Musliha ialah seorang gadis kampung yang serba sederhana. Dia tinggal sebatang kara memandangkan ibu bapanya meninggal dunia dalam kebakaran. Wajah Musliha yang ayu dan tingkah lakunya yang sopan mencuri hati Ibrahim, jejaka sekampung dengannya. Ketika umur Musliha mencecah 20 tahun, dia bernikah dengan Ibrahim sebab dua2 pun dah miang semacam je. Akan tetapi nasib mereka sangat malang kerana setiap kali Musliha mengandung dan melahirkan anak, anak mereka pasti akan meninggal dunia. Tidak pernah sekalipun umur anak mereka sempat mencecah setahun. Jika dikira2 Musliha sudah 4 kali melahirkan anak. Masuk anak yang kelima, nasib mereka masih lagi sama. Anak kelima mereka meninggal dunia pada umur lima bulan. Musliha sangat sedih akan nasib yang menimpanya.
Pada suatu hari, sedang Musliha sedang menyapu daun2 kering di halaman rumah dengan memakai baju kurung Kedah dan kain batik, dia didatangi seorang Makcik yang cacat penglihatan yang tidak tahu dari mana datangnya memandangkan Musliha tidak pernah melihat makcik itu sebelum ini. Makcik itu kelihatan sangat kepenatan dan meminta segelas air daripada Musliha. Oleh kerana simpati, Musliha mengajak makcik buta itu masuk ke rumah dan menghidangkan air sunquick. Sambil minum2 makcik itu memberitahu yang dia dilahirkan buta sejak kecil lagi. Dia tidak pernah melihat dunia lagikan pula warna pelangi. Kerana suasana rumah Musliha yang sunyi, makcik itu bertanya....
Makcik : Sunyi rumah kamu ye..takde orang ke time2 camni?
Musliha : Takde makcik, saya sorang2 je kalo time cmni..suami sy kerja.
Makcik : Oooo..anak2?
Musliha : Tulah masalah saya makcik, (sambil menceritakan masalah kematian anak2 yang dilahirkan itu)
Makcik : Kesian kamu ye..kamu bagi dorang makan ape yg boleh mati tu?
Musliha : Saya kasi susu lah makcik.
Makcik : Susu? waddehell is susu tu? makcik kan buta, mana makcik tahu susu tu camne.
Musliha : Alaaa..susu yang kaler putih tu.
Makcik : Kaler putih? kaler putih tu ape mende? makcik kn buta..mana makcik tau kaler putih tu cmne.
Musliha : Putih tu cm angsa..alaa..angsa dalam cite dongeng Barbie and The Swanlake tu.
Makcik : Angsa tu ape benda nya pulak. makcik kan buta..mana makcik tahu rupa bentuk angsa tu cmne
Musliha : Cmni la makcik (sambil membuat bentuk angsa menggunakan tangannya lalu menyuruh makcik memegang tangannya itu)
Makcik : OoooooooOooOoOoooooooooooo patutlaaaa.
Musliha : Patut la ape pulak makcik ni?
Makcik : Patut la anak2 kamu meninggal. Kenapa kamu kasi dia susu putih macam angsa ni..kan besar, mestilah dorang mati sebab tercekik.
Musliha : Apa punya bangang la makcik ni!!
No comments:
Post a Comment