Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Friday, April 1, 2011

Kami yang disyaki

Zaman tu dh lama lepas tp masih segar lg dlm ingatanku..zaman tu darah kami sedang panas..pantang meihat lelaki yang berdahi licin pasti kami gila meroyan.haha..malu weh malu! nak dijadikan cerita adalah seorang kawan aku yang bernama Huda. ada pula si Huda ini sangatlah gila meroyan kepada seorang MPP di Uni kami dulu..ye ye aku akui lelaki itu sangatlah hensem, alim, pemalu dan MPP. maka si Huda ini sangatlah admire akan dia..aku ada gak la minat sikit2 tapi taknak la potong line member. tapi malangnya si Huda ni malu. dia hanya memerhati MPP itu dari jauh dan bila ternampak lelaki MPP itu dia akan diserang histeria..aaaaargghhh arghhhhhh abang Rahimi!!!dan baju aku akan menjadi mangsa ditarik olehnya.hey..skarang mana ada istilah perigi cari timba. kalo perigi tak cari timba maka perigi tu akn jd perigi buta atau perigi berpuaka yang ditumbuhi semak samun.

Suatu hari yang hening kami pulang daripada kelas. tiba2 ternampak la akan kami sehelai kertas yang dari jarak 2meter member aku jerit..wehhhhh..gmbar abang Rahimi laa!!.punyalah kecik gambar Rahimi tu dia boleh nmpak. Maka diambillah kertas itu dan tekejut beruk mat yeh terkena kejutan elektrik la kami selepas membaca apa yang tertulis di kertas itu. ayat dia lebih kurang cmni :

Atas ni ada gbr paspot En Rahimi

Awas!!
Jauhi lelaki ini 
Ciri-ciri : tinggi, berlagak alim, jalan sedikit kengkang
Lelaki ini suka berlagak alim untuk membuatkan gadis terpikat kepadanya. Gadis akan dipukau dan dirogol

Lebih kurang camtu la bunyinya..aku pn dh lupa dh..Arghhhhhhh tak mungkin tak mungkin!! suara Huda yang ala2 alanis morissette kedengaran dan semua orang memandang kami..malu lagi weh maluu!! Huda menarik tangan aku..katanya tak boleh jadi ni..dia kena melakukan sesuatu kerana dia percaya lelaki pujaannya tidak seperti yang diperkatakan dalam kertas itu. lalu Huda menarik aku pergi ke kedai fotostat..katanya mahu memberikan kertas itu kepada Lini (Housemate kami yang juga menyukai Rahimi) dan Hana (coursemate kami yang merupakan gelpren Rahimi) see..mulianya hati Huda walaupun dia sangat tergila gilakan Rahimi tapi dia tidak berniat sedikit pun untuk meruntuhkan hubungan Rahimi dan Hana.

"Abe..fotostat 3 keping" Huda menghulurkan kertas itu kepada abe fotostat yang merupakan orang kelantan. kami pun dh biasa dgn abe tu sbb dia juga mengendalikan bas utk pelajar2 kelantan pulang ke kampung.jadi dia kenal la nama aku ngan Huda sbb kami selalu naik bas abe tu blk kelantan.
"Nok wat gapo kertas ni..sapo ni?" abe membizibodikan dirinya
"Xdok gapo..nk wi ko saing ni" jawab Huda tanpa rasa ragu2

Niat dia sungguh baik..dia ingin menyelamatkan keadaan. Jadi abe fotostat tu pun memfotostatlah kertas itu tetapi riak wajahnya tersembunyi sesuatu. Bila kami tiba di kolej kediaman..kami pun mulalah bergosip bersama 4 orang lagi housemate kami. dan tajuk gosip itu tak lain dan tak bukan ialah tentang kertas yang dijumpai tadi. Tiba-tiba menjelang jam 8 lebih pintu bilik apartment kami diketuk..ktok..ktok..bila pintu dibuka muncullah beberapa orang yang kami tidak kenali.."Boleh jumpa dengan Jannah dan Huda?" kami pun dengan naifnya mengaku.."ye..ada apa?".."korang kena ikut kitorang ke bilik mesyuarat blok..ada hal penting" rupanya beberapa orang yang ketuk rumah kami tu merupakan MPP jugak..haaaa sudah! apa kes ni siap cari kat rumah..

Tiba di bilik mesyuarat blok, ada lagi beberapa orang dalam tu termasuk jugalah abg Rahimi..terkedu kami dibuatnya..kenapa kenapa..setelah dijelaskan oleh seorang wakil MPP, tujuan kami dipanggil ialah untuk menyiasat kes kertas fitnah yang kami jumpai petang tadi. dan kami telah disyaki sebagai penyebar kertas berkenaan..uwaaaaaaa abe fotostat dh ckp kt MPP yg kami ada fotostat kertas tu td..dia igt kami fotostat sebab nk sebar kt orang tentang fitnah itu!!kami disoal siasat umpama pesalah kes berat..uwaaa kesian la kami!! niat baik kami disalah ertikan..tak guna abe fotostat!!MPP kata kes tu dah jadi kes polis dan polis nak siasat sape sebenarnya penyebar kertas fitnah tu (tp aku rasa xde libat polis pun..saja dorg nak kelentong bg kami takut.weyy..kami xsalah la) maka Huda menjelaskan semua kisah yang berlaku dan kami diminta menyerahkan semula kertas yang kami fotostat tadi kepada mereka.

2 hari selepas itu pemfitnah berkenaan berjaya dikesan.sepandai2 tupai melompat, tersalah lompat ke dawai letrik maka terkena karen jugalah ia.sebenarnya penyebar fitnah ni juga tergilakan Rahimi dan dia sangat jeles akan Rahimi dan Hana..wow..xsangka ada lg penggila Rahimi yang lebih meroyan daripada Huda.dia menyebar kertas itu dengan menyelitkan kertas fitnah itu di bawah pintu kolej kediaman dlm kampus. selepas kejadian itu, abg Rahimi semakin berbaik2 dengan kami esp Huda la..kalo berselisih masa nak pergi kelas tu dia selalu tegur dan kami terasa seperti superwoman penyelamat.wowweeee~ dan sejak hari itu juga kemeroyaan Huda semakin berkurangan. Hahahaha..kelakar gila siot bila ingat balik. skang ni abg Rahimi dh kawen ngan Hana..dh ada 2 org ank pun.. i really miss that moment..if i could turn back time............weh Huda aku rindu gila sama kau!! rindu jugak sama ida, ata dan anne!! :(

Memori konvo 5 sekawan :)





No comments: