Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Friday, May 20, 2011

Arrrrrrr...aku terkantoi

Dari semalam lagi peperiksaan pertengahan tahun bermula. awal2 ni paper relax lagi cam PSV, PSK, PJK nnti dekat nak cuti baru paper killer cam math, sains, BM bla bla..dikala menjaga kanak2 ini menjawab peperiksaan mata tersinggah pulak kat dua kerat pelajar yang bersikap semacam je. macam tengah meniru..aku biarkan saja asalkan mereka tidak mengganggu pelajar lain dan proses meniru itu tidaklah seobvious mana. perlakuan dua pelajar itu membawa aku kepada zaman lampau..zaman aku berada di tempat mereka..zaman pecah kepala otak..zaman nerd nerd..tapi senerd aku di sekolah pun aku pernah dua kali kantoi meniru. satu paper kimia, satu lagi paper BM 1. aku tersenyum mengimbau kenangan lalu sambil membiarkan pelajar2 tekun menjawab kertas peperiksaan itu :)

BM1 ni aku kantoi masa tingkatan 2. Aku ingat lagi nama cikgu yang mengantoikan aku masa paper BM1 tu..nama dia Puan Hasnah. padan muka diri sendiri sebab sape suruh meniru kan kan..konon aku paling terer subjek BM sampaikan kawan sebelah nak bandingkan jawapan dia dengan jawapan aku. jadi dengan selamba bodohnya aku meletakkan kertas jawapan OMR betul2 di sebelah kanan meja supaya kawan aku dapat lihat semua jawapan aku..masa tu aku tengok kelibat cikgu hasnah ada kat depan kelas..line clear..tapi entah bila aku tak perasan tetiba cikgu Hasnah dah datang sergah belakang aku dan mengambil kertas OMR tu..kawan aku pun satu, nak salin jawapan tak agak2..salin gaya gelojoh pasti la cikgu Hasnah nampak. maka kami ditangkap kerana memberi tiru dan meniru. tapi hukuman tak berat pun sebab kami ni kira student yang baik2 masa dalam kelas sampai cikgu pun kesian nak denda teruk2.markah kami dipotong 50%..ahhhh gila nasib baik bijak, potong 50% pun masih dapat lulus.hahaha..betapa tumpulnya skil meniru waktu itu.

kekantoian kedua ialah kertas Kimia2 masa tu aku form 5. peperiksaan pertengahan tahun.. tapi sapa suruh jadual tak selaras kan. aku ada member skolah lain, jadual dia tak sama dengan jadual skolah aku cam aku exam kimia esok, dia dah exam hari ni. apa lagi aku call n tanya dia apa yang masuk pastu dia gitau semua soalan yang masuk. malam tu jugak aku karang semua jawapan kimia paper2 tu. esoknya masa nak exam aku menyelinapkan kertas semalam tu masuk dewan exam..kira bawak toyol la kan..nasib baik xde yang perasan. tapi kekantoian ni bukan berlaku masa dalam dewan tapi selepas dapat markah. cikgu kimia aku pelik tetiba aku yang bengap kimia ni bleh dapat markah yang tersangat excellent. lalu dia panggil aku dan menyiasat. siasat punya siasat aku terpaksa mengaku..dia guna nama mak beb..sapa tak kalah. actually mak aku pun cikgu kat skolah aku blajar tu. setelah merayu2 akhirnya cikgu tu setuju tak cakap kat mak aku pasal tu pastu dia suruh aku buat preksa lain..guna kertas lain yang lagi susah..padan muka lagi!

sejak pada hari tu aku insaf..bukan insaf nak meniru lagi, tapi insaf meniru tanpa skill..lepas pada tu macam2 skill meniru aku belajar..bohong la kalau aku cakap selama kat matriks, selama 4 tahun kat U aku xpernah meniru masa exam. cuma meniru secara bijak..lecturer pun ada kasi tips meniru secara bijak.kahkahkah..nnti kalo ada masa aku share ngn korang cara meniru secara bijak. Akhir kata, tak perlula buat macam gambar kat bawah ni kan..ni penderaan namanya..

sumber : google


No comments: