Drop your link here..nnti leh melawat..

Member2 blogger

My Heartbeat

Wednesday, August 5, 2009

Kisah Vikgeneswaran

"Cikgu kenapa selalu tengok saya? Cikgu suka kat saya ek?"

Muahahaha...soalan yg keluar dr mulut Vikgeneswaran membuatkan milo ais yg kusedut hampir-hampir tersembur..hadoi..betapa gelinya tekakku mendengar soalan sedemikian. tidakkah beliau sedar yg sebenarnya beliaulah yg selalu berkunjung ke bilik guru tanpa motif sehinggakan hampir semua guru memberi pandangan serong kepada beliau. umum mengetahui yang Vikgeneswaran merupakan seorang pengawas tetapi lagaknya seperti terlalu bangga bergelar pengawas dan sentiasa membuatkan dirinya kelihatan penting kepada guru2.

Aku yg merupakan guru kelasnya hampir tertekan kerana bukan dia tidak mengetahui subjek apakah yg aku ajar tetapi beliau bukan sahaja bertanyakan soalan-soalan daripada subjek Bahasa Melayu dan Sains semata-mata tetapi juga Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Geografi. soalan kegemaran Vikgeneswaran sebelum memulakan pertanyaannya tentang subjek2 berkenaan ialah "Cikgu..cikgu pandai tak subjek ni?(sambil menunjukkan tulisan di buku latihannya)" paling aku tidak boleh tahan ialah bau minyak kelapanya yang memeningkan kepala membuatkan aku hampir2 pengsan. Inginku tegur takut kecil pula hatinya.

Selesai sahaja peperiksaan (tidak kiralah apa jenis peperiksaan pun) Vikgeneswaran akan memunculkan diri di Bilik Guru dan membuat muka simpati supaya markahnya ditambahkan. dan mempertikaikan kenapa jawapan yg diberikan olehnya salah. Dengan ayat karangan yang berbelit-belit mana mungkin aku menambahkan markah malah kecenderungan untuk menolak markahnya begitu menebal.

Apabila tiba waktu rehat ataupun waktu pelajar2 Islam solat Asar, aku pasti akan menyibukkan diri untuk mengelakkan diserang Vikgeneswaran. Mana tidaknya..jika saja dia melangkah ke dalam bilik guru, tempat utama yang menjadi targetnya ialah tempat duduk aku..sungguh horror si Vikgeneswaran. Akan tetapi aku sungguh kagum dengan kesabaran Vikgeneswaran yang akan setia menunggu aku siap melakukan kerja2 yg sebenarnya lakonan semata2 daripada aku. Semoga suatu hari nanti Vikgeneswaran akan menjadi seorang yang berguna..

No comments: