Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Saturday, April 23, 2011

My students are my babyfish (anak ikan laaa)


Minggu lepas aku keluar berwayang bersama hasben tercenta..Ahad kn masa untuk bersantai-santai dan bermesra..auuwww~ aku cadang nak tengok crita RIO..sape dh tengok crita RIO sila bg komen sket best ke tak best..brape bintang korang bagi dr 5? tapi kan..dia tu degil tau..dia ajak aku tengok crita Scream 4. langsung tak best sehinggakan aku xleh nak bagi bintang langsung.nasib baikla duit dia.kalo duit aku tobat aku akan mintak ganti rugi.kepada sesiapa yang bercadang untuk tengok cerita Scream 4, sila batalkan niat anda melainkan anda degil.hahaha. tapi takleh nk ckp gak kn..mgkin sesetengah orang tengok best..suka ati korang la. masa queue nak beli popcorn (hasben kata kalau xde popcorn sambil tgk wayang terasa diri dipulaukan kat dalam panggung), ada satu suara yang macam familiar je. kuat lak tu suara dia.. bila tengok rupanya seorang bekas rakan sekerja aku, cik R. cik R ni memang terkenal dengan sikap mesra alamnya tetapi sikap mesra alamnya hanya kepada pelajar2..dengan cikgu2 tak berapa sangat dan kalau pelajar2 pun lelaki je, pompuan pun xberapa nak mesra. tu orang cakap la, tapi bagi aku cik R ni oke je ngan aku.bila sembang pun kepoh je..aku memang suka orang kepoh2 sebab banyak isu yang boleh dibincangkan. aku pun tak faham kenapa orang lain kata dia sombong. ahh lantak la..bukan dia kacau hidup aku pun. aku perhati je dia sebab dia tak perasan aku. nak tegur malas pulak sebab dia dikerumuni pelajar2 lelaki. dorang oder2 pastu cik R yang kuarkan duit dari purse. mungkin tiket wayang pun cik R belanja..ermm kalau sekeping tiket RM14 (tiket TGV bapak mahal skang ni) dikalikan dengan 5 dah rm70 campur popcorn mencecah jugak rm100. woww kalau betullah cik R yang belanja semua memang murah hati betulllll..pelajar2 pulak aku tengok dengan selambanya mengepau cik R itu..

Ada seorang rakan dengan rela hatinya akan membelanja pelajar2 karaoke, bowling, wayang, makan2..aku pun pelik kenapa laaaaa sangat2 baik dorang ek? nak amik hati pelajar ke? perlu ke semua tu semata2 nak amik hati pelajar? aku rasa tak perlu sebab aku tengok pelajar2 yang dibelanja tu orang yang sama je setiap minggu dan cara dorang pun seolah2 kurang hormat kat cikgu tu. dorang buat ckgu tu macam kawan dorang. actually dari satu sudut memang bagus bila kita anggap pelajar tu macam kawan kita dalam proses menyelami hati mereka dan menarik perhatian mereka utk belajar. tapi perlu ke habis duit banyak cmtu? aku rasa cara tu dah terpesong. berlambak2 lagi cara lain yang dorang boleh buat. kalau setakat sekali sekala tu xpe la nak belanja tapi tiap2 minggu?? aku konpius aku konpius..lebih mengonpiuskan aku ialah bila cikgu perempuan (yang bujang2) akan menghabiskan masa dengan pelajar2 lelaki pergi karaoke, pergi main boling, tengok wayang. bila ditegur senang je jawapan dia "ko xpela dah kawin, bosan2 ko leh kuar ngan laki ko..aku ni nk kuar ngn sape kalo tak ngn bdk2 tu" erkkkk~ tidakkah mereka terfikir yang pelajar2 ni sengaja amek kesempatan je untuk mengepau mereka? dan kalau kat skolah pelajar2 ni seolah2 hilang rasa hormat pada ckgu tu..yela dh biasa tgk ckgu melalak kat karaoke jamban, dah biasa tgk ckgu tertonggeng2 baling bola bowling. tidakkah ckgu itu sedar? apa perasaan dorang sebenarnya? sporting? bangga? rasa muda kembali? 

Waktu aku bujang dulu ada jugak aku n beberapa orang rakan seperjuangan lain hang out dengan pelajar2 tapi campur2 la..lelaki, pompuan gi main futsal dan sila bawak duit sendiri untuk bayar, makan je aku blanja tu pun setakat mi goreng mamak sorang sepinggan. pelajar2 yg aku bawak ialah pelajar2 terpilih yg dapat highest mark dan markah paling corot. yes..ada agenda di situ..dan agenda tu perlu diperjelaskan kt pelajar2 tu. yang highest mark : dorang akan rasa semangat naik sebab ada ganjaran bila dorang buat terbaik dan yang corot2 : mereka masih rasa dihargai walaupun markah mereka corot dan dengan itu mereka akn rasa malu secara tidak langsung akan berusaha dengan lebih lagi. dan yess..yang dpt mrkah tinggi2 maintain dapat A dalam PMR dan yg corot2 selalu gagal ni dapat C dalam PMR..seee impak dia..(bangga bangga) pelajar2 ni kdg2 nak jugak enjoy dgn cikgu2 dia. bukan tengok muka ckgu je tensen,  tp ingat batas la. bukannya pilih yg hensem2 je baru bawak yang tak hensem disisihkan. tu ibarat memilih anak ikan..last2 apa kau dapat? result ke laut, poket kosong, rasa hormat pelajar dah hilang.

**aku still nak tau crita RIO ni best ke tak best**


No comments: