Tahun ini, Hari Ibu bakal menjelma lagi dan dia masih ketandusan duit. Maka, dia membuat keputusan untuk sekali lagi meminta dana daripada adik beradiknya yang lain. Impiannya ialah untuk mendapatkan sebijik telefon Sony Erricson Jalou yang berharga RM499 kepada ibunya memandangkan telefon ibunya sudah berada dalam keadaan kritikal. Terdapat rekahan di bahagian tepi sedikit sebanyak memberi kesan kepada speaker telefon tersebut. Dengan bateri yang sentiasa tidak mahu berenggang dengan charger menguatkan lagi impian wanita itu untuk mendapatkan telefon itu untuk ibunya. Kenapa mesti Sony Erricson Jalou? Sebenarnya semasa ke sebuah shopping kompleks bersama ibunya, mereka sempat singgah di satu booth promosi sony erricson. Ibunya menunjukkan reaksi yang sangat teruja apabila melihat Sony E Jalou itu.
Wanita berkenaan mencongak, jika RM499 dibahagikan 4 maka setiap seorang perlu menyumbang RM125. Apalah sangat RM125 demi kegembiraan seorang ibu. Dia cuba menghubungi kakak, abang dan adiknya..tiada respon..maka dia berfikir lagi, mungkin jika dia menyumbang RM200..adik, abang dan kakaknya hanya perlu mengeluarkan lebih kurang RM100 dan cadangan itu diberitahu kepada adik beradiknya yang lain..diam..senyap..tiada bantahan, tiada persetujuan. Pada pemikirannya mungkin mereka masih tidak mampu. Dia terpaksa mencadangkan impiannya itu kepada bapanya dan bapanya bersetuju untuk mengeluarkan share. Baiklah, sekarang setiap orang menyumbangkan RM50, yang lain bapanya topup. Berita gembira itu diberitahu mereka..diam lagi..senyap lagi..sehingga sampai satu tahap wanita itu terfikir, banyakkah sangat RM50 yang perlu dikeluarkan? kenapa mereka itu terlalu sayangkan duit RM50 itu?
Beberapa hari selepas itu, masih lagi tiada khabar berita dari mereka. Dia mengambil keputusan untuk membeli sendiri telefon itu tanpa melibatkan orang lain. Demi ibu, apalah sangat nilai RM499 jika dibandingkan dengan pengorbanan ibu selama ini. Tidak terbayar dengan segunung wang ringgit. Satu hari dia membuka laman sosial Facebook, hampir menitis air matanya melihat beberapa gambar dari wall abang dan kakaknya. Abangnya mengcreat satu album menayangkan kamera DSLR yang baru dibeli, kakaknya pula mengupload beratus2 gambar percutian di sebuah pusat peranginan. Pada perkiraannya, DSLR paling minimum pun melebihi RM1000 dan percutian di pulau pun mencecah ratusan ringgit. Boleh pula mereka mengeluarkan duit yang begitu banyak untuk kepentingan sendiri berbanding hanya RM50 untuk ibu sendiri..dan wanita itu hanya tersenyum kelat. Terlalu banyak nilai RM50 itu bagi mereka untuk ibu..
No comments:
Post a Comment