Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Monday, December 5, 2011

Kisah Dua Batang Pohon

Suatu ketika, ada dua batang pokok yang tumbuh dan membesar di atas sebuah bukit di dalam hutan. kedua-duanya saling berbicara antara satu sama lain tentang impian dan cita-cita masing-masing. 

"Aku berharap, suatu hari nanti aku ditebang da dijadikan peti simpanan harta. Aku akan diisi dengan emas, perak dan permata yang bergemerlapan. badanku akan diukir dengan ukiran yang indah. semua orang akan memuji kecantikan dan keindahanku," kata pohon pertama memesang angan-angan.

"Aku pula mengimpikan menjadi sebuah kapal yang teguh. aku akan membawa raja dan permaisuri belayar merentas lautan sehingga ke hujung dunia. Mereka akan berada di atasku kerana berasa selamat kerana kekuatan binaanku dan keampuhan badanku," pohon kedua menyuarakan impiannya.

Selang beberapa tahun selepas itu, datang sekumpulan pembalak. Setelah ditinjau, kedua-dua batang pokok itu dipilih untuk ditebang. Pohon pertama ditebang dan dijadika kotak kayu untuk dijadikan tempat simpanan makanan haiwan dan ternakan. ia diletakkan di dalam sebuah bangsal. Pohon kedua pula sampai ke limbungan kapal. Di sana, dia dipotong dan dijadikan sebuah bot kecil untuk menangkap ikan. Musnahlah impian kedua-duanya. Tiga tahun berlalu, kedua-dua pohon itu semakin melupakan impian yang mereka semai.

Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang entah dari mana datangnya tiba di bangsal tempat terletaknya kota kayu daripada pohon pertama. di bangsal itu, isteri pasangan tersebut melahirkan bayi. Oleh kerana tiada tempat lain yang sesuai untuk meletakkan bayi, pasangan suami isteri tersebut membaringkan bayi mereka di dalam kotak kayu berisi jerami kering itu. hanya kotak kayu itu yang dapat memberikan keselesaan kepada bayi itu. Pohon pertama merasakan keperluannya saat itu. kini dia menyedari, walaupun tidak dapat menjadi peti simpanan harta, namun dia kini sedang memegang 'harta' yang snagat bernilai ; seorang anak kecil yang belum mengerti apa-apa namun akan membesar dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.

Di tempat lain, bot kecil (pohon kedua) sedang digunakan untuk menangkap ikan. tiba-tiba, ribut besar melanda dan lautan yang terang semakin mengganas. bot kecil itu terumbang-ambing dipukul badai. Dia merasakan tidak mampu untuk  menyelamatkan nelayan-nelayan di dalamnya sehinggalah dia terlihat kesungguhan seorang nelayan mengawal kemudi sambil berteriak memberi arahan kepada rakan-rakannya untuk terus bertahan menentang gelombang.

Ribut yang melanda akhirnya reda. Suasana kembali tenang. dengan senyuman lega nelayan-nelayan itu berkata "kita selamat". Pohon kedua sebagai bot kecik itu berasa amat bangga dan gembira. Dia menyedari walaupun tubuhnya kecil, kini dia seorang 'raja' yang gagah dan berjasa.

-Solusi Isu 37

p/s : Ingatlah, kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan. Jika angan-angan dan impian kita terbantut, siapkan jiwa yang redha akan qadak dan qadar untuk menyambutnya.



               

No comments: