Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Friday, April 9, 2010

Cintailah aku seadanya..

A : Kenapa kau berubah? Kenapa kau mahu tinggalkan aku??
B : Muka kau penuh jerawat..aku jijik..Badan kau gemuk..aku malu pada kawan-kawanku.
A : Tapi selama ini aku memang begini..tidak pernah sedikit pun kau merungut.
B : Selama ini aku simpan dalam hati. Sekarang aku tidak tahan lagi. Aku malu!
A : Kau punya yang lain bukan?
B : ........
A : Kau punya yang lain bukan??
B : Ya!
A : C??
B : Ya!
A : Kau tau kan C tu bagaimana..semua orang bercakap tentangnya.
B : C cantik..dia pandai menjaga penampilan dirinya. Aku tau kau cemburu.

Mengalir air mata seorang wanita A mendengarkan pengakuan kekasih hatinya. Melihat dia berlalu pergi..hubungan yang dibina bertahun-tahun berakhir begitu sahaja hanya dengan satu alasan yang baginya langsung tidak dapat diterima. Dia tau C cantik, C langsing, C menjadi kegilaan lelaki tapi dia bukan sengaja mereka cerita tentang C. Dia kenal benar akan C..dia tau latar belakang C. Namun..B telah dikaburi dengan kesempurnaan C sehinggakan apa yang diperkatakan tentang C kepada B langsung tidak dipedulikan B malah dia dituduh cemburu. Ya..memang dia cemburu. Senang benar B melupakan segala kenangan mereka bersama selepas hadirnya C. A pasrah. A tau dia tidak sempurna untuk B. Selamat tinggal B........


6 bulan kemudian....


B : A...
A : (terkedu dan cuba berlalu)
B : A..maafkan aku
A : .......
B : A tolong aku A..aku betul-betul rindukan kau.
A : C?
B : C....C.... betul kata kau A. Aku buta A..aku buta dalam menilai erti cinta sebenar. Aku kesal..
A : ........
B : A...aku betul-betul perlukan kau.
A : Kau perlukan orang gemuk dan berjerawat seperti aku? bukan dulu kau kata kau malu? Kenapa kau perlu cari aku? kau belum serik ditertawakan kawan-kawan kau?
B : Aku kesal A..aku tidak sepatutnya berkata begitu kepada kau dulu. Aku silap A.. aku fikir kecantikan C akan membahagiakan aku. Tapi..kau lebih cantik berbanding C. Jauh lebih cantik dari C.
A : Cantik??
B : Ya.. keikhlasan hati kau, ketulusan cinta kau, kesetiaan kau membuatkan kau cantik. Aku cinta kau A.
A : Huh..cinta..apa kau tau tentang cinta? mampukah orang gemuk dan berjerawat seperti aku memberikan kau kebahagiaan?? Dulu kau berpaling mencari cinta C..bila kau kecewa, kau datang kembali.. Oh ya..aku lupa..bagi kau orang seperti aku cuma layak dilukai, tidak punya perasaan. Aku faham sekarang.. orang seperti aku tidak layak dicintai, tidak layak untuk bahagia...
B : Maafkan aku A.........


Bentuk fizikal yang dicintai adalah tidak kekal..yang kekal hanya keikhlasan, kesetiaan dan ketulusan hati yang mencintai..




2 comments:

Anonymous said...

mengapa kah cinta..harus melihat fizikal..sedey

Unknown said...

this is life :)