Ini kisah aku..seorang wanita yang selalu menjadi bahan hina dan keji masyarakat. Aku mendirikan rumah seawal umur 20 tahun. tangga hampir 12 tahun tetapi aku dan suami masih belum dikurniakan cahaya mata. Sudah bermacam cara aku usaha dari klinik, doktor pakar, bidan..dan pelbagai jenis ubat telah aku telan..pil, makjun, air akar2 kayu dan banyak lagi namun rezeki masih belum menyebelahi kami. Aku terfikir adakah impak jatuh terduduk yang sangat kuat ketika aku berumur 17 tahun menyebabkan aku sukar untuk mengandung? banyak kali aku pergi mengurut dan banyak kali jugalah aku bertemu pakar sakit puan. banyak duit dihabiskan..
Aku terpaksa pekakkan telinga..banyak suara sumbang yang mengatakan aku mandul, aku bukan wanita sejati kerana tak dapat mengandung dan melahirkan anak. Aku dan suami telah banyak mencuba pelbagai posisi mengikut kata teman2. masih belum berhasil. Semakin hari semakin tawar hubungan kelamin kami. suami juga seakan2 menyalahkan aku..aku semakin tertekan apabila dia selalu bercerita tentang ahli keluarganya yang kononnya subur dan dapat menghasilkan zuriat dalam tempoh masa tidak sampai 2tahun perkahwinan. Satu hari yang meremukkan hati aku, aku terdengar percakapan antara suami dan ibu mertuaku. Ibu mertuaku mencadangkan suamiku berkahwin lagi. katanya, apa guna menyimpan isteri mandul yang tak dapat memberikan cucu kepadanya. Aku diam, air mata kutahan.
Satu hari, suami membawa aku makan di tempat yang sangat istimewa. entah kenapa hati ini merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. tepat seperti yang dirasakan, malam itu suamiku menyatakan hasratnya untuk berkahwin lagi dengan gadis pilihan ibunya. alasannya untuk mendapatkan zuriat. genang air mataku tak dapat ditahan lagi, jatuh bagai hujan yang turun. aku cuba untuk kuatkan hati. entah kenapa diri ini tak rela untuk dimadukan. biarlah aku tak mendapat payung emas. aku bersetuju dengan permintaan suamiku dengan syarat aku diceraikan. terkedu suamiku mendengar ayat itu keluar dari mulutku. biarrlah aku mengundur diri..apa guna aku terus ada dalam hidupnya jika aku hanyalah seorang wanita mandul yang tidak memberi apa2 keistimewaan dalam hidupnya. selepas perbincangan demi perbincangan maka persetujuan dicapai, suamiku menceraikan aku dengan talak satu dan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya. aku redha jika inilah takdir hidupku.
Satu petang setelah 2 tahun hidup menjanda, ibuku memberitahu sesuatu yang membuatkan aku tergamam. katanya, ada seorang duda anak satu datang merisik dan mahu mengambil aku sebagai isterinya. bagaikan trauma dengan kisah rumah tangga yang gagal, aku menolak namun bila aku fikir-fikirkan, sampai bila aku harus menyusahkan ibu bapaku yang telah tua untuk menanggung makan pakaiku yang tidak bekerja ini..akhirnya aku bersetuju dan diijabkabulkan dengan seorang duda tersebut. Aku bahagia dengannya, seorang lelaki yang penyayang. 8 bulan kami mendirikan rumah tangga, kami dikejutkan dengan satu berita yang langsung tidak terlintas di fikiran..aku mengandung! hanya Tuahn yang tahu betapa gembiranya hati aku ketika itu..ibarat mahu menjerit mengumumkan berita gembira itu kepada seluruh penduduk kampung. Pada usia 34 tahun, akhirnya aku berjaya membuktikan yang aku tidak mandul. 9 bulan kemudian aku melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang comel. Setahun kemudian, aku dan suami dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki. puas hati aku kerana dapat membuktikan segala tohmahan kepadaku selama ini semuanya salah!
sedang aku dan suami bersantai sambil membelai anak2 kecil kami, pintu rumahku diketuk. Bagai terkena renjatan melihat tetamu yang datang di muka pintu rumahku. bekas suamiku! suamiku menerima kehadirannya dengan baik. sebenarnya kehadirannya adalah untuk meminta maaf terhadapku atas apa yang pernah dilakukan dulu. sambil menangis, dia menyatakan rumah tangga yang pernah kami bina itu dulu hancur kerana keegoannya sendiri. sekalipun dalam tempoh 12 tahun perkahwinan kami dulu, tidak pernah dia cuba untuk memastikan masalahnya berkenaan kesuburan. sikap ego yang begitu tinggi membuatkan dia takut untuk menerima kenyataan yang dialah yang sebenarnya yang mandul dan bukannya aku. namun kebenaran itu terbongkar selepas perkahwinan keduanya juga gagal untuk menghasilkan zuriat, dia gagahkan diri untuk memeriksaan keadaan kesuburannya. ternyata, dialah yang mengalami masalah, bukannya aku. selama ini duit beribu habis untuk sia-sia sahaja. aku yang menjadi mangsa keadaan, aku yang menjadi bahan keji dan hina orang termasuk ibu kepada bekas suamiku sendiri. aku yang dibuang setelah puas dicaci. aku yang disalahkan atas perkara yang bukan salahku.. dan sekarang..aku bahagia dengan kehidupanku. ternyata Allah maha adil, Dia memberikan aku nikmat hidup berkeluarga setelah aku diuji dengan ujian yang sangat hebat.
.
2 comments:
Allah lindungi insan yang teraniaya.. lagi2 isteri yang sangat baik ..
nice :)
thanks..kesian kt golongan isteri yg sering dipersalahkan.apa salahnya golongan suami turunkan ego pegi cek kesuburan..ni main tuduh je :)
Post a Comment