Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Tuesday, August 23, 2011

Time changed


in a  class:

Student: teacher, boring lah...
Teacher: Boring? what do u mean boring?
Student: sleepy...
Teacher: if u are bored..if u r sleepy..why don't u just go home and sleep.

the teacher passed the handouts around.the class was so noisy.. she briefly explained the task..
Teacher: keep that as your homework

student: alaa nak buat bile?
Teacher: buatlah thn dpn pon.kalo xnak buat pon xpe.cikgu xpe,cikgu dah pandai..x pyh buat.
                tetiba rasa hilang mood nak ngajar...
Student: Tau xpe...

the teacher took all her things on the table and left.class silent.....

**i knew everyone was tired since this is the fasting month.and i knew u had class before my class.. when i entered the class at 5.40 pm, there were only 7 of you there.. i waited till everybody turned up.

i was tired too..  i was highly motivated to attend the class and share those things i had in mind. i dealt with the photocopy machine before i went to ur class because there were papers stucked in there. and i didn't go to photocopy shop to make copies for you because i want to provide them free for u.it was ok coz i believe it is my obligation to provide u with the handouts..to ease u people. i never mad at you eventhough u asked silly questions repeatedly, i never scold u for giving me stupid answers to my questions.. i never felt tired to explain simplest things to you again and again..i felt pity when u spelled "masyarakat" as "masykat", "personifikasi" as "persokafinasi". i never laughed at you when u spelt durian as durin, duran....

i never pissed off when each time i asked for volunteer, nobody wanted to become one.i called names but you refused to answer.. i give you time to finish your work but you never did.u said u understand every single thing taught in the class but when i asked u to explain to the class..u could not. u never tried to speak up and i never lost my temper...

when i was a student, i begged the teachers to give me extra work so that i would have better grades... i never said a word though the class was killing me.. i sat still till the end of the class though the teachers glued his butt on the chair while teaching. i never complained whenever i had to buy books that costed me a lot...i made copies of notes on my own.. i  redo my assignments so many times... and those are the sweetness of being a student...

time changed.......



               

Saturday, July 16, 2011

Terima kasih anak-anak

Hari ini cikgu bersemangat waja,
Cikgu dah dapat terima hakikat yang tidak selalu yang cikgu inginkan akan tercapai,
Macam cikgu nak ajar Sains tapi tak dapat2,
Cikgu sabar je..Lepas kursus BM, cikgu sangat tertarik dengan mata pelajaran itu,
Kemudian cikgu ambil masa sehari cikgu tengok2 buku BM,
Cikgu rujuk internet,cikgu tanya cikgu2 lain yang berpengalaman,
Bila dah buat begitu, baru cikgu sedar BM ni menarik,
Lalu cikgu dapat idea bagaimana nak menarik perhatian anak2 dalam kelas cikgu,
Sebelum ini cikgu buntu,bagi cikgu tiada apa yang menariknya mata pelajaran BM ni,
Tapi..ternyata cikgu silap.

Cikgu sediakan pelbagai edaran dan bahan bantu mengajar,
Tak mengapalah cikgu gunakan duit cikgu,
Sebab pentadbir kata cikgu-cikgu dah tak boleh guna mesin fotostat lagi,
Dah over budget katanya,
Alaa, 34x3 helai cikgu rasa tak salah kalau cikgu belanja,
Untuk sampaikan ilmu pada anak2 cikgu.

Dalam kelas cikgu bagi anak2 dengar lagu Cinta Teragung dari Hazama sebagai set induksi,
Anak-anak semua suka, ada yang turut menyanyi, cikgu pun turut menyanyi,
kemudian cikgu tanya, siapa penyanyi lagu itu?
Semua jerit HAZAMAAAAAAAAAA!! (kecuali beberapa pelajar cina yang tak kenal Hazama tu siapa)
Cikgu tanya lagi, apakah program yang disertai Hazama yang menobatkan dirinya sebagai juara?
Semua jerit AF!!!!!!!!!!!!
Bagus anak2 cikgu,
Kemudian cikgu tanya, anak2 tahu atau tidak apakah Program Realiti TV?
.........senyap (dalam hati cikgu, AF tahu, realiti tv tak tahu plak)
Cikgu terangkan apa itu Rancangan Realiti TV dan cikgu bagi edaran..
Sepanjang pengajaran dan pembelajaran, anak2 bagi respon yang cukup bagus,
Mungkin kerana topik berkisarkan dunia hiburan,
Cikgu tahu anak2 suka,

6:30 petang, kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinggggggg!!
Baiklah semua, kamu semua boleh pulang, jangan lupa tugasan yang cikgu beri,
Terima kasihhhh cikguuuuuu!!
Dan waktu anak2 bangun dan pulang, cikgu lihat ada kertas bertaburan di lantai,
Ada yang tercap tapak kasut, ada yang tergumpal, ada yang terkoyak, ada yang terconteng
Cikgu ambil dan tengok, itu kertas edaran yang cikgu beri tadi,
Penat lelah cikgu dibayar dengan cara itu,
Terima kasih anak-anak........



               

Friday, June 24, 2011

Tragedi Buah Hawa




Penyakit lupa aku semakin menjadi-jadi. aku sangat risau. kerana semalam aku nyaris2 mengundang padah. dan semestinya hubby sangat marah dengan perbuatan aku..padan muka (T_T). petang semalam balik sekolah perut rasa sangat lapar. kebetulan hubby aku balik awak..tak OT. jadi kami plan untuk makan kat luar sebab aku malas nak masak. plan awal lepas balik sekolah terus pergi makan tapi si hubby pulak kata better pergi lepas maghrib. lagipun dia nak tunggu member, ada hal sikit katanya. so, kena balik rumah dulu tunggu member dia. owh..aku mengamalkan minum air rebusan buah hawa untuk kesuburan. bila balik rumah, tiba2 rasa macam nak minum air hawa..jadi aku masuk dapur dan bila tengok dalam periuk air hawa dan makin habis, aku pun menggatalkan tangan untuk merebus lagi air hawa itu. mandi2, solat, dan member hubby aku pun datang..dan lepas tu kami terus keluar makan.

dengan enak sekali kami makan mi sup, nasi pataya, sate dan otak2 (melantak tak ingat) sambil menikmati bola sepak kelayakan Olimpik Malaysia vs Lubnan (Malaysia menang 2-1, sangat terer) pukul 10 kami pulang sebab LCD projector kedai tu macam problem je..kejap ada gambar, kejap takde..baik balik tgk kat rumah je, clear siap boleh golek2 lagi. tiba di rumah baru kepala otak aku teringat, maka berlari2 lah aku buka kunci rumah dan terus ke dapur..dah agak..asap berkepul2 kat dapur. hubby aku blur, apsal bini dia macam kena rasuk?? bila dia masuk dapur maka mulalah ceramah yang membingitkan telinga..pot pet pot pet pot pet pot dan pet lagi..nasib baik hanya periuk yang jahanam bukan seluruh rumah..sape2 ada ubat untuk penyakit lupa, silalah beritahu aku..adeii~



Buah hawa yang rentung

 periuk hangit


cair sudah pemegang penutup periuk

Wahai kawan2 sila berhati-hati dan jangan bermain dengan api


               

Sunday, June 19, 2011

Dialah segalanya~

Masih segar dalam memori sewaktu aku kecil, aku sangat nakal. pernah satu hari kepalaku luka terkena kaca almari yang pecah akibat disondol olehku sendiri..masa tu tengah main2 dengan abang..aku menangis takutkan darah (padahal tak sakit pun)..dialah yang menenangkan aku, memujuk aku. waktu aku dan abang ponteng mengaji lalu terkantoi..dia menunggu kami di muka pintu bersama rotannya yang panjang..kami dipukul (padan muka)..waktu aku jatuh basikal akibat abang berangan menjadi perempit dan mengangkat tayar depan, dia sangat marahkan abang kerana gagal menjaga adik dengan baik. ketika basikal sate ikan a.k.a lokcing melalui depan rumah dan aku meronta2 ingin membeli, dia lah yang menjerit memanggil2 brader sate ikan itu. sebab kalau tak panggil, nescaya telinganya akan dijamu dengan tangisan mengada-ngadaku. sewaktu dia dan ibu singgah di kedai perabot untuk survey sofa, aku berkenan dengan kerusi malas rotan dan meminta dia membelikan kerusi rotan itu, dia buat dengar tak dengar dan memanggilku pulang, aku merajuk, menangis dan mencampak selipar keluar tingkap kereta ketika kereta sedang dipandu olehnya..teruk aku kena marah (padan muka lagi)

Paling tak boleh aku lupakan, ketika ibu menyambung pelajaran di johor, dialah yang bertungkus lumus menjaga kami 5 beradik. pada satu malam dia menjemput kami pulang dari rumah nenek..ketika itu aku tingkatan 1.satu kereta dihadapan kereta kami membrek secara mengejut menyebabkan adik bongsu terhantuk dengan kuat di dashboard, nasib baik dia tak mereng..semahu-mahu tidak dia mengejar kereta itu dan menyuruhnya berhenti..dialog yang aku tak akan pernah lupa sepanjang hidupku

Dia : Kenapa ni?? (nada yang tinggi)
Pemuda : maaf pakcik, saya brek sebab ada kucing melintas tadi
Dia : Kucing?? kamu tengok dalam kereta pakcik dan beritahu pakcik, nyawa kucing atau nyawa mereka lagi penting?
Pemuda : maaf pakcik saya tak perasan
Dia : mana boleh main tak perasan ni melibatkan nyawa
Pemuda : saya minta maaf pakcik

dan aku tahu dia panik terutama apabila melihat adik bongsuku sedang menangis, aku tahu ketika itu dia hanya inginkan ibu pulang..ohh sangat ketara di wajahnya rasa rindu kepada ibu. tidak pernah aku mendengar dia menengking orang seperti itu. dan dilihat wajah kami melalui cermin hadapan..wajah kami yang sangat disayanginya.

Ketika aku bergelar siswi, aku hanya mendapat pnjaman PTPTN kadar yuran, (brengsek punya PTPTN kedekut..time suruh bayar bersungguh2 sangat..time aku nak pinjam kadar penuh punyalah susah nak bagi..ceitt!) dialah yang setia mem bank in duit belanja, duit buku, duit sewa rumah kepadaku setiap bulan tanpa mengeluh..dihatinya hanya satu, biar berhabis duitnya asal aku dapat menamatkan pelajaran dan mendapat segulung ijazah.

Jika aku senaraikan pengorbanannya terhadap kami, sungguh aku tidak mampu..sangat banyak..dia tidak terbalas olehku 5 beradik. sungguh dia setia dari kami kecil sehingga kami dewasa..wajahnya sudah bergaris, rambutnya sudah beruban, badannya sering sakit-sakit..tapi semangatnya tetap kuat..dia lah yang sering membakar semangatku untuk terus menghadapi dunia yang penuh pancaroba ini. dialah yang selalu mendoakan kebahagiaan hidup kami sekeluarga, dialah segala-galanya untuk kami..dialah Abah yang sangat kami sayang..

SELAMAT HARI BAPA pada abahku MOHD HAMDI BIN AWANG..tiada kata yang dapat menggambarkan rasa cinta dan sayang anakmu ini terhadapmu. semoga Tuhan kurniakan kesihatan dan kebahagiaan kepadamu. SITI SAYANG ABAH







Check out blog abahku : http://hamdiawang.blogspot.com/ :) kerana dia sangat suka berblogging dan aku tolong dia letak nuffnang dalam blog dia..

               

Thursday, June 16, 2011

Dara atau tidak?


Dulu waktu zaman bergelar pelajar, banyak benda yang aku tak tahu. Member2 aku selalu cerita tentang dara dan gadis kehilangan dara. dah hilang dara kira bukan gadis la kan? macam2 lah teori karut tentang tanda2 seseorang perempuan itu sudah tiada dara masuk ke pendengaran aku. Sekarang bila dah dewasa sket aku dah mula tahu. 

Sebenarnya, mana ada tanda tanda secara fizikal untuk tahu perempuan tu dara lagi ke tidak. Kalau nak sangat tahu, pergi buat hubungan sex. Tahu lah kau nanti. Kalau tak pun paksa awek sendiri pergi check kat doktor sakit puan. Who cares about virginity right? Kata love is blind.

Dara/teruna tu pengukur cinta kau orang ke? Bukan kan? Nak sangat perempuan yang ada dara. Habis kau pasti kau masih teruna? Padahal teruna dah hilang kat tangan kanan sendiri *kofkofkof*.

Ini antara tanda tanda mitos perempuan masih dara yang tak boleh diterima pakai langsung sebab no scientific fact at all.

1. Puting berwarna pink.


Aku rasa mesti ada lelaki yang masih menggunakan konsep ini. Lelaki macam ni banyak tengok porn kat redtube dengan youjizz. Porn porn yang ada blonde girls mostly. Kau kena tahu most Asian woman tak ada puting kaler pink ni seperti most Asian woman tak ada rambut blonde melainkan dia warna sendiri rambut tu atau faktor genetik. Kalau nak puting kaler pink, pergi lah ngorat mana mana minah salleh.

p/s: if your boy request a pink nipples from you, who not you request a pink dick head from him?

2. Tumit berwarna merah.
Aku dengar mitos ni kat sekolah dulu. Kelakar weh. Kenapa tengok tumit perempuan untuk tahu dia dara ke tak? Tumit is nothing do with dara or not. Kalau merah maksudnya dara lagi. Kalau putih putih merah maksudnya dara dah pecah. Apa punya teori lah ni. Memang lah putih putih merah sebab perempuan tu mengalami kulit merekah kat tumit kaki. Habis kalau tumit kaki orang berkulit hitam manis tu putih melepak, maksudnya tak ada dara ke weh? (lol)

3. Bontot jatuh.
Kau ingat semua perempuan ada bontot tonggek ke? Hey. Aku salah seorang perempuan yang mempunyai bontot leper. Aku tak tahu lah macam mana rupanya bontot tu jatuh. Can't imagine it. Lagipun aku tengok mak cik aku yang ada 4 anak tu, bontot masih tonggek kot. Badan pun masih slim. Cuma sedikit buncit. How come is that?

4. Vagina berwarna pink. 

*sofa vagina yang berwarna pink*
Kalau kaler pink kat bahagian tu maksudnya masih belum ditebusi oleh kemaluan lelaki. Banyak tengok 3GP woi laki macam ni. 3GP Malaysia. Vagina pink ke hitam ke bukan penentu dara ada ke tak ada. Hitam mungkin sebab kesan dia cukur bulu kat sana. Cuba kau tengok ketiak kau sekarang. Ada tak warna hitam kesan kau selalu sangat cukur buku ketiak sampai ketiak kau jadi hitam. Pink sebab ikut warna kulit dia lah. Kalau cerah macam cina pink lah. Kalau hitam macam negro tak kan nak expected vagina dia kaler pink plak?

Ha. Tu je lah kot 4 mitos yang kita dah biasa dengar. Nama pun mitos. Kenapa nak percaya lepas tu aplikasikan dalam kehidupan plak tu.

Oh btw, sekarang teknologi canggih. Selaput dara palsu pun ada tahu? Tak caya? Masuk sini. Ada woi selaput dara tipu dorang jual kat lorong gelap. Kalau dah nikmat sangat. Peduli apa selaput dara tu palsu ke ori - kekekekeke.

Kalau dara dia pecah sebab aktiviti lasak macam mana? Kau nak salahkan siapa? Accept who she is now kalau betul lah hati kau sayangkan dia. Tahu tak ada perempuan yang tak pecah dara masa malam pertama bukan sebab dia dah tak ada dara. Tapi selaput dara dia tebal sangat. Susah nak koyak. Maybe kau kena push harder (lol).

Kredit to Amoi untuk post ini :)