Seksa btol jd guru kelas yg blakang2 ni..kerja xde lain asek nak kena tulis surat amaran je. Pastu students lak asek kena panggil sbb bat mcm2 kes. Main tepung la, gaduh la, ponteng la, pecahkan cermin la.. Tadi call parents kpd sorg student. Sminggu direct xdtg skolah. Bila call n tanya kenapa anak dia xdtg skolah, ayat pertama yg aku dgr ialah "Ni yg saya panas hati dgn cikgu ni" Heran jugak aku apsal lak tetiba nak panas hati dgn cikgu. dah cukup baik ape aku call n tanya khabar ank dia knapa smpai sminggu xdtg skolah. kot-kot la sakit ke, kecemasan ape2 ke. Dia kata dia dh pesan kat cikgu..tlg tgk2 kan anak dia. Kalau ada apa2 hal inform kat dia. Tapi masalahnya cmne pulak aku nk tgk2 kan anak dia kalau masuk skolah pn x? Mcm la kat skolah tu ada sorg dua je student n mcm la keje ckgu kt skolah tu nk jd spy kt student spesis cmni.Huu~ Parents hantar depan pagar skolah tp bila dh balik, dia melencong tmpat lain. Bila bukak tudung rambut..makkk aih mcm hape ntah.belang2 merah..Hurmm..anak ponteng skolah, cikgu pulak yg kena marah. Ade ke patut??
Friday, April 30, 2010
Tuesday, April 27, 2010
Apa lagi??
Walaupun cikgu kata..
Cikgu sudah penat dengan sikap kamu!!
Cikgu sudah bosan dengan masalah yg kamu bagi!!
Cikgu sudah muak dengan aduan tentang kamu!!
Cikgu sudah letih dengan perangai kamu yang macam-macam!!
Tapi bila cikgu masuk kelas, cikgu cuba hiasi wajah cikgu dengan senyuman..
Cikgu bersungguh-sungguh terangkan kepada kamu jika kamu tidak faham..
Cikgu ubah cara pengajaran cikgu bila kamu kata pengajaran cikgu bosan..
Cikgu maafkan kamu jika kamu buat cikgu marah..
Cikgu bagi kamu peluang jika kamu buat masalah..
Cikgu mahu tengok kamu berubah..
Cikgu mahu tengok kamu berjaya..
Cikgu korbankan wang cikgu demi kamu..
Cikgu luangkan masa cikgu demi kamu..
Cikgu tinggalkan keluarga cikgu demi kamu..
Tapi kenapa kamu tidak faham-faham??
Kenapa kamu tidak pernah ambil peluang yang cikgu sediakan??
Cikgu terkilan..cikgu sedih..
Bila cikgu lihat keputusan, tetap ditakuk lama..
Sikap kamu tetap sama..
Apa lagi yang kamu mahu cikgu buat??

Monday, April 26, 2010
Kick Ass vs Shutter Island
Semalam Encik Hubby balik la ke rumah seperti biasa..
Saya ada tugasan di sekolah tapi ..
"It' Sunday, apsal kerja pulak? Temankan abg, abg balik pun jarang2 je", kata Encik Hubby
Adooyai..saya jadi bingung..Pilih antara Encik Hubby atau tugas?
Humm..semestinya saya pilih Encik Hubby saya. Takkan sy mau jd isteri ingkar. Huuu~
Jadi saya buat keputusan untuk temankan Encik Hubby saya.
Maaf saya kawan2..maafkan cikgu murid2..
Sebenarnya Encik Hubby telah menempah tiket wayang untuk kami.
2 cerita..Shutter Island dgn Kick Ass
Saya lebih berminat dgn Shutter Island sbb ada Leonardo..Ngee~
Kick Ass pulak saya rasa macam xberapa nak best..mcm tajuk dia.
So Kami pun pergi menuju Jusco Tebrau.
Mula-mula Kick Ass jam 2 pm-4pm
Yaaaaaaaaaaa..Kick Your Ass!! Saya suka cerita ini..
Penuh aksi dan lawak.
Kisah budak kolej yg low profile dan ingin jadi superhero tapi asyik gagal
Sehingga dia terjebak dgn satu masalah besar yang membuatkan dia betul2 jd superhero..
And he gets girl..hahaks!!
Dan budak bernama Mindy atau Hit Girl..saya paling suka.. Cool!!
Saya dan Encik Hubby bagi 4 bintang..
Lepas itu jam 4pm-6 lebih2 mengampiri 7, Shutter Island pulak..
Panjang betul cerita dia..
Dan..yaaaaaaaaaaaaaa.. buat saya sangat mengantuk..
Sebab jalan cerita dia memeningkan saya dan Encik Hubby
Cerita Marshall bernama Teddy dihantar ke pulau utk menyiasat kehilangan penjenayah ganas..
Tapi sebernanya muslihat..dan doktor mental ingin memanipulasi otak Teddy
Saya dan Encik Hubby rasa otak kami yg dimanipulasi
Plus..kategori 18SG kurang sesuai sebab Kick Ass lagi ganas
Haishh~ saya dan Encik Hubby bagi 2 bintang saja..hehehe
Dan kami dengan berkobar-kobar menunggu kemunculan Iron Man 2 pulak.. :-p~
Labels: Merapu, Merepek, Meraban
review
Saturday, April 24, 2010
Sudah siap.. :- )
Setelah beberapa minggu berhempas pulas..akhirnya sempurna..
Thanks kepada semua yg terlibat dlm menyiapkan jigsaw puzzle ini..
Thanks kepada hubby sy yg tido lewat semata2 mencari kepingan2 puzzle ini..
Thanks juga kepada anak2 murid sy yg dtg tusyen tapi ambil masa 20 minit setiap minggu menyiapkan puzzle saya sebelum memulakan pelajaran..
Ada masa buat lagi..nak beli yang 1000 pieces pulak..
Yeah yeah!! I LIKE!!
Deep sigh!!
Tolongla hentikan semua kerja-kerja n program-program yg membazirkan.. yang tiba-tiba dihapuskan n dimansuhkan separuh jalan setelah byk duit, masa n tenaga dibazirkan. Gosh..please la please la.. buatla perancangan rapi, telitikan..jgn tangkap muat n menyusahkan orang lain. tolong jgn bebankan kami lagi dgn kerja-kerja remeh temeh sdgkan byk lg kerja besar yg kami kena buat. sigh~
Friday, April 23, 2010
Delay but negative..
Kenapa mengapa??
Dh masuk hari ke 17 masih belum datang??
Bila sy cek..keputusan negative..
Mungkin sy stress??
Atau mungkin pemakanan sy tak betul??
Hadoi..jgn beri sy harapan lagi..
Nanti sy kecewa..
Thursday, April 22, 2010
Cerita cinta KAMI
Hidup kami jauh berbeza..
Ramai btol orang tanya macamana kitorang boleh kenal. Sedangkan tempat asal kami punyalah jauh. Hehehe...
Tahun 2003 aku study kat UPSI..ye ye..betol dan tepat sekali..aku seorang cikgu. Dia?? ntah..time tu aku langsung xkenal dia. 2003 aku tgh sronot brsama kawan2 seperguruan.
Dah habis blajar kat UPSI dlm thn 2007, aku terposting la pulak di Pasir Gudang, Johor. Tampat yang tak pernah aku jejakkan kaki sebelum ni. Masa baca surat panggilan tu macam-macam trbayang kat kepala otak. Takut pn ada coz org kata Johor antara negeri yg mencatat kadar jenayah tertinggi. Gulp! Nak taknak kena jugak pegi sbb tkt kena blacklist. hehe..usunglah aku n Ummi beberapa beg besar ke tmpat yg xprnah aku smpai..mcm rusa masuk kampung. Naik bas lak tu.adei..

Tanggal 29 November 2009, aku dan dia disatukan.. aku skarang jadi isteri kepada dia, lelaki yg dulu aku kutuk, aku maki. dan lelaki yg selalu dikutuk dimaki itulah juga menjadi lelaki yg paling aku syg n cinta smpai ke akhir hayat aku..
Wednesday, April 21, 2010
Jangkitan Alias..
Minggu ni aku bertugas..
Ada pelajar sakit bernama Alias..
Dia budak yg degil..sgt degil..
Tapi sebalik kedegilannya..dia sebenarnya pemalu dan baik hati..
Semalam Alias sakit..dia demam+selsema
Aku terpaksa membawanya pulang..
Kerana ibunya tidak tahu memandu..
Sedangkan di rumahnya ada 2 biji kereta..
Abaikan saja..
Aku hantar Alias ke rumah..
semoga dia dapat berehat..dan cepat sembuh..
Malam tadi aku mengalami simptom-simptom..
hidung tesumbat dan bersin-bersin..
Alamak!!
Aku terkena jangkitan Alias!!
Wednesday, April 14, 2010
Bicara Hati Tua
Nenek ada tujuh orang anak..
Anak-anak nenek tinggal dekat rumah nenek..
Dekat aje..
Masa anak-anak nenek kecil, atok meninggal..
Atok sakit kanser usus..
Tapi nenek cekalkan hati..
Nenek ingat pesan atok..
Kalau atok tiada, nenek kena jaga anak-anak sendiri..
Nenek kuatkan diri..cekalkan hati..
Nenek tahu..Allah sentiasa bersama nenek..
Bila anak-anak nenek besar..
Lega hati nenek..
Nenek tengok anak-anak nenek ada keluarga mereka sendiri..
Nenek tumpang gembira dan bahagia..
Anak-anak nenek berjawatan tinggi..
Kereta, rumah mereka mewah..
Hari ini nenek lapar..
Nenek jenguk di dapur, beras sudah habis..
Emm..sudah dua minggu beras habis..
Dua minggu lepas nenek beritahu anak nenek..
Kalau keluar ke bandar nenek nak kirim belikan beras..
Tapi bila mereka pulang, nenek lihat mereka tidak bawa beras pulang..
Nenek fikir mungkin mereka lupa..
Tak mengapalah..nenek boleh makan jemput..tepung masih ada..
Tadi nenek lihat anak nenek mahu ke bandar..
Nenek cakap nenek nak ikut..beli beras..
Tapi dia kata kereta sudah penuh..
Emm..tak mengapalah..nenek kirim sahaja beras..
Bila mereka pulang..pun tiada beras..
Nenek tak mahu tanya..mungkin mereka lupa lagi..
Nenek cabut ubi kayu di belakang rumah..nenek rebus..
Sedap juga sekali sekala menjamah ubi kayu..
Kenyang perut nenek..
Petang..nenek duduk dianjung..
Nenek lihat anak sedang mengutip durian..
Musim..
Dia kata mahu buat pengat durian..
Sedap..
Mungkin nenek boleh rasa sedikit..
Nenek tunggu..tunggu..
Emm..tak ada seorang pun hantar pengat durian untuk nenek..
Mungkin lupa..atau tak cukup..
Perut nenek lapar lagi..
Nenek jenguk ke dapur..tiada apa yang boleh nenek makan..
Tak mengapalah..nenek tahan sampai esok..
Esok nenek bersiap..
Nenek rasa kudrat nenek masih kuat untuk berjalan kaki ke kedai..
Dua kilometer..bukanlah jauh
Nenek mahu beli beras..
Masa nenek berlalu..nenek lihat anak nenek sedang basuh kereta..
Satu patah perkataan pun dia tak keluarkan..
Mungkin dia tidak perasan nenek..
Tak mengapalah..
Nenek gagahkan langkah nenek..
Nenek kuat..
Tiba di kedai nenek beli beras 10 kilo..
Pada nenek 10 kilo tahan lama..
Nanti tak perlu susahkan anak-anak nenek belikan nenek beras dalam masa terdekat..
Nenek lupa nenek jalan kaki..
Emm..macamana nenek mahu pulang?
Nenek tahu nenek tak akan mampu bawa beras itu..
Tapi nenek terpaksa..
Nenek gagahkan diri..
Beberapa langkah nenek terjatuh..
Berat sungguh..
Lutut nenek berdarah..
Nenek cuba lagi..
Tiba-tiba.."Nek..boleh saya tolong?"
Nenek lihat seorang gadis cantik di hadapan nenek..
Gadis itu secantik anak nenek waktu remaja dulu..
"Saya hantarkan nenek ya.."
Nenek anggukkan saja..
"Kenapa nenek angkat sorang-sorang..kan berat ni"
Nenek diam..nenek tundukkan kepala nenek..
Nenek malu kerana menyusahkan gadis itu..
Tapi nenek terpaksa..
Kudrat nenek tak kuat..
Gadis itu bawa nenek dan beras nenek pulang dengan motosikalnya..
Lepas peristiwa itu gadis itu sering datang menemani nenek..
Gadis itu tidak punya ibu..tidak punya bapa..
Sejak kecil dia tinggal dengan neneknya..
Tapi..neneknya meninggal sebulan yang lalu..
Kini..dia sebatang kara..
Nenek kata..
"Anggaplah nenek ini nenek kamu.."
Nenek gembira..
Nenek sudah punya kawan..
Untuk menemani nenek..menghabiskan sisa hidup nenek..
Anak-anak nenek??
Nenek bahagia melihat mereka bahagia..
Dan nenek selalu doakan..mereka selalu bahagia..
Sampai ke akhir hayat mereka..
Kerana walau bagaimanapun mereka..
Mereka tetap anak-anak nenek..

Friday, April 9, 2010
Cintailah aku seadanya..
A : Kenapa kau berubah? Kenapa kau mahu tinggalkan aku??
B : Muka kau penuh jerawat..aku jijik..Badan kau gemuk..aku malu pada kawan-kawanku.
A : Tapi selama ini aku memang begini..tidak pernah sedikit pun kau merungut.
B : Selama ini aku simpan dalam hati. Sekarang aku tidak tahan lagi. Aku malu!
A : Kau punya yang lain bukan?
B : ........
A : Kau punya yang lain bukan??
B : Ya!
A : C??
B : Ya!
A : Kau tau kan C tu bagaimana..semua orang bercakap tentangnya.
B : C cantik..dia pandai menjaga penampilan dirinya. Aku tau kau cemburu.
6 bulan kemudian....
B : A...
Bentuk fizikal yang dicintai adalah tidak kekal..yang kekal hanya keikhlasan, kesetiaan dan ketulusan hati yang mencintai..

Mengalir air mata seorang wanita A mendengarkan pengakuan kekasih hatinya. Melihat dia berlalu pergi..hubungan yang dibina bertahun-tahun berakhir begitu sahaja hanya dengan satu alasan yang baginya langsung tidak dapat diterima. Dia tau C cantik, C langsing, C menjadi kegilaan lelaki tapi dia bukan sengaja mereka cerita tentang C. Dia kenal benar akan C..dia tau latar belakang C. Namun..B telah dikaburi dengan kesempurnaan C sehinggakan apa yang diperkatakan tentang C kepada B langsung tidak dipedulikan B malah dia dituduh cemburu. Ya..memang dia cemburu. Senang benar B melupakan segala kenangan mereka bersama selepas hadirnya C. A pasrah. A tau dia tidak sempurna untuk B. Selamat tinggal B........
6 bulan kemudian....
B : A...
A : (terkedu dan cuba berlalu)
B : A..maafkan aku
A : .......
B : A tolong aku A..aku betul-betul rindukan kau.
A : C?
B : C....C.... betul kata kau A. Aku buta A..aku buta dalam menilai erti cinta sebenar. Aku kesal..
A : ........
B : A...aku betul-betul perlukan kau.
A : Kau perlukan orang gemuk dan berjerawat seperti aku? bukan dulu kau kata kau malu? Kenapa kau perlu cari aku? kau belum serik ditertawakan kawan-kawan kau?
B : Aku kesal A..aku tidak sepatutnya berkata begitu kepada kau dulu. Aku silap A.. aku fikir kecantikan C akan membahagiakan aku. Tapi..kau lebih cantik berbanding C. Jauh lebih cantik dari C.
A : Cantik??
B : Ya.. keikhlasan hati kau, ketulusan cinta kau, kesetiaan kau membuatkan kau cantik. Aku cinta kau A.
A : Huh..cinta..apa kau tau tentang cinta? mampukah orang gemuk dan berjerawat seperti aku memberikan kau kebahagiaan?? Dulu kau berpaling mencari cinta C..bila kau kecewa, kau datang kembali.. Oh ya..aku lupa..bagi kau orang seperti aku cuma layak dilukai, tidak punya perasaan. Aku faham sekarang.. orang seperti aku tidak layak dicintai, tidak layak untuk bahagia...
B : Maafkan aku A.........
Bentuk fizikal yang dicintai adalah tidak kekal..yang kekal hanya keikhlasan, kesetiaan dan ketulusan hati yang mencintai..
Subscribe to:
Posts (Atom)