Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Thursday, March 17, 2011

Kejelesan si Psiko


Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Pernah anda mendengar lagu ini? Lagu kekanda adinda nyanyian Atilia dan Monoloque. Ye..lagu itu memang sedap di dengar..point di sini bukan lagu tersebut tetapi bahagian yang tertera di atas..kisah isteri yang menjelesi suaminya yang bekerja lebih masa..Kalau anda di tempat isteri..adakah anda akan terfikir perkara yang sama? suami bekerja lebih masa kerana ada 'sesuatu' atau 'tarikan' di tempat kerja yang membuatkan dia tersangatlah suka untuk bekerja..sehinggakan anda pergi ke tempat kerja suami anda untuk meninjau keadaan di sana..atau anda akan lebih menyukai suami anda yang rajin bekerja terlebih masa untuk mencari wang menyara keluarga malah anda akan menyuruh suami anda bekerja sampai gaji OT nya mencecah 3k sebulan supaya anda boleh bershopping tanpa rasa was was?owhh sungguh kejam anda di sini jika pangkat suami anda hanyalah operator pengeluaran lepasan SPM.sungguh kasihan kepada suami anda.Jika anda mengalami situasi yang pertama, anda memang penjeles yang psiko..jika situasi yang kedua..anda juga seorang yang psiko.

Okey..kita undur sedikit masa..semasa anda sedang rancak bercinta dengan kekasih anda. Katakan 3 tahun..dalam setahun berapa kalikah anda bergaduh dengan kekasih anda kerana kekasih anda tidak membalas pesanan ringkas anda..atau panggilan telefon ada tidak dijawab pada pukul 2 pagi? berapa kalikah anda  mengugut kekasih anda untuk memutuskan hubungan jika dia tidak mendelete semua nombor2 rakan perempuan?sedangkan anda sendiri langsung tidak berniat untuk mendelete nombor rakan-rakan lelaki dalam telefon bimbit anda dengan alasan yang anda dan mereka hanya kawan..dan tidak lebih dari itu. dan setelah anda bergelar isteri, tabiat itu masih tidak dapat disingkirkan dalam diri anda. dalam diam anda akan mengecek telefon bimbit suami anda, phonebook..call memory..sent item..pic galery..segala2nya akan dicek ketika suami anda tidur atau mandi. dan jika ada sms daripada perempuan lain, anda akan melenting..atau jika anda mendapati sent item, inbox suami anda selalu empty pun anda akan melenting dengan menyatakan yang suami anda cuba menyorokkan mesej dengan mendeletenya serta merta.jika begitu, anda memang penjeles yang psiko.



Anda punya laman sosial Facebook? katakan satu hari suami anda meminta anda membuatkan satu akaun facebook untuknya. dan semakin hari jumlah kawan dalam akaun Facebook suami anda bertambah.adakah anda merasa untuk menyiasat siapakah yg di accept oleh suami anda sebagai friend dan membelek page rakan2 perempuan yang ada dalam akaun Facebook ? dan jika anda mendapati sesuatu yang mencurigakan seperti gambar rakan wanita yang anda rasa lebih cun dari anda atau gaya posenya yang ala2 gedix atau menggoda, adakah anda akan mendelete mereka?anda yang membuat akaun suami anda, sudah tentulah password akaunnya ada di tangan anda dan boleh diceroboh bila2 masa yang anda suka. anda pernah menyamar sebagai suami anda dengan me log in akaun facebooknya dan menunggu rakan2 perempuannya menegur di chatbox? Jika ya kepada semua jawapan itu maka anda merupakan seorang penjeles yang psiko.

Anda baru sahaja berpindah rumah. jiran-jiran anda sangat peramah. satu hari anda terlihat suami anda bersembang dengan seorang makcik yang mempunyai anak dara yang cun.adakah (situasi 1)anda akan membiarkan sahaja mereka meneruskan persembangan itu atau (situasi 2)anda akan memanggil suami anda masuk ke dalam rumah dengan alasan supaya suami anda menolong anda mencuci kipas?ataupun jiran sebelah anda merupakan seorang balu cun yang masih muda beranak 1 yang baru kehilangan suaminya.adakah anda (situasi 1)akan berbuat baik kepada beliau dengan mengajaknya makan tengah hari di rumah atau (situasi 2)anda langsung tidak menegurnya malah jika ternampaknya anda akan memberikan jelingan 360 darjah malah anda siap memberi warning kepada suami anda jika suami anda menegurnya, tiada makanan tengah hari untuk suami anda atau bersiap sedia untuk tidur di atas sofa di ruang tamu..Jika ya untuk situasi kedua..anda sememangnya penjeles yang psiko.


Tapi walau sepsiko manapun wanita xkan trgamak dia nak menganiaya suaminya sendiri..paling teruk pun pegi bomoh (syirik itu brdosa besar) atau potong anu suaminya dengan harapan kalau aku tak dapat, takkan ada sape2 dapat..tu pun leh smbung balik kt spital (kalo nsb baik la) - ni pun berdosa besar gak. tapi kalau kita tgk kejelesan lelaki akan lagi berganda ganda teruknya dan psikonya si pelaku kejelesan ini..


CEDERA...Siti menunjukkan kesan luka kecil di leher dan lebam bahagian kepalanya akibat dipukul suaminya kerana cemburu

Suami cemburu bunuh isteri

KUANTAN – Gara-gara cemburu mengesyaki isteri mempunyai kekasih, seorang lelaki bertindak liar dengan memijak dan menghentak kepala isterinya ke lantai sehingga mangsa menemui ajal.
Kejadian tragis pada pukul 5 petang di rumah bernombor 247, Blok G, Ladang Selborne, Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis dekat sini kelmarin disaksikan oleh anak pasangan itu yang berusia 12 tahun.
Mangsa Rosmawati Abd. Rahman, 39, didakwa mula dibelasah oleh suaminya selepas anak pasangan itu mengadu kepada suspek bahawa ibunya berbual dengan lelaki lain di telefon.

Bunuh isteri, gantung diri


MASJID TANAH: Akibat tekanan perasaan dan cemburu buta, seorang lelaki dipercayai menikam isterinya dengan pisau beberapa kali sebelum menamatkan riwayatnya sendiri dengan menggantung diri menggunakan seutas tali di rumah sewa mereka di Taman Seri Redan dekat sini, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku antara jam 10 malam kelmarin hingga 6.30 pagi semalam apabila bekas pemandu lori, A Ilangathil, 41, dipercayai menikam isterinya, N Jayaletchumy, 38, yang juga suri rumah selepas dipercayai berlaku perselisihan faham antara mereka.

Suami toreh kemaluan isteri



MELAKA Bisikan suara jin yang memberitahu konon isterinya berzina dengan orang lain menyebabkan seorang suami menoreh kemaluan wanita malang itu dengan pisau pemotong sayur di rumah mereka di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong di sini kelmarin.
Semasa kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Hashimah Nong, 40, sedang bersiap-siap untuk memasak di dapur sebelum diserang oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera dan berusia dalam lingkungan 40-an.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa tidak menyangka sama sekali suaminya yang tiba-tiba menerpa dari arah belakang itu bertindak menoreh kemaluannya dengan pisau.


Terajang isteri : wanita mengandung ditendang suami akibat bersembang dengan jiran lelaki
** Kredit to www.kosmo.com.my
.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (HR Al-Tirmidzi).


No comments: