Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Tuesday, April 27, 2010

Apa lagi??

Walaupun cikgu kata..
Cikgu sudah penat dengan sikap kamu!!
Cikgu sudah bosan dengan masalah yg kamu bagi!!
Cikgu sudah muak dengan aduan tentang kamu!!
Cikgu sudah letih dengan perangai kamu yang macam-macam!!
Tapi bila cikgu masuk kelas, cikgu cuba hiasi wajah cikgu dengan senyuman..
Cikgu bersungguh-sungguh terangkan kepada kamu jika kamu tidak faham..
Cikgu ubah cara pengajaran cikgu bila kamu kata pengajaran cikgu bosan..
Cikgu maafkan kamu jika kamu buat cikgu marah..
Cikgu bagi kamu peluang jika kamu buat masalah..
Cikgu mahu tengok kamu berubah..
Cikgu mahu tengok kamu berjaya..
Cikgu korbankan wang cikgu demi kamu..
Cikgu luangkan masa cikgu demi kamu..
Cikgu tinggalkan keluarga cikgu demi kamu..
Tapi kenapa kamu tidak faham-faham??
Kenapa kamu tidak pernah ambil peluang yang cikgu sediakan??
Cikgu terkilan..cikgu sedih..
Bila cikgu lihat keputusan, tetap ditakuk lama..
Sikap kamu tetap sama..
Apa lagi yang kamu mahu cikgu buat??

2 comments:

sonata anak kancil said...

salam... jadi guru kena memanggggg kena banyak sabar....ikut prosedur, insyaAllah kita d track yang betul

smile_gurlz said...

sdey btol..sbenarnya student yg malas..tp sja nk mencari alasan..huhuhu
teringat kenangan lalu..