Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Tuesday, December 6, 2011

Please delete

24 November yang lepas, masa untuk pegi check up kat klinik. Time tu baby baru 10 weeks. tersangat excitednya aku bila doktor scan nampak baby gerak-gerak walaupun xberapa jelas. lepas tu doktor print and letakkan dalam buku pemeriksaan. Balik rumah memang tak henti2 aku tenung gambar janin tu. Macam jakun pun ada.haha. pastu sebab terlalu lah sangatnya excited, aku snap gambar tu and upload dalam Facebook. bukan niat aku untuk menunjuk-nunjuk..sungguh tak terlintas langsung. tapi bila husband aku tahu aku dah upload gambar unborn baby tu dalam laman sosial dia kasi aku nasihat..dia kata better delete lah gambar tu sebab kita pun kena jaga sensitiviti orang lain. tak semua orang akan happy bila tengok gambar tu. Macam aku dulu, masa nak tunggu pregnant memang stress sangat baca status member2 yang cakap pasal pregnancy, pasal newborn baby..Baiklah..sebagai isteri yang taat aku pun meremovekanlah gambar tu. tapi sebelum aku remove, ada satu komen kat gambar tu daripada one of my friends yang betul2 buat aku tertanya2..lebih kurang macam ni la komen dia "Jan, please please delete gambar ni, please jan" Banyak betul please dia macam beg aku supaya serta merta delete gambar tu.. pastu dengan rasa tertanya2, lepas aku delete gambar tu aku message dia dan tanya kenapa dia macam bersungguh-sungguh nak aku delete gambar baby tu. lepas tu dia mulalah bercerita..

Dulu masa kakak dia pregnant, sebab terlalu excited macam aku, kakak dia upload gambar janin dalam laman sosial. orang tua dia dah pesan jangan sesekali tayang gambar janin pada umum tapi dia degil. so, gambar tu duk terpapar la sampai dia hampir nak bersalin..masa nak bersalin tu babynye ok lagi..tapi bila dah keluar babynya meninggal dunia. doktor pun tak dapat nak jelaskan sebab apa sebab keadaan baby memang normal. takde kecederaan luaran atau dalaman. hampir2 kakak dia kena meroyan tapi dah ok lepas berubat kampung. dalam fikiran positifnya ajal maut di tangan tuhan, mungkin takde rezeki dia..tapi ustaz yang ubatkan kakak dia tu kata mungkin ni perbuatan khianat. orang khianat dia melalui gambar janin yang dia dah upload kat lama sosial tu. jadi, better berhati-hati..ye aku sangat2 menyesal letak gambar tu walaupun kejap je.  nasib baik ada husband n member yang betul2 prihatin. risau jugak sebab dah terletak gambar tu walaupun sekejap tapi mintak2 xde apa2 yang buruk berlaku..so, jadikan ini sebagai pengajaran. Wallahu A'lam


               

2 comments:

Mizz Wani said...

masa sy pregant hari tu.mmg ade gmba tp mmg sy tk upload sbb sy rahsiakan dr semua org..kecuali suami kak dan mak..tp nk buat mcm mane tkdop rezeki

JANN JANN JANNAH said...

sabar yea wani..usaha lagi :)