Seorang anak mendengar bapanya sedang mengaji al Quran..dia yang penuh dengan rasa ingin tahu bertanya kepada bapanya..
Anak : Ayah..ayah baca apa?
Bapa : Ayah baca Al-Quran. Adik pun boleh baca Al-Quran macam ayah juga. Ayah boleh ajarkan
Anak : Kenapa adik perlu baca Al-Quran sedangkan adik tak faham apa maksudnya
Bapa tersebut kemudian meninta anaknya ke dapur dan mengambil raga berisi arang dan mengeluarkan arang2 daripada bakul itu.
Bapa : Adik tengok raga ini..apa warnanya?
Anak : Hitam
Bapa : Ayah mahu adik isi raga ini dengan air dan bawa kepada ayah bakul berisi air.
Anak : Baiklah ayah..
Si anak cuba sedaya upaya mengisi raga itu dengan air tetapi usahanya gagal. Air keluar melalui lubang raga itu. Setelah penat berusaha akhirnya si anak berkata kepada ayahnya..
Anak : Ayah, bagaimana adik mahu penuhkan raga ini dengan air sedangkan raga itu berlubang
Ayah : (tersenyum) Tak mengapalah adik..tapi cuba adik tengok apa jadi pada raga ini..tadi hitam sekarang sudah bersih kan? Begitu juga dengan Al-Quran..walaupun adik xfaham apa yang adik baca, tapidengan membaca dan menghayati ayat2 suci Al-Quran ni dapat membersihkan hati kita dari segala kekotoran.
So..jangan beri alasan tak faham maksud ayat-ayat Al-Quran untuk tidak membacanya..Kalo xfaham tafsir Al-Quran kn byk :)
Bacalah..Iqra'
No comments:
Post a Comment