Dua hari weekend yang boring di kala menanti hari2 terakhir bulan April dan menghabiskan sisa-sisa gaji bulan Mac mengheret aku ke panggung wayang..memandangkan aku ni memang kaki wayang dan kaki bangku jugak maka rasa tak senang duduk kalau satu minggu tak jejak kaki ke wayang sekaligus menambah keuntungan tokey TGV yang tiketnya BAPAK mahal RM14 satu movie. Namun, siapa aku untuk menghalang keinginan yang menggelupur ini. Wallaweyyyy bulan2 akn dtg lagi kopak beb!! banyak review citer2 best bakal kuar cam Kongsi, Super8, Fast & Furious, Pirates of the Carribean, Transformers 3 pun bakal kuar jugak!..citer RIO pun tak tengok2 lagi ni..terpaksa carik DVD cetak rompak kat Econsave berdekatan (jgn salahkan aku kalau kedai anda di ambush!)
This weekend 2 movie aku tengok..yang pertama The Red Riding Hood arahan Catherine Hardwicke dan pelakon2 yang aku tak berapa nak kenal seperti Amanda Seyfried, Gary Oldman, Shiloh Fernandez dan Max Irons. best ke tak best korang tengok n decide sendiri sebab bagi aku citer ni nak kata best..tak jugak, nak kata tak best langsung pun..tak jugak. tapi yang aku tak puas hati cerita ni memfokuskan percintaan tiga segi antara Valerie, Henry dan Peter yang membuatkan citer ni sedikit boring. nasib baik kehenseman Henry dan Peter menyelamatkan keadaan..hihihi (gelak gatal). Yang best ialah siapa warewolf itu memang tak disangka-sangka. Memula ingat nenek (dah tua2 pun jd warewolf lagik) tapi tekaan nyata meleset. pastu berubah lak ke Priest Solomon enden ke Peter..semua tekaan meleset..ceittt~ last2 warewolf sebenar ialah...jeng jeng jengggg seseorang yang mempunyai mata berwarna coklat.hehe..nak tau sila tgk sendiri. so, dengan ini aku memberikan 2 bintang daripada 5..kalo dah 2/5 tu korang sndiri la decide sebenarnya citer ni best ke tak. :)
Second movie aku tengok Limitless arahan Neil Burger (tengok nama pengarah pun aku dh terbayang2 citer ni best cam McDeluxe..aummm) dan star2 seperti Robert De Niro, Bradley Cooper dan Abbie Cornish. Limitless ni mengisahkan seorang penulis, Eddie Morra yang hidup tak terurus dan dirijek girlfrennya sebab hidupnya yang sekana2 xde masa depan tapi akhirnya berjaya setelah hidup dia dipengaruhi pil bernama NZT yang membuatkan dia ni boleh super fokus dengan apa yg dia baca, dengar, lihat dan dia guna dalam kehidupan seharian dia. Pil tu jugak membuatkan rasa takut, rasa tak yakin dan pape2 yang negatif hilang dalam diri dia menjadikan dia seorang yang sangat yakin dan akhirnya menjadi jutawan dan terkenal. tapi kalo dia tak makan pil tu dia akn jd blur dan kembali menjadi loser. dia jadi buruan orang jahat yang nak dapatkan pil tu jugak sehinggakan dia hampir2 bunuh diri. hahaha..mungkin baca review aku yang tak seberapa membuatkan korang rasa citer ni tak best tapi best woooo kalo nak banding ngan Red Riding Hood yg tah pape tu. aku kasi Limitless 4 stars dari 5. Thanks to Rotten Tomatoes sebab tolong aku tengok movie yang buat aku puas hati..apsal laaaaa aku xrefer rotten tomatoes masa nak tengok cite The Red Riding Hood ngan Scream 4?kenapa?kenapa?
**aku x sabar nak tnggu cite Kongsi, Transformers 3, Pirates of the Carribean, Johnny English (Mr Bean is backk!!), Super8, bla bla blaa**
No comments:
Post a Comment