Apabila diri dilanda kesesakan duit yang teramat maka gatallah tangan ini untuk mengecek dan menyelongkar segala celahan beg duit, celahan handbag dan mengecek akaun bank. Walaupun dah tau keputusannya sangat menghampakan namun degil jugak nak cek. Maka, kliklah masuk ke dalam maybank2u dot com dan mengecek sisa balance yang ada. Terkejut beruk mat yeh bila aku tengok baki akaun maybank aku mencecah RM1000+..whoaaaaaaaaaaaa mana mungkin itu berlaku sedangkan seingat aku baki akaun maybank last aku cek ialah RM100+ je..mana datang lagi duit2 tu??
Dengan rasa excitednya aku memberitahu suamiku..apalagi, dia pun turut gumbira melihat pertambahan mendadak baki akaun aku tu..lalu dia membuat muka kesian untuk mintak sikit supaya dia dapat beli barang basikal..aiyakk~ dengan rasa tamak haloba kami bersiap2 untuk ke bank kerana mahu mengeluarkan duit itu..manalah tau kan, ada orang salah masuk duit dalam akaun ke kalau tak keluarkan nanti maybank amek balik..hahaha..dah sikap tamak menguasai kepala otak maka otak jadi xleh berfikir dengan waras. Sedang kami bersiap2 terlintaslah satu peristiwa..bulan ni aku menerima tunggakan BISP sebanyak RM1000+ dan duit tu masuk dalam akaun gaji aku iaitu bukan maybank. lepas tu, aku taknak terguna duit tu sebab nanti aku nak guna duit tu buat bayar roadtax jadi, aku keluarkan dan masukkan dalam akaun maybank sebab maybank aku mmg tak brapa nak aktif..jadi, duit seribu lebih tu duit aku sendiri yang aku lupa aku yang masukkan duit tu dalam akaun maybank..muahahahahhaa..hancur harapan suami untuk mngepau duit aku untuk membeli barang basikal..aku pun hampa jugak sebab baru perasan nak beli gelang mas ngn duit misteri tu..adeiii~ sekarang duit misteri itu tidaklah misteri lagi..padan muka aku sbb tamak sangat..padan muka aku jugak sebab nyanyuk..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
No comments:
Post a Comment