Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Friday, October 14, 2011

Pesan abah

Rasa rindu menyelubungi benakku. Lantas aku capai telefon di atas meja..suara abah kedengaran di hujung talian.  aku menyatakan tentang kehamilan aku pada abah..ternyata, abah sangat gembira. banyak tips yang diberikan pada aku. "kalau ada, minum sup burung merpati. kata abah, sup burung merpati boleh menguatkan memori dan anak yang bakal lahir akan petah bercakap..mana tahu suatu hari nanti dia bakal jadi pemimpin. Dalam Hadis Rasulullah S.A.W pun ada menyatakan khasiat burung merpati ni. khasiat lain burung merpati boleh menyembuhkan penyakit lumpuh, melembutkan suara, meperbaiki sistem pengaliran darah dan melegakan kebas badan..Hoho..mana nak cari burung merpati area Pontian ni..burung gagak banyak ler..aiyakkk..HARAM!
bird
Pesan abah lagi.."jangan stress, banyakkan baca quran, banyakkan berdoa, jangan angkat benda2 berat, masa berjalan hati2 jangan sampai tersepak benda2, jangan sampai tersadung, kasut yang tinggi2 tu toksah pakai, pakai yang rendah-rendah je. amalkan minum susu,  makan kurma," 

Sabda Rasulullah S.A.W : "Berilah makan kurma pada wanita hamil sebelum dia melahirkan, nescaya anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang penyabar, sopan santun dan cerdas pemikirannya"

semasa memberi pesanan aku dengar ada getar dihujung suaranya..membuatkan air mata aku bergenang. andainya dia ada dihadapanku, pasti serta merta aku akan peluk abah. "Abah doakan kesejahteraan anak-anak abah, I miss you" kata abah mengakhiri perbualan..TERIMA KASIH ABAH :')


               

2 comments:

Kissable said...

tahniah cikgu jan..rejeki tu jago molek

JANN JANN JANNAH said...

tq cikgu wanie :)