Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Sunday, June 19, 2011

Dialah segalanya~

Masih segar dalam memori sewaktu aku kecil, aku sangat nakal. pernah satu hari kepalaku luka terkena kaca almari yang pecah akibat disondol olehku sendiri..masa tu tengah main2 dengan abang..aku menangis takutkan darah (padahal tak sakit pun)..dialah yang menenangkan aku, memujuk aku. waktu aku dan abang ponteng mengaji lalu terkantoi..dia menunggu kami di muka pintu bersama rotannya yang panjang..kami dipukul (padan muka)..waktu aku jatuh basikal akibat abang berangan menjadi perempit dan mengangkat tayar depan, dia sangat marahkan abang kerana gagal menjaga adik dengan baik. ketika basikal sate ikan a.k.a lokcing melalui depan rumah dan aku meronta2 ingin membeli, dia lah yang menjerit memanggil2 brader sate ikan itu. sebab kalau tak panggil, nescaya telinganya akan dijamu dengan tangisan mengada-ngadaku. sewaktu dia dan ibu singgah di kedai perabot untuk survey sofa, aku berkenan dengan kerusi malas rotan dan meminta dia membelikan kerusi rotan itu, dia buat dengar tak dengar dan memanggilku pulang, aku merajuk, menangis dan mencampak selipar keluar tingkap kereta ketika kereta sedang dipandu olehnya..teruk aku kena marah (padan muka lagi)

Paling tak boleh aku lupakan, ketika ibu menyambung pelajaran di johor, dialah yang bertungkus lumus menjaga kami 5 beradik. pada satu malam dia menjemput kami pulang dari rumah nenek..ketika itu aku tingkatan 1.satu kereta dihadapan kereta kami membrek secara mengejut menyebabkan adik bongsu terhantuk dengan kuat di dashboard, nasib baik dia tak mereng..semahu-mahu tidak dia mengejar kereta itu dan menyuruhnya berhenti..dialog yang aku tak akan pernah lupa sepanjang hidupku

Dia : Kenapa ni?? (nada yang tinggi)
Pemuda : maaf pakcik, saya brek sebab ada kucing melintas tadi
Dia : Kucing?? kamu tengok dalam kereta pakcik dan beritahu pakcik, nyawa kucing atau nyawa mereka lagi penting?
Pemuda : maaf pakcik saya tak perasan
Dia : mana boleh main tak perasan ni melibatkan nyawa
Pemuda : saya minta maaf pakcik

dan aku tahu dia panik terutama apabila melihat adik bongsuku sedang menangis, aku tahu ketika itu dia hanya inginkan ibu pulang..ohh sangat ketara di wajahnya rasa rindu kepada ibu. tidak pernah aku mendengar dia menengking orang seperti itu. dan dilihat wajah kami melalui cermin hadapan..wajah kami yang sangat disayanginya.

Ketika aku bergelar siswi, aku hanya mendapat pnjaman PTPTN kadar yuran, (brengsek punya PTPTN kedekut..time suruh bayar bersungguh2 sangat..time aku nak pinjam kadar penuh punyalah susah nak bagi..ceitt!) dialah yang setia mem bank in duit belanja, duit buku, duit sewa rumah kepadaku setiap bulan tanpa mengeluh..dihatinya hanya satu, biar berhabis duitnya asal aku dapat menamatkan pelajaran dan mendapat segulung ijazah.

Jika aku senaraikan pengorbanannya terhadap kami, sungguh aku tidak mampu..sangat banyak..dia tidak terbalas olehku 5 beradik. sungguh dia setia dari kami kecil sehingga kami dewasa..wajahnya sudah bergaris, rambutnya sudah beruban, badannya sering sakit-sakit..tapi semangatnya tetap kuat..dia lah yang sering membakar semangatku untuk terus menghadapi dunia yang penuh pancaroba ini. dialah yang selalu mendoakan kebahagiaan hidup kami sekeluarga, dialah segala-galanya untuk kami..dialah Abah yang sangat kami sayang..

SELAMAT HARI BAPA pada abahku MOHD HAMDI BIN AWANG..tiada kata yang dapat menggambarkan rasa cinta dan sayang anakmu ini terhadapmu. semoga Tuhan kurniakan kesihatan dan kebahagiaan kepadamu. SITI SAYANG ABAH







Check out blog abahku : http://hamdiawang.blogspot.com/ :) kerana dia sangat suka berblogging dan aku tolong dia letak nuffnang dalam blog dia..

               

No comments: