Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Thursday, December 16, 2010

**Seks..Seksi..Seksa**

Pepagi terasa gatal tangan lak nak wat post pasal ni..ehehe.biasalah bila mata dah celik pagi2 ni mmg xleh nak tido balik. udah biasa cmtu..lgpun jgn biasa amalkan tido lepas solat subuh nanti rezeki susah nak masuk. Kalo yg jenis langsung xbangun solat subuh tu..uhh xpatot..bawak2 la insaf ye..Tadi masa tgh selongkar email ada lak satu email tu iklankan saya ebook Kamasutra bergambar..kt dalam buku tu ada 102 posisi seks untuk dicuba..haishh..lom kawen jgn cuba ya!! (amaran keras)


Memang la pasangan yg dah kawin ni bebas utk explore macam2 posisi untuk elakkan bosan semasa bersama. Kalo dh tiap2 kali bersama duk guna posisi sama je kan bosan tu. Bayangkan 5 tahun kawen asek cmtu je..haishh..kena gak la ubah  tapi kan..tapiiii..sy ada lak terbaca bukan semua posisi ni selamat utk diamalkan..ada beberapa posisi yang kalo boleh elak silakan elak sebab nnti akn beri kesan sampingan yg negatif.
Cekdisout..

1) Posisi Stand and Carry/The Body Builder
- Kalo posisi cmni utk pasangan yg si isterinya kecik gitu..leh angkat2 di mana si suami mendukung isterinya dari hadapan..Kalo dh isteri gedabak besar cmne la suami nak angkat..tp bagus jugak suami xlarat nk angkat isteri..xyah wat posisi berbahaya ni. Kenapa posisi ni bahaya? mengikut kajian pakar posisi ini akan memberikan beban kepada suami. Kadang2 berat isteri ni xbalance dengan tenaga suami..takut2 nnti bila dh angkat2 pastu tgn dh krem tlepas plak isteri tu..Lagi teruk kalo isteri jatuh mendarat pulak dengan punggung..bahaya tu bahaya..terhempas punggung leh beri kesan kat bahagian peranakan tau..jgn memain..Pastu kalo isteri terjatuh gak, zakar boleh terpele'ot ke arah yg salah (ke bawah). Lagi satu posisi ni leh menghalang peredaran darah ke kaki sebab dihalang oleh beban isteri. Kalo agak2 nak cuba jugak sandarkan ke tembok untuk mengurangkan beban..at least ada sokongan.


2) Posisi The Triple Lindy
- Udah rupa ape lak sy tgk posisi ni..hahahaha..mcm main2 terbang2. Posisi ni pun utk isteri yg kecik dan ringan pastu isteri plak kenalah ada otot abdomen yg kuat utk angkat kepala cmtu. Suami lak grip pinggang isteri. Posisi ni pun berisiko mcm Stand and Carry sbb takut suami terlepas pegangan isteri..bayangkan tiba2 terlepas..hohh..udah semestinya isteri akan cedera dan yg paling menakutkan boleh menyebabkan zakar patah..Ouchh!!


3) Posisi The London Bridge
- Ni sambil2 buat aksi akrobatik. Patut la nama dia London Bridge sbb suami tu bertindak sebagai jambatan. Bahayanya posisi ini ialah kepada suami..suami terpaksa menahan beban di pinggang dan kaki dan tangan dan menyebabkan kekejangan. Melainkan isterinya lebih tinggi dan dapat bertahan di kaki untuk mengurangkan beban kepada suami..Boleh salah urat jugak ni..Ermm..


4) Posisi The Incline Leg
- Posisi ni membahayakan suami di mana yg kita tau zakar tu kn biasa bengkok ke atas..jd kalo posisi ni menyebabkan zakar membengkok ke bawah dan mengubah anatomi semulajadi zakar..ish3..Kalaulah tetiba isteri tu lost control kn..dia tergelicir ke belakang..hohh apa jd pada zakar suami?? Ouchh lagi!!


5) Posisi The Wheelbarrow
- Posisi ni mmg sesuai la dgn nama dia..dh mmg upe kreta sorong pun..bahayanya posisi ni ialah kepada isteri. yg terpaksa menahan beban badannya menggunakan tangan. Jika keadaan begini dibiarkan terlalu lama akan memberikan kesan pd otot2 tangan isteri dan yg lebih teruk lg boleh mnyebabkan si isteri pengsan..Hohh..make love sampai pengsan..mmg dasyat!



6) Posisi Furniture
- Posisi ini memerlukan suami memangku isterinya di mana isteri membelakangi suami dan dilakukan di atas kerusi. Biasanya posisi ni dilakukan ketika isteri sedang hamil..tp kalo dh hamil xyahlah gatal2 guna kerusi..kalo jatuh kang susah. Bahayanya posisi ni ialah kalo beban dua2 tu melampaui batas boleh menyebabkan kerusi patah.hahahaha..Paha dan punggung suami plak terpaksa menahan bebas isteri..kalo nak ringankan beban tu silalah si isteri menurunkan kakinya dan tahan sket berat badan diri sndiri.


7) Posisi Lap Dance
- Posisi ni plak si isteri letak kaki kat bahu suami, suami duduk cm dlm gbr tu. Yg bestnye posisi ni sbb suami leh bg penetrasi yg dlm kepada isteri..tapi kesannya suami yg dapat..bila dh duk cmtu of course la menghalang pengaliran darah ke kaki suami..menyebabkan kaki menjadi semut2.hahah..leh buat krem otot2..


Tu saja 7 posisi seks yg membahayakan yg sy leh kongsi utk post kali ni. Ingat ye..kita kawin ni utk jangka masa panjang (dengan izin Allah) jgn plak cuba posisi pelik2 smpai memberi kesan buruk pulak..nnti merana seumur hidup..Ohh tidakk~ Cubalah posisi lain yg memberikan keselesaan pada kedua2 belah pihak :)

Tuesday, December 14, 2010

2kg pun nak kecoh

Uhhh..terimalah akibat xleh menahan sabar..setelah hampir menghabiskan induction untuk diet Atkins (sumenye 14hari) akhirnya terkantoi plak di hari ke9..adoiyaii terpaksa restart balik ke hari pertama..mana tahan..mana tahan!! masak la chinese food ke..western food ke..japanese food atau italian food sekalipun xkan dapat menggugat kesabaran sy ini tapi..sy betul2 kalah dgn masakan kampung..bila tgk ikan singgang, kerabu perut(babat), ulam raja + pucuk ubi celur ngan budu..pehhhhhhhhhh~ Memang sy xbg can utk makanan2 itu dibiarkan tanpa dimakan.hahahhaa..penangan budu yg dibawa balik dr Kelantan membuatkan sy lupa diri.. Tapi..terima kasih encik Dr. Robert C. Atkins kerana memperkenalkan diet ini. Walaupun terkantoi di tengah2 percubaan, berat saya sudah berkurangan sebanyak 2kg 400 g. (Walaupun sedikit sengsara) tapi sy suka sbb berat sy turun tnpa perlu bersenam..honestly sy xsuka bersenam! xtau la keterkantoian ini memberi impak sebanyak mana nnti..sy xsabar nk timbang esok.
Oh yaa..selain sy amalkan diet Atkin ni sy jugak ada amek Apple Cider satu sudu setiap pagi cmpur dlm segelas air suam pastu minum (pastikan minum sebelum amek brekfast). Actually Cuka Apple ni sy dh amalkan sebelum sy kawen lg (sbb tu berat sy maintain aja) tp lepas stop terus allignment bdn lari..Dulu saya amek Apple Cider yg keluaran Cosway tp baru2 ni sy cari org Cosway kata cuka apple tu dh xdikeluarkan lg..dan ditukarkan kpd bentuk jus dan pills jadi skarang ni sy bertukar plak ke Apple Cider Heinz. boleh didapati di mana2 farmasi.lebih murah dr cosway punye.hehe. Pastu malam2 sy akan minum secawan teh jamu (Mustika Ratu punye Jamu Tea). Esok pagi grenti penyahtinjaan berlaku dengan lancar sekali..hahaha~ Pastu saya amalkan jugak Bidadari dari DCL (2 sudu besar setiap pagi dan malam)..sy suka taglinenye "Setiap malam adalah malam pertama" auwww~ Suami sy jugak suka. hak3

Ni Heinz Apple Cider Vinegar..botol besar hrga dia RM12.90 yg kecik RM7.90
Ni Bidadari keluaran DCL (ibu mengandung jgn minum tau)

Nnti sy update lg apa dh jd pd saya setelah mengdiet Atkin kan diri ya..maybe kalau berat sy dh betul2 mencapai berat idaman sy letakkan skali gbr sy..aummm~

Saturday, December 11, 2010

Aku dan Kelate (Episod : Kenapa???)

Bila disebut negeri asal saya Kelantan ramai yang memandang rendah terhadap saya..salahkah saya dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan? Memang..memang Kelantan tiada panggung wayang, memang Kelantan tiada shopping complex seperti Mid Valley atau One Utama. tapi kenapa isu itu perlu diperbesarkan? satu ketika dulu semasa saya belajar di IPTA di Tanjung Malim, salah seorang kawan saya bertanya "Betulke Kelantan kalau buka TV waktu maghrib kena saman?" Jika difikirkan secara logik akal..siapakah yg akan mengetuk pintu setiap rumah untuk memeriksa adakah rumah itu membuka TV pada waktu maghrib semata2 untuk menulis surat saman? "Jannah. kat Kelantan ada KFC x?" Ya Allah..sebegitu kolot pemikiran seorang bakal pendidik sehinggakan soalan begitu boleh terkeluar dari mulut mereka. Sy rasa mesti mereka yg belum menjejakkan kaki di Kelate akan menggambarkan yang rakyat negeri ini hidup di kampung2 dan pedalaman yang bertanah merah. Jauh dari pembangunan, jauh dari kemudahan. Sila datang dan jenguk keadaan di negeri saya ini.

Saya mencurahkan khidmat di negeri Johor sebagai pendidik..masuk tahun pertama saya mebeli sebuah motokar bernombor JKQXXXX setelah setahun menggunakannya di jalan2 sekitar Johor semuanya lancar..saya puji pemanduan orang Johor, tidak kedekut jalan terutama bila mahu menukar lorong atau keluar dari simpang. Bukakan saja signal, kebanyakan akan memberikan laluan. Semasa cuti sekolah saya pulang ke kampung..dgn gatal tgnnya sy membeli sticker "Kawe Anok Kelate" dan melekatkannya di belakang kereta saya..keadaan berubah. Semakin sukar untuk saya menukar lorong di jalan raya..pemandu kereta di belakang akan memecutkan kenderaannya..Kenapa?? sebab saya letak sticker "Kawe Anok Kelate"? sebab sy berasal dr kelantan?? saya berharap agar itu semua adalah perasaan saya sahaja..saya tetap berharap

Satu kisah yg saya tak akan lupakan..betul2 menguji kesabaran saya sebagai anak Kelantan. Saya ke satu kedai perabot di Masai, Johor untuk membeli TV kebetulan saya baru mendapat tunggakan gaji dan bayaran sebagai guru ganti semasa menunggu keputusan "posting". salah seorang pekerja bertanya kepada saya.."Nak beli cash atau ansuran?" Saya bertanya jika ansuran berapa yg saya perlu bayar bulanan? Dengan tidak menjawab pertanyaan saya, dia bertanya lagi.."Cik orang mana?" Sy jawab "Kelantan"..kemudian dia berkata "Maaf cik, kami tak boleh jual secara ansuran kepada orang Kelantan sbb takut xleh bayar bulan2" **saya kecewa dengan ayat itu..sy betul2 kecil hati..begitu sekali pemikiran dan pendapat mereka tentang orang Kelantan. Sy batalkan saja niat saya utk mebeli TV..dan sy akan bayar secara cash..bukannya ansuran. Sampai sekarang sy masih igt peristiwa itu. Bukan berdendam tapi saya sangat2 kecewa. Saya ada membuat entri lama dahulu mengenai peristiwa ini di.. Better Letak Jawatan N Keje Jaga Kambing

Saya ke Google.com dan menaip di ruang search..belum habis saya taipkan Orang Kelantan..dan ini yang saya peroleh..


Sy tak terkejut walaupun 50% search adalah mengenai kenegatifan orang kelantan..

Satu lagi perkara yang sinonim dengan orang Kelantan iaitu hidup berpuak dan suka bergaul hanya dengan orang senegeri..Walaupun ramai yang cakap orang Kelantan ni terlalu sombong atau megah dengan negeri sendiri sampai tak mahu nak berkawan dengan orang negeri lain, sebenarnya pandangan tu agak silap. Walaupun penggunaan istilah "sek kita" terlalu menebal dalam diri rakyat Kelantan, sebenarnya itu bukanlah faktor yang utama berlaku budaya berpuak-puak dalam negeri Kelantan. Orang Kelantan sebenarnya sejak kecil di besarkan berkomunikasi dengan loghat Kelantan, yang kebanyakan bunyinya agak berbeza dengan negeri lain. Berbeza dengan loghat-loghat lain seperti loghat Utara dan Perak, loghat Kelantan agak jauh berbeza dengan Bahasa Melayu standard. Hampir setiap segi kehidupan loghat itu di gunakan sehingga ke sistem persekolahan sekalipun. Jadi ini menyebabkan orang Kelantan agak pemalu untuk bergaul dengan orang dari negeri lain, lagi-lagi dari negeri yang memaksa mereka bercakap "luar". Oleh itu, apabila penduduk Kelantan yang mendapat keputusan yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke IPTA di negeri-negeri lain, mereka hampir terpaksa menukar sama sekali loghat pertuturan mereka,(yang mana perumpamaan susahnya macam suruh orang asli cakap orang putih). Bagi yang cuba untuk "bercakap luar", selalunya mereka boleh bergaul dengan baik pelajar-pelajar dari negeri lain.Tapi yang kategori berat atau "lidah keras" untuk mengubah serba sedikir pertuturan, menyebabkan mereka agak pemalu untuk bergaul dengan orang lain. Di tambah dengan pelajar negeri lain yang tak pernah dengar dan tak faham loghat Kelantan, lagilah si "lidah keras" ni malu untuk berkomunikasi. Dan perkara inilah yang mendorong pelajar dari negeri Kelantan lebih suka untuk bergaul dengan sesama mereka, untuk semata-mata memudahkan komunikasi sesama mereka. Itu saja.

Credit to : Beach Of Life untuk topik Orang Kelantan hidup berpuak

Kemudian saya masuk plak ke sini sgt2 lah bertambah kekecewaan saya..begitu tebal kebencian "tak suke KELANTAN Puchong, Malaysia" ni terhadap Negeri Kelantan dan rakyat2nya sehinggakan kesemua rakyat Kelantan diibaratkan sebegitu

"aku pelik la, nape org2 pantai timur ni terutama KELANTAN..muka dia org buruk, hitam n hodoh??..mcm keling n negro pun ada aku tgk..dgn hidung pesek n muke berminyak..eeee..geli "

Pernyataan yang begitu yakin sekali seolah2 dia lah yang paling sempurna di muka bumi ini..syabas! Mungkin dia pernah kecewa dengan Lelaki/Wanita dari negeri Kelantan..Hurm..hanya dia yg tahu.

Walau apa pun pendapat mereka di luar sana mengenai negeri sy..sy sebagai anak jati Negeri Kelantan tetap bangga denga negeri kelahiran saya..Tanpa didikan dan asuhan kedua ibu bapa saya yg juga Orang Kelantan yang mencari rezeki di bumi Kelantan..alhamdulillah saya berjaya menjadi diri sy sekarang. Tempat jatuh lagikan dikenang..kepada mereka yang masih tak berpuas hati dengan negeri saya..teruskanlah..sesungguhnya kami tak rugi apa2 :)





Friday, December 10, 2010

Aku dan Kelate (Episod : Tersasul sudah - Part 2)

Jom sambung yg part 1..maybe ni last post sbelum sy balik Johor.. Hubby pon dh on the way menjemput sy. Sok pagi dia smpai..yey yey rinduuuu lah~ Smoga perjalanannya selamat. Sok malam dh naik bas lg balik Johor. 2 malam di dalam bas..mantap ahh hubby sy.. **Muuuuaachh** ~

Hohh..ketinggalan?? adoyaiii ni yg nk marah ni.cmne leh ketinggalan lak? hehhee..rilek2.. Ni yg part 1 punye..

Aku dan Kelate (Episod : Tersasul sudah - Part 1)

Jom sambung lagikk
 
Cerita 11

Di sebuah tadika, seorang kanak2 diminta menceritakan tentang keluarganya :

"Saya tinggal bersama ibu, ayah dan adik saya. Saya dan adik saya suka berKUBANG dan ibu selalu marah kepada kami"

Hohh..berkubang..udah rupe kerbau la plak siap berkubang2..xpe2.oleh sbb dia baru berumur 5/6 tahun..mari kita maafkan dia.hehehe..mungkin kanak2 tu maksudkan kubey. Kubey tu maksudnya membuatkan sesuatu tempat tu berselerak. Kubey ni ada kata ganda dia iaitu kubey lembey yg membawa maksud sgt2 lah berselerak.

Cerita 12

Azman : Kenapa baju awak kotor?
Azmi    : Mana ada kotor..saya baru je basuh baju ni
Azman : Tu yg hitam2 tu apa?
Azmi    : Oh..tu PETIK SAWA..basuh pun xhilang

Muahahaha..apa kaitan pulak baju dgn memetik sawa? Ekceli Azmi tu sebenarnya nak gtau yg baju dia ada..ermmm..aku pun xtau cmne nk eksplain petik sawo ni..ala..yg hitam kecik2 kt baju tu..biasanya ada kalo baju yg lembab dibiarkan xberjemur berhari2..nnti adala petik sawo tu..yaa sy xsalahkan Azmi sbb sy pun xtau petik sawo dlm bahasa Malaysia..Humm..maafkan sy penunggu gua. Kalo sawo tu sy tau la..org kelantan pggil sawo kt buah ciku..buoh sawo ialah buah ciku. petik sawo tu bukanlah bermaksud memetik buah ciku.hahahaha

Cerita 13

Seorang awek baru lepas shopping dan kepenatan..dia ingin duduk tapi ade sorg laki ni tamak tempat duduk..so..

Awek : Bang..boleh ALIH sikit tak? saya pun nak duduk RETEP
Lelaki : ??

Haa..kat ayat awek tu ada 2 maksud kelate di situ Alih dan retep..maksud awek tu ialah "Bang..boleh ke tepi sket x? sy pn nk duduk jugak" Retep menahh..hilir teh bunyingg..Retep tu asalnya ialah etek yg bermaksud juga. Alih tu patutnya awek tu cakap keso' (so' tu sengaukan sikit). maksudnya ketepi la sket..

Cerita 14

Mamat mencari kunci motornya

Mamat : Mana ko letak kunci motor aku?
Bob     : Cuba tgk kt ats meja tu
Mamat : Takde la
Bob     : Oh..lupa lak aku letak kunci tu kt dalam SORAK

Mcm tgk perlawanan bola lak kn ade sorak2..Kesian Mamat cmne dia nak amek kunci moto dia dalam sorak..hehehe..Sorak tu sebenarnya ialah Soghok atau laci. Kami memanggil laci sebagai songhok..maka bila udah biasa memanggil soghok, terbawa2 la juga tabiat itu..Bila sudah berada di KeyEll..soghok akn bertukar menjadi sorak..ada paham??Muahahaha..










Cerita 15

Seorang pelajar kolej mahu menghilangkan haus di sebuah gerai

Kakak kedai : Nak minum apa dik?
Pelajar kolej  : Air TIMUN CINA satu
Kakak kedai : Timun cina?? xde la dik kt kedai ni
Pelajar kolej : Air coke je lah kak

Untuk makluman semua..di Kelate timun cina itu bermaksud Tembikai la..kesian pelajar kolej tu kempunan nak minum air tembikai..sy bersimpati padanya..sob3..wakakakakka~

Cerita 16

Ni sambungan Cerita 15

Kakak kedai : Ni minumannya dik
Pelajar kolej  : Terima kasih
Kakak kedai : sama2
Pelajar kolej : Eh..kak..cmne sy nak minum ni..xde PLETIM
Kakak kedai : ??

Ohh ohh..utk part 2 cerita 16 ni yg membuatkan perut sy krem kerana gelak guling2.wakakakakak..Pletim!! Ok2..kepada yg blur..Pletim tu sebenarnya asal dia pleting atau penyedut minuman/straw..Biasa la tu tersasul sket pun nak kecoh ka?wakakaka gelakkan pletim!!!!

Kisah 17

Lagi kisah awek balik shopping..tp kali ni seorang jejaka macho mau mengoratnya

Jejaka : Piwitt
Awek : (jeling)
Jejaka : Baru balik shopping ke..banyak betul bawak SUMPIT

HAhahahaha..ni pun sama gak..pecah usus sy gelak. ingat awek tu nk gi memburu ke beli sumpit byk2..hadoiiyai..kesian jejaka tu..muka dh macho tapi..bukan sumpit la bro..jejaka tu maksudkan supek atau beg plastik..supek ni jugak glemer dengan nama supek ghokghak (sengaukan sket)

Cerita 18

Kawan makcik Limah yg dtg dr KeyEll dtg ke rumah makcik limah..tp malangnya masa tu makcik limah xde kt rumah

Kawan : Assalamualaikum dik..mak ada kat rumah x dik?
Budak  : Xde makcik
Kawan : Mak pergi mana?
Budak  : Mak pergi ke TEMBAK kejap
Kawan : Pergi tembak??

Kira otai la makcik limah ni ade pistol nk tembak2 kn..cayalah makcik limah!! Tembak tu sebenarnya ttembok atau maksudnya tepi jalan besar..bukan tembak poww powww yaaa..igt ituu~

Cerita 19

Seorang gadis terkejut melihat kaki sahabatnya berdarah

Gadis 1 : Eh..apsal kaki ko berdarah?
Gadis 2 : Tadi masa aku jalan2 aku terJIRIT kaca
Gadis 1 : Jirit??apekahh?

Auww..keciannye dia terjirit kaca..kekekeke..Kalo aku jd gadis 2 tu serta merta rasa kesin tu hilang diganti dgn gelak besar.hahaha..Jirit kata asalnya dlm bahasa Kelate ialah jighek atau pijak..kaki terpijak kaca..btol ke ek??hahaha..aku pon bkn btol sgt pon.

Cerita 20

Seorang pakcik mahu membeli barang di kedai runcit

Pakcik        : Ni brapa ringgit?
Tuan kedai : RM2 pakcik
Pakcik itu menghulurkan wang RM50
Tuan Kedai : Pakcik..ada duit HALUS tak? sy xde CUCUR la

Kalo korang igt lg dlt Part 1 sy dh mention tentang cucur so sy xnak eksplain kt sini..hehe..tentang duit halus tu..kih3..duit halus tu ialah duit kecik..ktorang ade pggil duit kecik ade pggil duit halus..

Sinopsis Aku dan Kelate (Episod : Tersasul sudah - Part 2)

Kubey = Selerak
Petik sawo = Titik2 hitam pd baju lembab yg dibiar xberjemur (sy xtau istilah betul)
Keso' = Ke tepi
Etek = Juga
Songhok = Laci
Timun cina = Tembikai
Pleting = Penyedut minuman/Straw
Supek = Beg plastik
Ttembok = Tepi jalan besar
Jighek = Pijak

Aku dan Kelate (Episod : Tersasul sudah - Part 1)

Aku dan Kelate (Episod : Tersasul sudah - Part 1)

Tgh2 duk melangut sorg2 diri smbil merenung awan nan mendung tringat plak kt crita2 yg berkaitan dgn ketersasulan bahasa Kelate ni. Aku pn penah jugak beberapa kali tersasul wktu mengajar. contohnya wktu aku tgh ngajar budak2 wt bising..Aku ape lagi..sound dorg kaw2 punye dgn muka yg garang..tp tgh2 marah tu leh plak tersasul "Bla..bla..bla (bebel)...orang dgr x ckgu ckp ni. xyah duk wat "metor"...? whoopppps~" auwww~ cover2..hak3..ni lg citer ketersasulan yg penah aku dgr/baca yg leh wt aku gelak guling2..(yg paham leh guling2 jugak).

Cerita 1

Pakwe : Hello sayang
Awek  : Hello b (aku xtau lak pnggilan dia ape..belasah je B ni.haha)
Pakwe : Sayang buat ape tu?
Awek  : Demam lagi la b..xlarat. Hari ni baring je
Pakwe : Belum SIAL lagi? Kesian sayang b ni
Awek  : Sial? kenapa b suh syg sial plak?
Pakwe : Ye la..b susah hati kalau syg xSIAL tau..

Terus si awek meletakkan telefon dan membuatkan pakwenya terpinga2

Muahahaha..kalo aku jd awek itu aku akn melakukan perkara yg sama..dan merajuk selama sebulan atau selamanya (tertakluk pd keadaan). Persoalannya kenapa la sengal sgt si pakwe tu mensialkan aweknya?? Sebenarnya pakwe itu tersangatlah innocent dan sangat caring pd aweknya. Sy sgt paham keadaan dia. Sebenarnya perkataan sial tu merujuk pd perkataan siya (Bahasa Kelate) bermaksud sembuh. Tapi si pakwe mungkin tersasulkan perkataan siya itu menjadi sial..jauh betul terpesong maksud tu.Huahahaha (gelakkan diee~)

Cerita 2

Guru    : Kamu tahu atau tak merokok ni merupakan satu kesalahan besar?
Pelajar : Tahu cikgu
Guru    : Habis kenapa kamu lakukan?
Pelajar : Saya xtahan ckgu..sy ketagihan untuk merokok
Guru    : Sejak bila lagi kamu merokok ni?
Pelajar : Sejak darjah lima cikgu.
Guru    : Kenapa kamu merokok?
Pelajar : Saya MENURUN ayah saya cikgu

Pelajar tu sebenarnya nk gtau yg dia ikut perangai/tabiat/baka ayahnya. Kt Kelate perkataan tu disebut Nnughong (tekan sket N di depan) Contoh lain : Nnughong sapo la pranga lagu tuh? (ikut sape la prangai cmtu?) Ohh patutnya pelajar tu ckp "sy ikut perangai ayah sy cikgu"

Cerita 3

Sahabat 1 : Dah pukul berapa ni..kata nak keluar
Sahabat 2 : Pukul 3..cmne nak keluar, kn hujan ni
Sahabat 1 : Habis tu smpai bila kita nak tunggu?
Sahabat 2 : Kejap lagi kot..hujan dh mcm nak SERIK je ni

Hujan serik?? biasanya orang je yg serik contohnya serik utk buat kesalahan ke..serik bercinta ke..tp hujan plak serik. wakakaka..ekceli apa yg nk dimaksudkan oleh sahabat 2 tu ialah seghek. Seghek tu maksudnya hujan berhenti..susah2 ckp je "Kejap lg kot..hujan dh mcm nak brenti ni"

Cerita 4

Cashier : Makan ape bang?
Lelaki   : Nasi, gulai IKAN AYE, sayur kangkung ngan PULUT LEMPA
Lelaki tu sebenarnya maksudkan pulut panggang atau dlm bahasa kelate nye pulut lepo. Ikan aye pulak org pggil ikan tongkol..kt kelate pnggi ikan ayo hik3..

Cerita 5

cikgu : ada berapa jenis kutub kat bumi?
murid : dua, cikgu
cikgu : nama dua jenis kutub tersebut
murid : KUTUB ayam dan KUTUB daging

Hahahaha..sedak ohhhh kutub aye ngan kutub daging neh..nyammm~ Kalo sy jd ckgu itu dh lama saya tarik cubit dia. tp xbaik lak..dia sgtlah innocent utk dicubit.aiyooo..kutub yg dimaksudkan oleh murid tu ialah kerutub/kerutuk/kerutup..wahhh byk versi gitu. kalo xtau kerutup tu ape sila klik di sini . Patutnye murid tu ckp kutub utara dan kutub selatan..hadoii..msti ckgu Geografi itu pening..

Cerita 6

Azah    : Cmne cara nk masak kerutup ek? (ek ek ni biasanya org Johor)
Asmah : Senang je..
Azah    : Ajar aku la cmne nk buat
Asmah : mula2 panaskan minyak…masukkan bhn kisar…tumis hingga naik bau…kemudian masukkan AWAS

Ohh..awas ketika memasak takut2 gas meletup..kapowww!! muahahaha~ Asmah tu maksudkan awas tu rempah. bkn suh berhati2 dengan rempah tp bahasa kelate pggil rempah ratus tu sebagai awah.

Cerita 7 (kahakahakahaha..yg ni plg xleh blah)

Ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel…aritu hotel blackout, so guest kol la hotel
guest : nape takde api ni
awek : maaf cik,black out.api berJENTAP

hahahahahaha..ohh.ohh krem urat perut!! berjentap la pulak dah..humm..berjentap ni dtg dr perkataan jjetak (tekan sket j tu) . jjetak ni bk mksud dia tp dlm cite ni jjetak tu membawa maksud kalo blackout tu sbb suis utama ternaik secara xsngaja (btol ke x ntah aku translate ni) paham2 sndiri la ek..hehe

Cerita 8

Razi membeli kuih berharga RM2 tp dia membayar menggunakan wang sebanyak RM5. enden makcik yg jual kuih tu bg dia baki RM2

Razi : Makcik..CUCUR saya xcukup sringgit ni
Makcik : Makcik xjual cucur..kalau kedai sebelah ada kot.

Cucur udang ada..cucur ikan bilis ada..cucur bawang pon ada..tp cucur duit hanya terdapat d Kelate..Cucur tu maksud dia baki duit..patutnya makcik tu kasi kat razi cucur (baki) RM3 bukan RM2..

Cerita 9

Cerita 9 ni salah satu kejadian yg pernah terjadi pada diri sy sndiri.. Wakakakaka~ Masa tu hormon sy tgh xsabil (ala..pompuan ada musim2 dia).. pastu budak2 kelas plak ade yg xsiap keje skolah yg sy bg..hangin btol satu badan..Lalu dengan tegas dan muka garangnya aku menjerit "Sape2 yg xsiap keje skolah..TUBEKK skarang!!" sy pn nk trgelak bila tau dh tersasul tp trpaksa tahan smpai nk tekencing..hahaha..dh garang2 mana leh gelak.nnti budak xtakut..nsb bek budak2 paham (sbb tgn sy tjuk kat pintu) maka keluarlah mereka sorang demi sorg..

Tubek tu mksudnya keluar..smpai skarang kalo nak marah2 kena marah dgn pelahan2 je..xleh ckp laju2 kang tersasul lg sape nk tanggung?

Cerita 10

Seorang kakak sedang melayan anak anaknya bermain ditaman permainan..tetiba dia cemas sebab budak2 itu telah buat lari pecut 100 meter..dengan pantas dia menjerit…
“Naqib…jangan lari laju2…nanti REBAS!!”

suko selokkk ambo!! hilir molek kak ni rebas menahh.. Rebas tu akak tu nk ckp gheboh yg membawa maksud jatuh..ingat..gheboh is jatuh..jatuh is gheboh..

Bersambung...


Sinopsis Episod : Tersasul sudah - Part 1

Siya           = Sembuh
Nnughong   = Ikut perangai/tabiat/baka
Seghek      = Hujan berhenti
Pulut lepo  = Pulut panggang
Ikan ayo    = Ikan tongkol
Kutub        = Kerutup/kerutuk/kerutub
Awah        = Rempah ratus
Jjetak        = Tersentap kot
Cucur        = Baki
Tubek        = Keluar
Gheboh     = Jatuh