Kengkawan sekalian..bayangkan anda menjadi seorang cikgu dan melihat anak2 murid anda meniru dalam peperiksaan dengan cara yang tidaklah terlalu obvious..apakah yang anda akan lakukan?
A) Menangkap mereka yang meniru dan dengan bangganya menyerahkan pelajar itu kepada guru disiplin
B) Membiarkan mereka meniru asalkan tidak menganggu gugat ketenteraman orang lain dan masih bawah kawalan.
C) Lalu disebelah pelajar yang meniru tu dan keluarkan ayat ini " korang ingat cikgu xtahu ke korang meniru..cikgu dulu pun selalu meniru macam korang"
Dan aku selalu pilih B. tapi kalau agak2 melampau sangat sampai bawak masuk buku teks letak bawah meja tu memang la patut memilih jawapan A dan lepas tu ajarkan dia tips meniru dengan bijak agar dia tidak tertangkap lagi di lain masa. Kalau pilih C memang nak mampos la..kantoi la..nanti bila anak2 murid meniru dan kita marah dia mesti ayat ni lak akan kluar dari mulut dorang "Ala..cikgu pun dulu suka meniru jugak, bagila kami peluang plak" konfom! dan ketika itu korang hanya mampu menganga. Kamon la..dulu masa zaman sekolah, zaman matriks, zaman kat U takkan la sekalipun tak pernah meniru atau terjebak dalam cubaan meniru dalam peperiksaan..melainkan memang dilahirkan jujur sejujur jujurnya sampai sanggup mendapat keputusan yang teruk daripada meniru.
Lecturer aku pernah berkata : "Orang yang ada peluang meniru tapi tak meniru dalam peperiksaan tu memang bodoh melainkan otak dia genius gila sampai boleh serap every single thing yang dia belajar dalam kuliah/kelas, tetapi, orang yang ada peluang meniru dan dia meniru tetapi terkantoi adalah lebih bodoh" see..aku berani potong kuku sambil berkata, lecturer aku dulu pun mesti kaki meniru jugak. Tiru meniru ni memang dah jadi perkara normal dalam masyarakat. Negara Jepun pun buat kereta Honda la Toyota la..sume tu tiru jugak..dorang tiru teknologi orang putih. pape pun aku tetap tak mampu beli kereta buatan Jepun lagikan kereta buatan orang putih. orang kata la..hasil dari meniru ni lebih better dari hasil orang yang ditiru..dan jangan marah jika dalam exam, korang bagi member korang tiru tapi markah dia lagi tinggi dari korang!
Ok2..sebenarnya aku nak kasi tips meniru untuk sesiapa yang masih blur cara peniruan yang berisiko rendah untuk kena tangkap. dan cara2 ni la antara cara yang aku selalu guna untuk meniru dalam exam. :)
#1: Guna kuku tangan (fingernail)
Tulis maklumat menggunakan pensil di kuku. Kalau cikgu datang nak tengok, cepat-cepat padam. tapi cara ni aku tak pernah cuba sebab kuku aku kecik je..nak tulis pun xbrapa nak muat.
#2: Guna mechanical pencil atau pen
Cara ni mesti guna mechanical pencil dan pen yang transparent supaya boleh masukkan kertas dalam tube pencil dan pen ni. Dah masukkan kertas bertulis nota atau formula tu, tutup balik cam biasa. Masa exam, boleh tiru dengan selesanya.
#3: Guna kalkulator saintifik
Cara ini memang popular. Selitkan nota kecil menggantikan kertas yang memang sedia ada di bahagian penutup kalkulator tu. Honestly cara ni lah yang paling aku suka buat. tapi aku tak selitkan kertas, aku tulis formula kat penutup @ badan kalkulator guna pensil..agak2 nak terkantoi tu gosokkan je pakai jari tulisan kat tutup kalkulator gerenti hilang..cari ni paling senang nak hapuskan bukti.
#4: Tengok kertas student lain
Cara ni paling senang. Buat-buat lenguh leher, pastu buat-buat cracking neck. Sambil tu, jeling-jeling jawapan kawan sebelah. Kalau buat selalu sangat, memang wajib ada yang kena ketuk plak kat kepala..haha..one more thing pastikan jiran sebelah tu bijak..kalo tak bijak xguna jugak tiru. elok2 jawapan dan betul, tengok kawan sebelah wat jawapan lain pastu tiru dia..terus salah, padan muka!
#5: Guna penutup pen
Lebih banyak pen yang ada penutup, lebih bagus! Nota penting diselit dalam penutup pen dan tutup pen macam biasa. Bila perlu, ambil la nota dalam penutup pen tu. Tapi jangan buat banyak kali, nanti kantoi.
#6: Tulis di atas meja
Yang ni pun popular. Tulis nota atau formula atas meja. Cikgu takkan asyik nak check meja je kan. lagipun kat meja tu macam2 seni penulisan ada, dari ayat jiwang sampai ayat "Kami belia benci cinta" wakakakakakaka! tulis la kecik2 je xyah nak gelojoh sangat. If kantoi, cakap la bukan sendiri yang tulis.
#7: Guna pemadam
Potong pemadam menggunakan pisau tapi jangan sampai putus, potong separuh je. Tulis nota di tempat yang dipotong tadi. Lepas tu, biarkan pemadam tu kembali macam keadaan asal. Bila nak tengok nota tu, bengkokkan sedikit pemadam tu dan boleh lah meniru dengan bijaknya.
#8: Tulis di lanyard
Kebanyakan sekolah sekarang ni mempunyai kad matriks yang dipakai bersama landyard. Nota atau formula di tulis pada landyard dan dipakai semasa peperiksaan. Kemudian jeling-jeling sket nota dan formula yang ditulis semasa peperiksaan.
#9: Guna MP3 player
Yang ini mungkin digunakan oleh mereka yang bertudung. Nota dirakam dalam format mp3 dan dimasukkan ke dalam mp3 player. Boleh dengar nota yang dirakam semasa menjawab peperiksaan. Tapi volume tu takyah la over sangat cam kat pusat karok plak.
#10: Label botol minuman
Ini memang agak popular di negara barat. Caranya label botol minuman ditanggalkan dan di’scan’. Selepas tu, digantikan maklumat label di botol tu dengan nota dan formula. Label dicetak dan ditampalkan semula di botol minuman. Tapi di Malaysia, selalunya pelajar diarahkan meletakkan botol minuman di lantai sebelah meja mereka. jadi susah sket cara ni.
#11: Label botol minuman 2
Cara menggunakan label botol minuman yang kedua ni lebih mudah. Untuk ini mesti menggunakan botol transparent. Label botol minuman ditanggalkan dan bahagian belakang label ditulis dengan nota atau formula. Kemudian label dilekatkan semula pada botol. Kalau tengok, memang boleh nampak tulisan belakang label tu sebab botol tu transparent.
#12: Guna tisu atau sapu tangan
Tisu dan sapu tangan ni merupakan medium yang paling senang nak guna masa exam. Sedikit nota atau formula ditulis pada tisu dan sapu tangan tu dan digunakan untuk lap apa-apa yang patut masa peperiksaan. Bila nak tengok balik nota tu, buat-buat la lipat sapu tangan tu. So, boleh check if ada yang bawa sapu tangan semasa peperiksaan.
#13: Cikgu, nak pergi toilet..
Okay, yang ini memang cara paling selesa untuk meniru. Jangan terkejut kalau ada yang jumpa nota di toilet semasa musim peperiksaan. nak tuduh sape kalau dah student ada beratus2 kat skolah..yang penting janganlah sengal pegi tulis nama kat buku tu dan limit 2 kali je gi toilet, kalo banyak2 kali mesti la orang syak melainkan reti belakon seolah2 diserang cirit.
#14: Tulisan braille buatan sendiri
Ini bukan untuk pelajar kurang upaya tapi merupakan salah satu cara untuk meniru. Caranya dua kertas diletakkan bertindih dan nota atau formula ditulis dengan menekan kuat masa pada kertas bahagian atas. Bawa kertas yang di bawah tu semasa peperiksaan sebagai alas jawapan. Memang nampak kosong tapi sebenarnya boleh nampak formula yang ditulis tadi. Macam tulisan braille lak kan..
#15: Guna getah lebar
Cara ni dilakukan dengan meregangkan getah tu dan menulis nota atau formula atas getah yang diregangkan tu. Bila siap tulis, getah dilepaskan ke keadaan asal. Memang tak nampak apa-apa nota pun bila dah dilepaskan.
[Sumber]
tengok gambar kat atas ni baru aku terfikir kenapa student U esp IPTS suka pakai seksi2..ooooooooo sebab ni rupanya.waakakaka
Selama mencuba adik2..ingat..kalau ada peluang meniru dan anda meniru tetapi tertangkap anda lebih bodoh daripada orang yang ada peluang meniru tetapi tak meniru..atau dengan bahasa sopannya tak bernasib baik. Kesimpulannya, nak masuk exam tu study la jugak, bukan masuk dengan kepala otak blank terus dan hanya bergantung 100% kepada proses peniruan.memang tak patut!
2 comments:
haha..klu kt pemadam tuh penah la kot wat skali..ops..kanto sdah..hahah
hhhmmm... finger nail tu mmg aneh...ape2 pun mngkin boleh digunakan dlm exam
Post a Comment