Kelas Peralihan sangat menstresskan aku..aku pun tak faham kenapa diwujudkan kelas peralihan ni sedangkan aku tak nampak apa2 keberkesanan pun..Student kelas peralihan ibarat diberi peluang honeymoon setahun dan mereka sedar perkara tersebut. Melangkah ke kelas peralihan umpama melangkah ke zon pecah kepala..dengan studentnya yang langsung tak faham bahasa Melayu dan fikiran mereka yang langsung tak matang terutamanya student lelaki. Ada yang main lari2, ada yang menyorok bawah meja, ada yang bergayut di pintu dan macam2 lagi aksi sarkas yang mereka lakukan. Aku ingatkan hanya waktu aku mereka buat perangai tak senonoh tu memandangkan aku ni berhati lembut. (akahakhaha - gelak dalam hati) tapi setelah mendengar luahan rakan2 setugas ternyata mereka tidak mengira sesiapapun kecuali guru Bahasa Cina yang sangat garang dan tanpa waswas akan melempang mereka yang bersikap kurang ajar. Tambahan lagi memang mereka faham apa yang cikgu tu cakap.. Selalunya, apabila ditegur mereka akan menganga sebab tak faham dan ayat yang selalu aku dengar dari mulut mereka ialah "Kami Cina maaaa..buat apa mau blajar Melayu?" pandai pulak dorang cakap Bahasa Melayu. Ikutkan hati kering aku, dah lama aku jawab satu jawapan yang menjurus ke arah racist..lebih baik aku simpan saja jawapan itu untuk menjaga etika walaupun aku tahu mereka tak akan faham. walaupun kerap kali dikenakan tindakan disiplin, sikap mereka akan berubah selama beberapa jam dan kembali kepada sikap asal yang terkinja kinja. Namun, aku sangat kasihan dengan student perempuan yang sangat mempunyai effort untuk memperbaiki Bahasa Melayu..setiap kali aku masuk, mereka akan mengeluarkan buku dan bersedia untuk belajar. dan sememangnya konsentrasi mereka akan terganggu dengan kebisingan dan gaya sarkis rakan2 sekelas mereka. Ohh..aku sangat bahagia pada hari Khamis sebab xde kelas peralihan.
Satu petang, selepas menamatkan pelajaran mengeja, dan masa masih berbaki 5minit, pelajar2 perempuan bertanya adakah boleh menukar jantina daripada perempuan kepada lelaki.walaupun dengan ayat tunggang terbalik dan begitu payah mereka menyusun ayat tapi aku cuba untuk faham.terbeliak bijik mata aku mendengar soalan dari mereka. lantas aku bertanya kepada mereka kenapa soalan itu ditanya. mereka menjawab jika mereka mahu mencari pasangan, mereka akan mencari pasangan perempuan yang telah transform kepada lelaki dan berkahwin dengan mereka. mereka akan mengambil anak angkat supaya dapat anak angkat menjaga mereka apabila sudah tua.sangat gatal walaupun baru berusia 13tahun namun pemikiran mereka sangat jauh kehadapan. apabila aku memberi penjelasan yang menukar jantina itu salah di sisi agama dan undang2 mereka seakan2 protes dan tidak bersetuju. setelah menyiasat dengan soalan2 susulan, akhirnya mereka mengaku yang mereka sangat takut dengan lelaki apabila melihat gelagat rakan2sekelas yang terlalu hyperaktif sehingga menjurus kepada sikap terencat. dan mereka takut satu hari jika dtakdirkan berkahwin, mereka akan mendapat suami yang bersikap sama seperti rakan2 lelaki sekelas dan mereka juga turut menyatakan tiada seorang pun rakan lelaki sekelas mereka yang hensem yang menepati citarasa mereka tidak seperti perempuan yang bertukar menjadi lelaki yang kelihatan sangat hensem dan jambu. adeiii~
2 comments:
hahaha teringat dekat kawan chinese dulu baik sangat, dia kata kenapa u tamo cakap cina? pastu saya kata, cina tak pernah cakap cina sama saya.. hahahha
bila diperhatikan, pelajar2 cina sgt respek kat ckgu2 melayu yg tau ckp cina.yg xtau ckp cina dorang buat dekk je.
Post a Comment