Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Thursday, April 22, 2010

Cerita cinta KAMI

Aku dari Kota Bharu Kelantan, dia dari Pontian, Johor..
Hidup kami jauh berbeza..
Ramai btol orang tanya macamana kitorang boleh kenal. Sedangkan tempat asal kami punyalah jauh. Hehehe...
Tahun 2003 aku study kat UPSI..ye ye..betol dan tepat sekali..aku seorang cikgu. Dia?? ntah..time tu aku langsung xkenal dia. 2003 aku tgh sronot brsama kawan2 seperguruan. Dah habis blajar kat UPSI dlm thn 2007, aku terposting la pulak di Pasir Gudang, Johor. Tampat yang tak pernah aku jejakkan kaki sebelum ni. Masa baca surat panggilan tu macam-macam trbayang kat kepala otak. Takut pn ada coz org kata Johor antara negeri yg mencatat kadar jenayah tertinggi. Gulp! Nak taknak kena jugak pegi sbb tkt kena blacklist. hehe..usunglah aku n Ummi beberapa beg besar ke tmpat yg xprnah aku smpai..mcm rusa masuk kampung. Naik bas lak tu.adei..
          November 2007, aku dftarkan diri di sbuah skolah..emm xtau nak describe best ke x..so so je lah.hehe.. Sampaila sekarang aku masih berkhidmat kat situ. Menabur bakti la katakan coz org kata orang Johor ni xsuka jd pendidik..ramai nk jd artis je. Erk..sorry org Johor. sekadar ulang kata-kata orang lain. Terpaksalah aku cari rumah utk sewa n biasakn diri dgn situasi pasir gudang. Eh..mcamana leh kenal dia sdgkan dia kat Pontian, aku kat Pasir Gudang?? Actually mmg dia duk Pontian tapi dia keje kat Johor Port..kira cm jiran la jugak Johor Port ngan Taman Mawar. Tapi perkenalan ktorang bukan secara face to face dulu. Masa tu aku guna Sony Ericsson w700i. Kira canggih jugak la pd org2 yg xberduit ni. Haha..satu malam, masa best2 nak melelapkan mata dapat pulak satu msg dr nombor xdikenali. Nombor tu sama dgn aku punye nombor cuma beza pangkal je. Aku : 0172****** . Malaun tu pulak 0177****** yg lain2 semua sama. "Hai..boleh berkenalan?" Lawak btol msg. Sbb mata dh ngantok sgt abaikan aje..delete n tido. Beberapa minit lps tu bunyi phone. Adei..jam dh kul 230. takut jugak nak jawab aku cancelkan aje. Tapi bunyi dan bunyi dan bunyi. Bengong..last-last aku jawab je.."Hello..hello" tapi senyap je xde jawapan. PSIKO! ntah si sewel mana kacau aku malam2 buta. Satu malam..dua malam..tiga malam..malam-malam aku penuh tekanan bila nombor sewel tu asek nak msg n call walaupun slalu direject n msg xprnah aku reply. Lovelife aku time tu? Hurm..full of question marks.

Satu malam yang boring..call dr nombor yg sama. Nak jwb xnak..jwb ke x..jwb la wt hlg boring tp dgn nada dingin. Malam esok dia call lg..dan lagi dan lagi. Hurm..walau aku kutuk maki cekal jugak hati dia. tak putus asa. Lepas sebulan asek dia call je malam2, satu hari dia call lagi n ajak berjumpa lepas waktu krja. Gigil kepala lutut aku. Ntah cmne asal usul latar blakang dia. eieiei.. xbrani xbrani. tapi bila aku cakap xnak makin mnjadi2 dia ajak..i told my frens..they suggest supaya jmpa kt City Square kebetulan hari minggu kami pegi kt situ untk tgk wayang. Ok..set. I told him untk jmpa kat city square tapi dia xnak..dia ajak pegi Danga Bay. Ha?? Danga Bay? org jakun cm aku ni trtanya2 ape jenis tmpat Danga Bay tu? then i refused. Ok..xjadi jumpa. BAGUS!! lega hati aku yg bedebar2.

Sedang aku syok mengajar, tiba2 diganggu dgn paggilan telefon. Aku jenguk la dlm handbag..nombor tu lagi. Aku cancel je. Then bunyi lagi..cancel lagi..pastu bunyi pulak msg. Ahh mengganggu btol la. Hilang kekhusyukan aku ngajar. Lepas kelas br aku bc msg tu.. "Jom jumpa lepas kerja. Awk decide kat mana, sy ikut" Erkk!! 6.40 petang loceng skolah bunyi..tipon bunyi lagi..mcm tau2 je skolah balik time tu. Dia call lagi tanya nak jumpa kat mane. Aku yg tgh blur2 pun jwb la.kite jmpa kat stesen minyak Shell la ek..lagipun sy nak tuang minyak ni. hhahah bengong! xpernah org buat blind date kt stesen minyak. Belasah aje la..selagi xjumpa slagi tu la dia xkan putus asa menelefon n msg aku. Adei..dgn berat hati jugak aku drive ke shell pusat bandar. smpai je kat shell mata aku meliar cari nissan hitam. emm..nsb baik aku xgtau keta aku keta apa. Ha??tuuu..kat parking shell ada nissan hitam. Gulp!! lepas tuang minyak kepala otak aku mula pikir nak balik aje. xnak jumpa dia. takut. tapi bila pikir2 xbaik lak wt cmtu. lagipun kt situ org ramai, selamat kot. kebetulan parking sebelah tu kosong aku park je keta kat situ. bila jeling sebelah aku tgk ada laki tgh letak kaki kat dashboard dgn seat direndahkan tapi muka lindung ngn crmin tngkap, silau. Alamak..takutnya..aku kuatkan jugak la hati send msg kt dia "Awk, sy dh smpai, kt sebelah awk" aku nampak dia bergegas bangun.. Bismillahirrahmanirrahim..selamatkanlah aku..aku turun kereta, dia turun kerata. dia tgk aku, aku tgk dia lepas tu "xpe la ek..sy balik dulu. dh nak maghrib ni" aku terus masuk kereta dan pulang meninggalkan dia terkulat2.

Sejak hari tu, aku mula la melayan sikit sikit..hurm..lovelife?? malas nak fikir. actually mmg aku ng bf aku di ambang perpisahan. that's why mcm xnak fikir sgt aku layan aje dia. time goes by as time always do..masuk hmpir setahun aku kawan ngn dia..bila tarikh kami serius aku pn xtau. yess..aku mmg nmpak kesungguhan dia. aku gitau ummi, ummi mcm krg suka. ummi pn nak jodohkan aku ngn anak saudara kwn dia..nama aku lupa tp abg aku pnggil izwan pilus.hahaha.mmg izwan pilus hensem n kelakar sbb aku prnah jumpa dia sekali tapi xde jodoh. dia pn dh kawin skarang ni. back to story, raya ketiga, 2 tahun lepas dia dtg ke Kelantan utk jmpa parents aku. All the way from johor by bus..alone. tapi time tu bkn wktu yg sesuai coz nenek aku meninggalkan kami semua kerana diabetes. Xterlayan sgt dia..kesian. cuba lagi satu hari nanti. awl tahun lepas, dia mula propose..cerita ttg tunang, tentang kawin. Erm..ntah la. xde perasaan sgt nak kawin time tu.. tapi masuk tgh tahun dia dtg kelantan lagi..talk to my father.. abah nasihatkan saja n aku xtahu apa lg yg dorang bincang. hampir tiba raya last year dia ckp nk hntar rombongan meminang..aku ok kan sj. tapi last-last xjadi..emm..tapi lepas habis cuti raya aku balik ke johor, aku g lah beraya rumah dia. mak dia pulak ckp ngan aku minta maaf sgt sbb xsmpat nak dtg kelantan sbb raya sibuk sgt. pastu dia cdgkan raya haji coz org johor xsmbut sgt raya haji. aku xleh nak decide sndiri then i told his dad to call my dad. so aku bg nmbor abah n ayah dia call..ape ntah dorg ckp. then ummi told me..raya haji bukan majlis tunang aje tp majlis nikah terus! Ha?? terkejut beruk mat yeh aku dibuatnya tp dlm hati suka jugak.hihihi..

Tanggal 29 November 2009, aku dan dia disatukan.. aku skarang jadi isteri kepada dia, lelaki yg dulu aku kutuk, aku maki. dan lelaki yg selalu dikutuk dimaki itulah juga menjadi lelaki yg paling aku syg n cinta smpai ke akhir hayat aku..

No comments: