Haluuu haaa..skang ni aku masuk fasa kedua treatment dgn Doc Halizah..dh almost 3 months aku amek Mercilon, alhamdulillah period cycle aku dah kembali teratur. Kali ni Doc Halizah kasi aku pil Clomid.a.k.a pil kesuburan. Setelah mendengar penerangan dia, pil Clomid ni sebenarnya untuk meransang ovari melepaskan ovum semasa hari subur. So, Doc Halizah kasi aku jadual untuk bersama. mudah-mudahan kali ni ada rezeki kami untuk menimang cahaya mata. aku search la sket pasal Clomid ni dan jom..kita kenali Clomid dengan lebih banyak lagi..
Apa itu Clomid?
- Clomid @ clomiphene citrate ialah ubat yang digunakan untuk rawatan kesuburan untuk wanita.
- Clomid akan meransang ovari untuk mematangkan ovum dan dilepaskan semasa proses ovulasi.
- Clomid akan membantu wanita yang mengalami masalah ovulasi untuk hamil. Kajian klinik mendapati 30 peratus wanita dengan masalah ovulasi akan hamil selepas mengambil Clomid. Daripada 30 peratus kehamilan itu, 7.89 peratus adalah kehamilan kembar (Lihat Clomid Success Rates atau Clomid and Twins untuk keterangan lanjut).
Bila dan bagaimana untuk mengambil Clomid?
- Clomid ialah berbentuk pil. Pil ini diambil sekali sehari selama 5 hari semasa kitar haid.
- Clomid boleh diambil sebelum atau selepas makan. tapi untuk sesetengah orang yang tak biasa amek pil, better amek selepas makan.
- Dos yang diambil mestilah pada waktu yang sama setiap hari..maknanya kalau hari ni makan pukul 8 malam, malam esok pun pukul 8 malam dan camtu pada malam2 seterusnya selama 5 hari. Ini bertujuan untuk maintain kandungannya dalam darah.
- Masa Doc kasi ubat tu dia kata mungkin akan rasa pening..tapi takde plak aku rasa pening. antara kesan sampingan lain ialah mungkin akan rasa panas badan, payudara membengkak dan sakit, mood berubah-ubah (tapi kesan ni akan berhenti selepas berhenti mengambil pil ni) Kesan yang aku suka ialah kemungkinan akan dapat twin..suka sukaa :)
Klik [sini] untuk keterangan lanjut mengenai Clomid
2 comments:
sis, so pas mkn mercilon. ..ni priod sis dah teratur la yerr..so, xpayh mkn pil nie..period dtg ontime ker..??sis, sy nk preggy cept...leh x nk mkn clomid terus...?x mau mkn mercilon nie..( doktor bg )..
sis mkn primerose oil period jd teratur balik..kalo makan mercilon mmg teratur tp bile stop period jd kucar kacir balik
Post a Comment