kisah..sekarang aku sangat2 kisah tambahan pulak keadaan aku yang tengah mengandung. aku tahan aje bau baju dia bila balik kerja. aku diam aje bila puntung bersepah dalam sink belakang. berkepul2 asap walaupun pintu ditutup asapnya masih boleh masuk ke dalam rumah. aku diamkan..sebab aku dah penat. Ye..suamiku memang boleh dikategorikan sebagai perokok tegar. bagai xleh dipisahkan dia dengan rokok..satu hari bila duduk2 lepak2 dia kata "Syg..abg rs nk brenti rokok la" bagai nak lompat peluk dia erat2 sebab ayat tu la yang aku tunggu selama ini. ibarat satu mimpi..dalam hati aku doakan agar dia kuat melaksanakan azamnya. 

Langkah awal yang dia buat ialah menukarkan Dunhill ke Winston kotak merah kemudian beralih ke kotak putih. dari 2 kotak sehari ke sekotak sehari ke 2 batang sehari dan akhirnya menghitung harinya tanpa rokok. Memang pada awalnya agak sukar..2 hari tanpa rokok dia diserang demam dan batuk2..adeii..begitu power kesan rokok ni. aku pulak naik risau dan suruh dia isap rokok at least sebatang sehari sbb xsanggup tgk dia cmtu.tp dia taknak sebab dia dah janji nak betul2 berhenti. kemudian aku belikan dia supplement untuk buang toksik dalam badan. Vitahealth Supa Garlic Plus..dia mengalami ruam2 dan perpeluhan melampau dan batuk berkahak. lama kelamaan (2 minggu) keadaannya pulih..Alhamdullilah keinginannya terhadap rokok semakin berkurang. sekarang sudah mencecah sebulan dia tidak merokok..takde lg puntung rokok dalam sink, takde lagi bau asap rokok pada baju kerjanya. dan aku sebagai isteri tidak akan putus memberinya sokongan. mengharapkan keadaan ni kekal smpai bila2 dan aku berdoa agar dia kuat memegang azamnya untuk bebas daripada rokok. Amin~