Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Wednesday, March 16, 2011

Bukan satu tapi dua..mungkin tiga empat lima spuloh..

Tadi masa aku nak wt brekfest yg diberi nama Murtabak Maggi aku pecahkan sejibik telo..pastu cam heran sbb nmpak telo kuning dia ada dua..adakah aku sudah membantutkan generasi ayam dgn menggoreng sebijik telo yg mengandungi 2 ekor ayam kembar?ohh tidak! wt selamba badak je la..tetiba tringat pulak kata2 seseorang itu..kalau nk anak kembar, elok la kita makan apa2 makanan yang kembar..maka akan terkena la badi kembar makanan itu kepada kita..huahahuahauahauahahaauahaua..oke aku trgelak sorg2 pulak bila tringat kata2 itu. ape pulak kaitan makanan kembar dengan kemungkinan kita akan mendapat anak kembar dengan makan makanan tersebut?


Adakah makanan kembar ini menggalakkan pembelahan lengkap zigot untuk membentuk anak kembar?atau mungkinkan makanan kembar ini menggalakkan penghasilan ovum dari kedua2 ovary? huahauahaahauahuaha...agak tidak logik point di sini..

Teka teki pagi ini..berapa jeniskah kembar yg ada di atas muka bumi ini?? trettttttttttttt..terlalu slow anda berfikir..ada tiga yaa..ingat tu kalo org tanya jawab TIGA

yang ke satu ialah kembar yang biasa kita tengok..iaitu kembar seiras..Pembentukan anak kembar seiras terjadi bila satu embrio membahagi kepada 2 embrio yg berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua2 embrio ni akan berkembang dan membentuk 2 fetus berasingan dalam uterus ibu. Setiap fetus yang bertumbuh di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta. Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina

sangat comel kanak2 ini..Mooooo..

Aummm...grrrrrr

yang kedua pulak ialah kembar tak seiras..kalao kembar cmni muka kembar tu xsama smpai susah nk percaya yang mereka ini kembar..Anak kembar x seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. maka, dua zigot terbentuk. kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendirl. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan.kiedua-dua anak ini x sama dari segi kandungan genetik coz berasal daripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras. kembar tak seiras ni terjadi bila si ibu nya dlm keadaan super subur.


dan yang terlast lak ialah kembar siam..sesungguhnya kalo bercantum di bontot ke bahu ke xpe lg..kalo dh di kepala dua body share satu otak..atau share satu jantung..errr~ sgt kasihan..mintak dijauhkan la ye.. kalo td pembahagian embrio lengkap, maka jadila kembar seiras tapi kalo embrio xlengkap maka jadilah kembar siam ni sbb embrio masih melekat antara satu sama lain bahagian tertentu.dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahaglan kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak kembar ini dikenal sebagai kembar siam.

wowoowww..silap2..ni kembar dr siam bukan kembar siam..tapi sy sangat kagum dengan lelaki ini sebab berjaya mengahwini pasangan kembar ini kedua2 sekaligus..caya lah lu mat!


Aku sangat kagum kerana terdapat spek dan rokok yang direka khas utk mereka yang kembar 
siam..wakaakakakaka..

**foto dirembat dalam google

No comments: