Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Friday, March 12, 2010

Aku benci sekolah!!

Mengenang kembali 9 tahun lalu..saat kaca televisyen dan dada akhbar menyatakan keputusan SPM akan diumumkan keesokan hari. Debaran kemuncak seolah-olah berada di akhir nyawa. Malam..tidak lena mata dipejam. Hati kian berdebar menunggu pagi menjelma lagi. Entah bila akhirnya mata terlena..hanya menyedari pagi itu telah mucul..

Dengan laju kaki melangkah menuju ke kamar mandi..terfikir seketika apakah nasib yg bakal diperoleh hari ini..baikkah?tidakkah? Masih aku ingat hari itu..baju kurung jingga dikenakan ke badan..sopan..cantik..menambah keyakinan langkahku menuju ke meja keputusan. dari jauh kulihat Pn Mimi Huda tersenyum. Terdiam seketika mentafsir senyuman wanita yg banyak menabur jasa kepadaku sepanjang aku di bangku sekolah. Kugagahi langkah itu..

"Tahniah Jannah"-ucap Pn Mimi sambil menghulur slip keputusan.
Sebak dadaku..mata berkaca..terima kasih cikgu..

Ingin aku umumkan keseluruh dunia keputusan ini..
Inilah hasil titik peluh GURU yg mengajar aku selama ini..
Inilah hasil nasihat dan semangat dari keluargaku..
Inilah hasil susah payah aku berusaha..
TERIMA KASIH SEMUA

Semalam, ketika aku tiba di perkarangan luar sekolah..aku hairan..apakah sekolah sedang menjalankan sebarang aktiviti? Dari jauh kelihatan..anak gadis berambut karat menunggang motosikal diiringi beberapa orang sedang menapak..ketat baju mereka..sendat seluar mereka..di hadapan kelihatan beberapa orang lelaki..juga berambut karat..seluarnya koyak dilutut. Suara mereka terjerit2 jelas kedengaran..sungguh memalukan bahasa yg digunakan. Hati terdetik..siapakah mereka??

"Woi..tolong amekkan slip aku..malas la nak masuk skolah"

Terlintas..adakah mereka bekas anak2 SMKPG2??calon2 SPM 2009??
Kenapa mereka perlu sebegitu?
Jauh bezanya dengan keadaan aku dan rakan2 9 tahun dahulu.
Malas masuk sekolah?tidakkah mereka mahu mengucapkan terima kasih kepada cikgu2 yg byk berkorban untuk mereka?
Malu untuk aku mengaku mereka bekas pelajar SMKPG2..
dengan gaya, cara, penampilan, bahasa..
Seolah-olah menyatakan...
bahawa..
Aku sudah habis sekolah..aku tidak akan kembali lagi ke sekolah kerana..
AKU BENCI SEKOLAH!!


No comments: