Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Wednesday, March 24, 2010

Mana pengalaman??

Saya di situ sudah 3 tahun..
Biology bidang saya..
Tapi bila mereka masuk, opsyen sama macam saya..
Kekosongan itu diberi kepada mereka..bukan saya..
Saya tau..mereka ada pengalaman
Sebab mereka sudah mengajar subjek yang sama di sekolah lama..
Alasan kenapa saya tidak diberi peluang ialah..
Lebih baik beri kepada guru berpengalaman..

Saya mula kerjaya saya di situ..
Di mana lagi saya mahu mencari pengalaman kalau tidak di situ??

Saya sedih..melihat buku2 di rak..
Physiology, Genetics, Zoology, Campbell, Solomon, Developmental Biology........
Buku2 yang dahulu saya telaah siang dan malam..
Buku2 yang membuka cinta saya kepada kehidupan..
Kini buku2 itu hanya menjadi hiasan..
Jika saya ke tempat lain..
Mungkin juga saya tidak akan diberi peluang..
Atas alasan saya tidak punya pengalaman..
Saya semakin hairan..
Mana mungkin saya dapat pengalaman itu??

Wednesday, March 17, 2010

Usah bicara..

Usah bicara jika kau tidak tahu..
Ya..keluargaku senang..
Kakak, abang..mereka punya kerja tetap
Adikku2..berjaya dgn cemerlang
Kami punya apa yg kami mahukan..
Mereka kata..kami beruntung..
Ibu bapa kami bergaji besar..
Rumah kami mewah..
Aset2 kami peroleh dgn senang..

Aku punya kereta..laptop..mp3..duit di akaun bank..
Mereka kata itu aku peroleh dgn mudah..
Aku minta melalui ibu bapa..
Ya..aku minta melalui ibu bapa..
Tetapi bukan wang..
Bukan harta..tapi..
Aku pinta melalui didikan..didikan agama..didikan hidup dunia..
Aku juga pinta semangat dari mereka..
Aku contohi mereka..
Agar aku berjaya..

Kini aku berjaya..
Adik, abang, kakak berjaya..
Kami punya hidup kami sendiri..
Kami punya apa yg kami mahu..
Kami tidak meminta2..

Kami bukan anak2 yg meminta2 dr ibu bapa kami..
Usah bicara yg tidak2..

Friday, March 12, 2010

Aku benci sekolah!!

Mengenang kembali 9 tahun lalu..saat kaca televisyen dan dada akhbar menyatakan keputusan SPM akan diumumkan keesokan hari. Debaran kemuncak seolah-olah berada di akhir nyawa. Malam..tidak lena mata dipejam. Hati kian berdebar menunggu pagi menjelma lagi. Entah bila akhirnya mata terlena..hanya menyedari pagi itu telah mucul..

Dengan laju kaki melangkah menuju ke kamar mandi..terfikir seketika apakah nasib yg bakal diperoleh hari ini..baikkah?tidakkah? Masih aku ingat hari itu..baju kurung jingga dikenakan ke badan..sopan..cantik..menambah keyakinan langkahku menuju ke meja keputusan. dari jauh kulihat Pn Mimi Huda tersenyum. Terdiam seketika mentafsir senyuman wanita yg banyak menabur jasa kepadaku sepanjang aku di bangku sekolah. Kugagahi langkah itu..

"Tahniah Jannah"-ucap Pn Mimi sambil menghulur slip keputusan.
Sebak dadaku..mata berkaca..terima kasih cikgu..

Ingin aku umumkan keseluruh dunia keputusan ini..
Inilah hasil titik peluh GURU yg mengajar aku selama ini..
Inilah hasil nasihat dan semangat dari keluargaku..
Inilah hasil susah payah aku berusaha..
TERIMA KASIH SEMUA

Semalam, ketika aku tiba di perkarangan luar sekolah..aku hairan..apakah sekolah sedang menjalankan sebarang aktiviti? Dari jauh kelihatan..anak gadis berambut karat menunggang motosikal diiringi beberapa orang sedang menapak..ketat baju mereka..sendat seluar mereka..di hadapan kelihatan beberapa orang lelaki..juga berambut karat..seluarnya koyak dilutut. Suara mereka terjerit2 jelas kedengaran..sungguh memalukan bahasa yg digunakan. Hati terdetik..siapakah mereka??

"Woi..tolong amekkan slip aku..malas la nak masuk skolah"

Terlintas..adakah mereka bekas anak2 SMKPG2??calon2 SPM 2009??
Kenapa mereka perlu sebegitu?
Jauh bezanya dengan keadaan aku dan rakan2 9 tahun dahulu.
Malas masuk sekolah?tidakkah mereka mahu mengucapkan terima kasih kepada cikgu2 yg byk berkorban untuk mereka?
Malu untuk aku mengaku mereka bekas pelajar SMKPG2..
dengan gaya, cara, penampilan, bahasa..
Seolah-olah menyatakan...
bahawa..
Aku sudah habis sekolah..aku tidak akan kembali lagi ke sekolah kerana..
AKU BENCI SEKOLAH!!


Monday, March 8, 2010

Jangan..

Sayu melihat dia melangkah pergi..
Jiwa bergetar..mata berkaca..
Hati kecil berbisik..
Jangan..
Jangan tinggal diriku sendiri..
Kesunyian mengharap kasih dan belaimu..
Namun..tangis di hati siapa kan tahu..

Langkah yang berat digagahi jua..
Usah kau tangisi pemergian ini..
Tunggu aku sayang..
Kerana aku akan kembali..
Akan kurindu lembut suaramu..
Akan kumimpi senyum dibibirmu..