Ni semua sebab bahana minat kumpulan emo My Chemical Romance zaman kanak2 dulu..skang penyakit keemoan dan kemoodyan dah melekat kat aku pulak. kebelakangan ni memang aku selalu je moody sbb ada seorang orang tu kan..aku xtau apa masalah dia asek nak tanya aku soalan yang memang aku xtau jawapan dia..boleh dikatakan tiap2 bulan dia tanya..aduii memang kalo ada crank kat tangan aku, aku hempuk je sedas kat kepala dia..pastu sumbat je crank tu dalam mulut dia..aiyakk..kejam gile aku!muahahaha..Kalo agak2 tgk aku dengan mood yang sangat2 lah elok..please la jgn rosakkan mood itu dengan ayat atau soklan yang cmni...
Nombor 5
"Ape kelas pakai baju beli kat pasar malam"
- Kalau kau rasa kau banyak duit, silakan beli baju kau kat butik berjenama..tapi bila agak2 tengah bulan kau buat muka kesian kat aku nak pinjam duit..blah la babe..ape kelas tengah bulan duit dh abes.aku beli baju kat pasar malam ke, kat pasar tani ke bundle ke aku xpernah ada panau macam kau.weyy.buat malu je!haha..berkelas jugak la aku pakai baju pasar malam sebab aku tutup aurat berbanding kau yang beli baju kat butik berjenama tapi dada bukak luas gila , tetek kau macam nak tergelincir dari landasan.berkelas laaa sangat.haishh~
Nombor 4
"Kak pakai produk ape? saya tengok kulit muka akak xsekata, pori2 pun besar"
- Habis dah muka kau dah dietepek bedak 4 inci dah macam orang tersembam dalam guni tepung mana nak nampak pori2 kau. kulit kau pun dah merana sebab lemas dalam bedak 4 inci kau tu. cmni la dik..kalo nak jual produk ke ape kn..sila blajar skill utk tambat hati customer..kalo blom pape dh mula kutuk kulit customer, kau rasa customer akn lg berminat ke lagi nak lari dari kau bila nmpak booth kau dari jauh? tapi pelik la kalau jual produk kecantikan, kalau nak tunjuk keberkesanan produk tu, tunjukkan la..letak orang yang betul2 xde masalah kulit tanpa mekap.xyah mekap langsung..baru la org percaya yang produk tu betul2 berkesan.
Nombor 3
"Asek makan je..mana x gemuk"
- Ayat ni aku selalu dengar dr mulut pesakit aneroxia nervosa. yang jenis kalo makan nasik tu dua bijik je xleh lebih nnti gemuk.pastu bila tengok orang lain makan dia akan pandang serong..hey hey..jangan makan banyak-banyak nanti gemuk..tgk macam aku ni, maintain je..ahhh pegi mam la.aku bukan mintak duit kau pun nak makan.bila aku upload gambar makanan kat FB (memang ada satu folder khas untuk upload masakan aku) orang tu akan cakap..asek makan je..mana tak gemuk. Err..adakah setiap kali aku upload gambar makanan tu bermakna aku akan mentekedarah semua makanan itu? aku memang sedar diri aku gemuk, tapi takkan la aku nak makan sikit pun xleh.asal aku suap makanan je, ayat tu kuar..asal makan je, ayat sumbang tu kluar..mungkin orang tu nak rasa kot crank hinggap kt kepala dia.
Nombor 2
"Aku nak diet la..dah gemuk gile skang ni"
- Pale otak kau gemuk gile..cuba kau banding kau dengan aku..kalo dah berat kau 40kg, berat aku 60+ sape yang gemuk gile skang ni? Udah2..aku tau kau cuba perli aku kan..kan..kan. Better kalau kau ckp "Jannah, ape kata kau diet, aku tengok kau dah makin gemuk la" mungkin aku akan sedar diri sket..
- Pale otak kau gemuk gile..cuba kau banding kau dengan aku..kalo dah berat kau 40kg, berat aku 60+ sape yang gemuk gile skang ni? Udah2..aku tau kau cuba perli aku kan..kan..kan. Better kalau kau ckp "Jannah, ape kata kau diet, aku tengok kau dah makin gemuk la" mungkin aku akan sedar diri sket..
Nombor 1
"Bila nak pregnant?"
-Kalau aku tanya kau..bila nak mati kau boleh jawab tak? xleh kan..melainkan kau nak bunuh diri jadi kau tahu bila kau akan mati.so kalau kau tanya aku bila aku nak pregnant, macam la aku tau jawapannya. kalau aku jawab belum ada rezeki kau buat pandangan serong seolah-olah aku ni mandul.kalo orang tanya aku soalan macam ni, bukan stakat rasa nak ketuk pakai crank tapi ngan sebijik basikal terus aku hempuk kt kepala dia.jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki tu kan semua kerja Allah..kau tanya aku, macam la aku ni tahu takdir diri aku cmne.so..benti2 la tanya soalan yang aku sendiri pun xtahu jawapan tu.urghhh..tensi!!
No comments:
Post a Comment