Penyakit lupa aku semakin menjadi-jadi. aku sangat risau. kerana semalam aku nyaris2 mengundang padah. dan semestinya hubby sangat marah dengan perbuatan aku..padan muka (T_T). petang semalam balik sekolah perut rasa sangat lapar. kebetulan hubby aku balik awak..tak OT. jadi kami plan untuk makan kat luar sebab aku malas nak masak. plan awal lepas balik sekolah terus pergi makan tapi si hubby pulak kata better pergi lepas maghrib. lagipun dia nak tunggu member, ada hal sikit katanya. so, kena balik rumah dulu tunggu member dia. owh..aku mengamalkan minum air rebusan buah hawa untuk kesuburan. bila balik rumah, tiba2 rasa macam nak minum air hawa..jadi aku masuk dapur dan bila tengok dalam periuk air hawa dan makin habis, aku pun menggatalkan tangan untuk merebus lagi air hawa itu. mandi2, solat, dan member hubby aku pun datang..dan lepas tu kami terus keluar makan.
dengan enak sekali kami makan mi sup, nasi pataya, sate dan otak2 (melantak tak ingat) sambil menikmati bola sepak kelayakan Olimpik Malaysia vs Lubnan (Malaysia menang 2-1, sangat terer) pukul 10 kami pulang sebab LCD projector kedai tu macam problem je..kejap ada gambar, kejap takde..baik balik tgk kat rumah je, clear siap boleh golek2 lagi. tiba di rumah baru kepala otak aku teringat, maka berlari2 lah aku buka kunci rumah dan terus ke dapur..dah agak..asap berkepul2 kat dapur. hubby aku blur, apsal bini dia macam kena rasuk?? bila dia masuk dapur maka mulalah ceramah yang membingitkan telinga..pot pet pot pet pot pet pot dan pet lagi..nasib baik hanya periuk yang jahanam bukan seluruh rumah..sape2 ada ubat untuk penyakit lupa, silalah beritahu aku..adeii~
Buah hawa yang rentung
periuk hangit
cair sudah pemegang penutup periuk
Wahai kawan2 sila berhati-hati dan jangan bermain dengan api
No comments:
Post a Comment