Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Sunday, December 25, 2011

Sherlock Holmes 2 vs Mission Impossible 4



Aku bukan peminat Tom Cruise
Sebab tu aku tak tengok MI1 ngn MI2..MI3 aku tgk DVD sape punya ntah..lepas tu aku mula suka dengan Mission Impossible ni sebab aksinya.
MI4 aku tengok sebab time tu boring dan cerita kat panggung yang agak2 best hanyalah MI4 ni..
Nak tengok Songlap memang tak la kan sebab aku betul2 serik nak tengok cerita melayu kat panggung lagi.
So..tengok je lah MI4 ni kan..walaupun genre nya PG13 tapi aksinya boleh tahan..walaupun kureng sikit dari MI3. Secara jujurnya aku peminat filem berklasifikasi 18.barulah keganasan dan aksinya terasa.
Jadi untuk Mission Impossible 4 aku bagi 3.5 bintang dari 5 bijik bintang walaupun bau ketiak orang yang duk sebelah kiri aku sangat menusuk hidung..urghhh~


Aku peminat Robert Downey Jr. walaupun bukan die hard fan.
Aku suka cite Iron Man..tapi Sherlock Holmes aku bantai tido separuh cerita.
Mungkin genre filem ni xsesuai dgn jiwa aku..berlatar belakangkan zaman dulu2, banyak drama dan kena berfikir..
tengah2 cerita barulah best sket. ending pun kelakar..
Btw aku suka gandingan Robert Downey ngn Jude Law
aku bagi 2.5 bintang sbb mungkin aku terlepas aksi menarik masa aku tido.Nanti kalo ada masa aku tgk lagi tanpa tido, mungkin aku bleh tambah bintangnya.

Sebelum aku tgk cerita SH ni aku ada tanya member aku best ke x sebab dia ada tengok SH1..aku xtengok.
Dia kata 'bestttttttttttttt!!' (tu la msg yg dia reply kt aku) sebab dia peminat genre filem cmtu..
So jangan salah paham..xsemestinya aku xsuka bermakna bg korang pun xbest.


SEKIAN


               

Sunday, December 18, 2011

Dik..akak nk lempang kau boleh?


Aku akui cara penaipan aku pun bukanlah menepati Bahasa Malaysia standard tp at least aku cuba buat orang yang baca faham apa yang aku nak sampaikan tapi aku semakin tak faham apa yang bebudak sekarang rasa masa dorang guna bahasa cm kat atas tu..adakah rasa comel? memang tak la! apa yang aku nampak bahasa cm tu macam orang yang tak sekolah.kalau sekolah pun standard bebudak kelas pemulihan bahasa..macam budak2 kecik baru belajar picit keyboard..macam cara penaipan anak sedara aku yang umur 3 tahun. ada jugak dalam facebook aku terima invitation event untuk follow blog2..lepas aku menjelajah blog2 berkenaan, yang mana aku dapati guna bahasa macam comel2 (mata ke atas, tangan di dada) memang takkkkkkan follow lah kan..baca pun tak paham. Secara jujur dan tanpa berselindung aku memang menyampah dengan bahasa macam ni..adik2 sekalian yang suka guna bahasa cm kat atas tu..ANDA KELIHATAN SANGAT TIDAK BERPELAJARAN!! yess..budak2 bijak jarang guna bahasa cm kt atas tu walaupun umur mereka sebaya. plus..skolah biar abes dulu dik baru bercinta..nak bercinta pun xyah la tayang kat umum..bukan orang yg baca tu bagga tp rasa mcm nak muntah hijau dikk..muntah kat atas muka kau~


               


Wednesday, December 14, 2011

Ori atau Ciplak?

First of all aku nak mention..aku bukanlah seorang peminat gadget. so aku x amek pot sangat pasal gadget2 terkini di pasaran..tipon canggih2 pun tak mengherankan aku sangat. samsung galaxie lah i phone lah..lantak lah..janji aku ada phone yg aku bleh guna untuk call dan SMS..tipon laki aku yang canggih2 pun aku wat main angry bird je.nak online aku ada laptop gedabak ni dgn broadband yang kalo hujan lebat line dia macam penyu tua patah kaki. ok ape..

Tadi masa facebook walking, terjumpa satu info yang menarik. so aku nak share..kepada mereka yang suka sangat tukar tipon, pantang ada keluaran terbaru mesti nak beli tp xtau cmne nak kenalpasti tipon tu ori ke tak..ni nak share sikit tips. kalo dh tau bagusla..

masa nak beli phone tu..ikut langkah2 ni ye :

1. Taip *#06# (otomatik kluar nombor siri IMEI atau International Mobile Equipment Identity)
2. Semak nombor siri tersebut pada kedudukan ke 7 dan 8

contoh IMEI : 143894103986028 so nombor ke 7 dan 8 ialah ******10*******

3. Kenal pasti phone berkenaan ori ke ciplak berdasarkan kedudukan nombor ke 7 dan 8 IMEI tersebut

 i ) 02 atau 20 ialah dari China = Low quality
ii ) 08 atau 80 ialah dari Germany = Fair quality
iii) 01 atau 10 ialah Finland = Good quality
iv) 00 , 03 atau 04 ialah dari kilang asal tipon = Best mobile quality
 v) 13 ialah dari Azerbaijan = Very bad quality and dangerous for health

cepat2 check tipon anda sekarang..harap2 ori lah ye. nak beli sesuatu tu op kos la kena beli yang terbaik..ni tak, duit dh kluar byk tp akhirnya tertipu dapat barang ciplak.. :)




               

Tuesday, December 6, 2011

Please delete

24 November yang lepas, masa untuk pegi check up kat klinik. Time tu baby baru 10 weeks. tersangat excitednya aku bila doktor scan nampak baby gerak-gerak walaupun xberapa jelas. lepas tu doktor print and letakkan dalam buku pemeriksaan. Balik rumah memang tak henti2 aku tenung gambar janin tu. Macam jakun pun ada.haha. pastu sebab terlalu lah sangatnya excited, aku snap gambar tu and upload dalam Facebook. bukan niat aku untuk menunjuk-nunjuk..sungguh tak terlintas langsung. tapi bila husband aku tahu aku dah upload gambar unborn baby tu dalam laman sosial dia kasi aku nasihat..dia kata better delete lah gambar tu sebab kita pun kena jaga sensitiviti orang lain. tak semua orang akan happy bila tengok gambar tu. Macam aku dulu, masa nak tunggu pregnant memang stress sangat baca status member2 yang cakap pasal pregnancy, pasal newborn baby..Baiklah..sebagai isteri yang taat aku pun meremovekanlah gambar tu. tapi sebelum aku remove, ada satu komen kat gambar tu daripada one of my friends yang betul2 buat aku tertanya2..lebih kurang macam ni la komen dia "Jan, please please delete gambar ni, please jan" Banyak betul please dia macam beg aku supaya serta merta delete gambar tu.. pastu dengan rasa tertanya2, lepas aku delete gambar tu aku message dia dan tanya kenapa dia macam bersungguh-sungguh nak aku delete gambar baby tu. lepas tu dia mulalah bercerita..

Dulu masa kakak dia pregnant, sebab terlalu excited macam aku, kakak dia upload gambar janin dalam laman sosial. orang tua dia dah pesan jangan sesekali tayang gambar janin pada umum tapi dia degil. so, gambar tu duk terpapar la sampai dia hampir nak bersalin..masa nak bersalin tu babynye ok lagi..tapi bila dah keluar babynya meninggal dunia. doktor pun tak dapat nak jelaskan sebab apa sebab keadaan baby memang normal. takde kecederaan luaran atau dalaman. hampir2 kakak dia kena meroyan tapi dah ok lepas berubat kampung. dalam fikiran positifnya ajal maut di tangan tuhan, mungkin takde rezeki dia..tapi ustaz yang ubatkan kakak dia tu kata mungkin ni perbuatan khianat. orang khianat dia melalui gambar janin yang dia dah upload kat lama sosial tu. jadi, better berhati-hati..ye aku sangat2 menyesal letak gambar tu walaupun kejap je.  nasib baik ada husband n member yang betul2 prihatin. risau jugak sebab dah terletak gambar tu walaupun sekejap tapi mintak2 xde apa2 yang buruk berlaku..so, jadikan ini sebagai pengajaran. Wallahu A'lam


               

Monday, December 5, 2011

Kisah Dua Batang Pohon

Suatu ketika, ada dua batang pokok yang tumbuh dan membesar di atas sebuah bukit di dalam hutan. kedua-duanya saling berbicara antara satu sama lain tentang impian dan cita-cita masing-masing. 

"Aku berharap, suatu hari nanti aku ditebang da dijadikan peti simpanan harta. Aku akan diisi dengan emas, perak dan permata yang bergemerlapan. badanku akan diukir dengan ukiran yang indah. semua orang akan memuji kecantikan dan keindahanku," kata pohon pertama memesang angan-angan.

"Aku pula mengimpikan menjadi sebuah kapal yang teguh. aku akan membawa raja dan permaisuri belayar merentas lautan sehingga ke hujung dunia. Mereka akan berada di atasku kerana berasa selamat kerana kekuatan binaanku dan keampuhan badanku," pohon kedua menyuarakan impiannya.

Selang beberapa tahun selepas itu, datang sekumpulan pembalak. Setelah ditinjau, kedua-dua batang pokok itu dipilih untuk ditebang. Pohon pertama ditebang dan dijadika kotak kayu untuk dijadikan tempat simpanan makanan haiwan dan ternakan. ia diletakkan di dalam sebuah bangsal. Pohon kedua pula sampai ke limbungan kapal. Di sana, dia dipotong dan dijadikan sebuah bot kecil untuk menangkap ikan. Musnahlah impian kedua-duanya. Tiga tahun berlalu, kedua-dua pohon itu semakin melupakan impian yang mereka semai.

Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang entah dari mana datangnya tiba di bangsal tempat terletaknya kota kayu daripada pohon pertama. di bangsal itu, isteri pasangan tersebut melahirkan bayi. Oleh kerana tiada tempat lain yang sesuai untuk meletakkan bayi, pasangan suami isteri tersebut membaringkan bayi mereka di dalam kotak kayu berisi jerami kering itu. hanya kotak kayu itu yang dapat memberikan keselesaan kepada bayi itu. Pohon pertama merasakan keperluannya saat itu. kini dia menyedari, walaupun tidak dapat menjadi peti simpanan harta, namun dia kini sedang memegang 'harta' yang snagat bernilai ; seorang anak kecil yang belum mengerti apa-apa namun akan membesar dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.

Di tempat lain, bot kecil (pohon kedua) sedang digunakan untuk menangkap ikan. tiba-tiba, ribut besar melanda dan lautan yang terang semakin mengganas. bot kecil itu terumbang-ambing dipukul badai. Dia merasakan tidak mampu untuk  menyelamatkan nelayan-nelayan di dalamnya sehinggalah dia terlihat kesungguhan seorang nelayan mengawal kemudi sambil berteriak memberi arahan kepada rakan-rakannya untuk terus bertahan menentang gelombang.

Ribut yang melanda akhirnya reda. Suasana kembali tenang. dengan senyuman lega nelayan-nelayan itu berkata "kita selamat". Pohon kedua sebagai bot kecik itu berasa amat bangga dan gembira. Dia menyedari walaupun tubuhnya kecil, kini dia seorang 'raja' yang gagah dan berjasa.

-Solusi Isu 37

p/s : Ingatlah, kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan. Jika angan-angan dan impian kita terbantut, siapkan jiwa yang redha akan qadak dan qadar untuk menyambutnya.



               

Thursday, December 1, 2011

Baiklahhh..aku rimas!

Assalamualaikum..kekok woooooooo nak mengarang sbb dah lama aku xupdate blog ni..kesian dia terabai. BTW tengkiu la kat sesape yang sudi menjenguk blog aku yg xseberapa ni. Alhamdulillah..dah masuk 3 bulan kandungan aku ni. fasa loya2 muntah2 xyah cakap lah..macam nak masuk muka dalam lubang jamban. teruk jugak la dehydration especially waktu malam. tapi yang peliknya mabuk teruk aku alami masa duk kat rumah..kalau duk rumah rasa tak larat sangat2, perut rasa xsedap pastu kalau makan sikit mesti muntah. kalau kat tempat lain xde la seteruk tu..mungkin environment rumah ni xmenyelesakan bagi aku.

Gembira? mestilah gembira sebab dah lama tunggu si kecik ni muncul dalam hidup kami. tapi..kenapa ada sesetengah pihak yang menjadikan mengandung ni sesuatu yang susah?? bila aku muntah dengan teruk ada pulak mulut cakap aku jd cmtu sebab ada 'benda' duk kat tiang rumah aku..Adeii~ bukan ke memang orang ngandung kebanyakannya mengalami nausea? dah ape pulak kaitan ngan benda kat tiang?? Satu hari masa aku tengah makan kat kantin sekolah, ada seorang makhluk Allah datang tegur, "Ehh, makan kicap ke? mana boleh makan kicap..nanti anak jadi hitam" hurmm..aku belasah je lah sebab sedap. tapi ada je yang makan kicap tapi anak dia putih melepak..Bila makan sotong pun ada jugak yang tegur "Jangan makan sotong banyak2 nanti anak terbelit tali pusat. aiyakkk..sungguh aku tak sangka ada jugak yang percaya benda2 macam tu. Ikan pari xleh makan, tu xleh, ni takleh..abes ape yang boleh? sampai laki aku pun dah suh aku cancel semua oder2 plushies dgn soft toys sebab ada member dia cakap "kalau mengandung jangan menjahit, nanti masa nak bersalin jalan tak terbuka" Hurmm..sebagai isteri yang taat, aku layankan je la..semua oder aku cancel.huhuhu

yang paling tak tahan ada pulak cakap, kalau mengandung bawak paku dengan gunting ke mana pun kite pergi untuk halang gangguang makhluk halus..Hohh?? apekah?? budaya tradisi mana plak yang dia amek ni? aku ye kan je laa..tp xbuat pun. malas aku nak percaya benda karut marut tu. nak buat pape pun baik rujuk Quran dan hadis..percaya yang bukan2 kang terpesong pulak akidah..tak pasal2..btw memang ada jugak pantang larang orang dulu2 yang kita kena ikut..ada logiknya macam xleh aniaya haiwan (x ngandung pn xleh aniaya haiwan) , bila cakap jgn celupar, teh ngn kopi xleh minum tp mak mertua aku hidang je teh kat aku..memang xterusik la jawabnye.haha.

Kesimpulannya : Tengok perhimpunan agung UMNO buat aku mabuk lg teruk..bluwekkkkkkkk!